Jumat, 13 Maret 2009

Tersenyumlah~hadirnya sekadar menguji...



“Sabarlah, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Hidup ini adalah lakonan dan kita adalah pelakon-pelakonnya.”.

Buangkanlah segala kedukaan itu, usirlah segala yang terjadi jauh-jauh, sejauh yang kita mampu.

Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu, dan daripada apa yang kamu seru selain daripada Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku”.

Benarlah, doa itu senjata orang mukmin..

Ya, kadang-kadang dalam hidup ini, kita perlu banyak tersenyum kepada segala yang harus ditangisi.

“Yarhamkillah ya ukhti. Bila Allah cepat memakbulkan doamu maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin menguji kasih sayangmu terhadapNya, bila Dia tidak memakbulkan doamu, percayalah Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu berbaik sangkalah dengan Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.”

Alhamdulilah, segala pujian hanya layak bagi Allah. Ujian datang dan pergi. Masakan hanya kerana itu ingin membuang yang lain, ternyata penilaian iman lebih bermakna dan bernilai.
“Kita tidak akan selamanya rebah dalam kemelut rasa ini. Kita akan sama-sama bangkit kembali memikul beban tarbiyah dan da’wah yang sarat dengan perjuangan ini.”

Bisikkan pada diri.. "Tersenyumlah..hadirnya sekadar ingin menguji".

‘Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya. Tabahkan hatimu sahabat, ganjaran besar untukmu, Al-Firdaus menantimu!’


“Ya Allah, Kau peliharalah mereka yang amat kusayangi dalam hidup ini ketika ku tidak dapat bersama mereka di sisi, tika dia jaga, tika dia tidur, tika dia gembira, tika dia duka, tika lara dan gundah, tika senang, tika sakit, ku memohon dengan rahmatMu ya Allah, letakkan mereka dalam sebaik-baik perlindunganMu, pandanglah dengan kasih sayangMu sentiasa..peliharalah mereka dalam sebaik-baik peliharaanMu…

Ya Allah, Ya Wadud, Ya Ghafar, Kau kuatkanlah dan tetapkanlah iman kami yang lemah ini, teguhkanlah iman kami seteguh gunung itu Ya Allah, lapangkanlah Islam kami selapang langit biru itu Ya Allah, lembutkanlah ihsan kami selembut rumput di denai itu Ya Allah.

Wahai Tuhan yang mengetahui isi hati kami, peliharalah dan tetapkanlah iman kami, tika kami jaga, tika kami tidur, tika kami gembira, duka, lara, gundah, tika kami berdiri dan tika kami duduk, mudahan adanya ruang untuk kami merasai kebahagiaan dan ketenangan dalam perjuangan ini. Hadirkanlah dan kekalkan keikhlasan yang bertapak di hati ini ya Allah, luputkanlah dunia yang mendiam di hati kami. Kuatkanlah kami di samping hidayahMu Ya Allah. Tetapkanlah kami pada jalanMu yang sebenarnya ya Allah..jangan pernah Kau palingkan hati kami setelah Kau kurniakan hidayahMu kepada kami Ya Allah.”
Ameen.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berada di samping, yang sentiasa menyokong dan menguatkan diri yang lemah ini dan tidak jemu menceriakan walau hati kerap terluka...Ana Uhibbukum Fillah..

Rabu, 11 Maret 2009

Sempurnakan solatmu..!


Sembahyang adalah penentu keislaman seseorang.

Sabda Nabi SAW:
العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر
Maksudnya: Perjanjian antara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah sembahyang. Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang maka ia telah kafir.

Sabda Nabi SAW:
بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة
Maksudnya: Diantara seseorang dengan kekafiran ialah meninggalkan sembahyang.

Assalamualaikum wbt..InsyaAllah pada 14 & 15 Mac ini, EKSAH KKIP akan mengadakan Bengkel Pengukuhan Solat Siri iv bertempat di Surau Al-Munawwarah. Mahasiswa dan mahasiswi dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu. Solat yang sempurna menjamin kejayaan kita di dunia & akhirat. Semoga usaha kita yang sedikit ini mampu memberi impak yang bermanfaat kepada jiwa-jiwa yang memerlukan.