Senin, 31 Agustus 2009

Hmm


Salam..

Terkejut bile samapi ke rumah kelmarin, cepat betul Sumayyah membesar. Makin comel loteh!

Siap gelak-gelak, lucu tengok cik comel ni. Umurnya 4bulan+, kadang-kadang dia cuba pusing badan 180 darjah, tapi umur camni memang biasanya belum dapat lagi..tengok umur 5 bulan nanti insyaAllah dapat pusing , skrg ni cuma dapat pusing badan 90 darjah pahtu "tup" kembali posisi asal hehe.

Ayah dia siap dah belikan tudung kecik inspired daripada majalah Anakku edisi September 2009. Comel sangat model si cilik pakai tudung.. Alahai comeinyee.

InsyaAllah kalau dah dipakaikan tudung awal, moga Allah lembutkan hati supaya mudah menerima dan menutup aurat..Didik dari awal..memang vital!

Berat betul Sumayya sekarang!! hehe

Sabtu, 29 Agustus 2009

Kekasih Allah Yang Sejati

" Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri". (Surah Al-Hasyr:19)

Sesungguhnya segala puji-pujian untuk Allah, tempat kami memuji dan memohon pertolongan, tempat kami meminta hidayah dan keampunan. Kami berlindung kepadaNya daripada kejahatan hawa nafsu kami dan daripada keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang telah diberi hidayah olehNya, maka dia tidak akan tersesat. Sesiapa yang telah disesatkan olehNya, maka tidak ada sesiapa yang dapat memberiNya hidayah.

"Pada saat aku (Anas) dan Rasulullah saw keluar dari masjid, tiba-tiba kami berjumpa seseorang di pintu masjid, dia bertanya: Wahai Rasulullah! Bilakah terjadinya hari kiamat itu? Lalu Baginda menjawab kepadanya: Apakah kamu sudah bersiap sedia menghadapi hari kiamat? Dia menjawab, dan seakan-akan tunduk sambil berkata: Aku belum bersedia dengan tidak melakukan banyak solat, tidak memberi derma dan tidak banyak berpuasa.Tetapi aku mencintai Allah swt dan RasulNya. Maka Baginda berkata: Nanti kamu akan bersama orang yang kamu cintai." (Imam Bukhari, hadis ke-6171, dalam kitab Fathul-Bari, juz.4, hal 2033; Imam Muslim, hadis ke-2639,juz.4, hal.2033:sedangkan pada riwayat ini, lafaznya adalah daripada Imam Muslim).

Seorang hamba banyak menimbulkan masalah dan melakukan kesalahan-kesalahan lain. Namun demikian, apabila cinta sejati yang hanya ditujukan kepada Allah dan RasulNya semata-mata telah bertapak dalam hati seorang hamba, maka rasa cinta tersebut akan dapat menyempurnakan perbuatannya yang penuh dengan kekurangan, malah mereka diberikan darjat yang tinggi di sisi Allah swt.

Cinta seorang hamba mampu menyucikan perbuatannya selagi perbuatan itu dilakukan dengan jumlah yang sedikit. Ini kerana, cinta mampu mendatangkan berkat bagi usaha atau perjuangan yang dilakukan secara sederhana.Tidak ada seorang manusia pun yang tidak memerlukan cinta, dan juga tiada seorang pun yang gigih berjuang walaupun lemah yang berasa bahagia tanpanya.

Sesungguhnya cinta merupakan perkara yang amat agung dan sesuatu yang mulia. Sesungguhnya cinta juga memiliki kedudukan tersendiri. Cinta seperti yang diucapkan oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah, merupakan satu keduduksn di mana ramai orang bersaing utk merebutnya.

Cinta merupakan kehidupan, apabila cinta itu hilang dari jiwa seseorang, maka dia bagaikan hidup dalam kematian. Cinta merupakan cahaya. Apabila cinta itu hilang dari hati seseorang, maka dia bagaikan berada di dalam laut kegelapan. Cinta merupakan ubat penawar, apabila cinta tiada dalam diri seseorang, maka hatinya akan ditimpa oleh pelbagai penyakit.
Sumber rujukan:
Kekasih Allah Yang Sejati tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Implikasi Sabar Terhadap Kehidupan Pelajar




Assalamualaikum sahabat sekalian,
Proses pembelajaran adalah suatu proses yang tidak akan berakhir selagi kita hidup di dunia ini. Nabi Muhammad SAW sendiri menggesa kita supaya menuntu ilmu hingga ke negeri China. Apa yang baginda maksudkan bukanlah supaya kita melanjutkan pelajaran di China tetapi ilmu itu perlu dicari walau di mana sahaja di dunia ini. Baginda menyebut negeri China kerana pada waktu itu jarak antara Arab dan China bukanlah dekat. tetapi dengan adanya kemajuan teknologi pengangkutan pada hari ini, proses menuntut ilmu menjadi lebih mudah.


Sebagai seorang penuntut ilmu, atau pun lebih tepat lagi sebagai seorang pelajar, kita semua menghadapi pelbagai masalah yang tidak pernah jemu menerjah kehidupan kita sepanjang proses pembelajaran berlaku. dalam konteks kehidupan seorang insan, pasti kesan sabar dapat dilihat daripada pelbagai aspek. namun pada kali ini saya hanya ingin memfokuskan kesan sabar terhadap kehidupan seorang pelajar.



Perkara pertama yang ingin saya bincangkan di sini ialah kesan sabar ketika menuntut ilmu. sebelum saya nyatakan hikmahnya, moleklah kiranya jika saya nyatakan dahulu masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh kebanyakan pelajar atau diri saya sendiri dalam proses pembelajaran. bagi saya perkara utama yang saya kira amat sukar adalah memahami sesetengah ilmu yang diajar oleh pensyarah-pensyarah. sebagai contoh, saya adalah pelajar major Matematik di institut perguruan. segala formula dan pengiraan bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami, apatah lagi ketika waktu pertama kali belajar tentangnya. perasaan takut, tidak tenteram dan sedih pasti terselit di hati saya apabila berlaku keadaan sedemikian. Namun, apabila saya tenangkan hati, saya fikir mungkin itu adalah dugaan yang Allah berikan kepada saya supaya saya berusaha lebih keras untuk memperoleh kejayaan. oleh itu, saya memperbanyakkan latihan dan sering bertanyakan soalan kepada rakan-rakan dan pensyarah supaya saya tidak terus tengggelam dalam ketidakfahaman saya sendiri. kesannya, sabar membolehkan saya memahami apa yang saya pelajari dan tidak berputus asa apabila dugaaan menimpa. sabar juga membolehkan saya melihat sesuatu daripada sudut pandangan yang lain iaitu mungkin itu caranya Allah membalas doa saya yang mengharapkan kejayaan di dunia dan akhirat. Allah mengabulkan doanya dalam pelbagai cara dan saya tetap redha dengan segala ketentuannya.


Selain itu, kesan sabar juga dapat dilihat dalam pergaulan kita seharian. dalam konteks seorang pelajar, pastilah rakan-rakan dan guru merupakan insan yang sering kita temui ketika menuntut ilmu. pergaulan antara rakan ada pasang surutnya. kadangkala segalanya indah belaka dan hubungan kita sesama rakan berjalan dengan lancar sekali tanpa satu isu pun yang membuatkan kita bertelagah. namun, keindahan bukanlah perkara yang kekal. perselisihan faham bisa terjadi apabila sesuatu perkara tidak dibincangkan secara berhemah. apabila perkara sebegini berlaku, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah bersikap positif dan apa yang penting ialah SABAR. sabar boleh diterjemahkan melalui pertuturan mahupun perbuatan. melalui perbuatan, kita seharusnya tidak boleh menarik muka ataupun terus menjauhkan diri daripada rakan-rakan ketika timbulnya masalah. sebaliknya, kita haruslah bersangka baik dan menunjukkan riak wajah yang tenang agar keadaan tidak menjadi lebih genting. biarpun rakan kita sendiri tidak menunjukkan sikap yang positif namun kita adalah orang yang harus memulakan dan mengekalkannya sekiranya perselisihan faham berlaku. melalui pertuturan pula, jangan sesekali menghamburkan kata-kata kesat kepada orang lain kerana sesungguhnya lidah amat tajam, ia bisa melukakan hati sesiapa pun apabila kata-kata yang tidak manis dilontarkan.sebaiknya, cuba adakan pertemuan dan berbincang tentang masalah yang dihadapi sebelum ia menjadi lebih rumit. paling penting, jangan sesekali melatah apabila kita dituduh melakukan sesuatu. ambil masa untuk bertenang dan berfikir mengapa perkara sedemikian boleh berlaku. kesannya, hubungan dan pergaulan sesama rakan dan guru dapat dieratkan dan permusuhan dapat dielakkan. dengan ini, dapatlah dilihat bahawa sabar dalam pergaulan membolehkan pelajar mengikut apa yang telah Nabi kita sabdakan iaitu seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.


seterusnya, sabar juga dapat mengelakkan tekanan. Beberapa tahun yang lalu, kita sering digemparkan dengan berita pelajar membunuh diri kerana mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan. Walaupun keputusan mereka tidaklah seteruk mana dan adakalanya boleh kita anggap cemerlang namun mungkin sasaran mereka tidak tercapai. itulah yang menyebabkan mereka membunuh diri kerana malu, hampa dan kecewa. ada juga yang tidak dapat menerima tekanan daripada pihak keluarga yang begitu berharap supaya mereka mendapat keputusan yang diinginkan. sesungguhnya sabar merupakan penyembuh kepada segala permasasalahan dan ketidaktenteraman jiwa. kita harus percaya kepada qada' dan qadar dengan meyakini segala yang berlaku mempunyai hikmah tersembunyi yang mungkin tidak dapat kita lihat dalam masa yang singkat. sekali gagal bukanlah bererti gagal selamanya. Dengan kegagalan, kita akan berusaha untuk bangkit semula dan menjadikan diri kita lebih kuat daripada sebelumnya. apabila kita tidak putus asa dan terus berusaha tanpa jemu, sudah pasti kejayaan akan datang kepada kita. oleh itu, jelaslah bahawa sabar membolehkan seorang pelajar untuk bertenang dan bangkit semula daripada sebuah kegagalan. pelajar juga tidak akan dipandang sebagai golongan yang rendah ketahanan jiwanya apabila mereka pempraktikkan sifat sabar dalam kehidupan dengan tidak mengambil jalan singkat untuk menghilangkan tekanan.


Masalah kewangan merupakan salah satu penyumbang mengapa kebanyakan anak-anak tidak dapat meneruskan pelajaran. walaupun wang tidak dapat membeli segala benda di dunia ini, namun ia tetap berkuasa dalam menentukan perjalanan hidup ini. dikhabarkan bahawa ramai pelajar terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi terlibat dengan gejala tidak bermoral semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membiayai pembelajaran mereka akibat kesempitan wang. malahan semalam saya terbaca mengenai satu berita di akhbar tempatan bagaimana seorang wanita berumur 40 tahun ditinggalkan suaminya yang berusia 20 an selepas lelaki tersebut menamatkan pengajiannya di universiti. lelaki tersebut hanya berkahwin dengan isterinya agar pelajarannya ditanggung. bak kata pepatah, habis manis sepah dibuang, wanita tersebut ditinggalkan dan barang kemasnya juga lesap dilarikan suaminya yang hilang entah ke mana. ini adalah contoh yang begitu memalukan dan membuatkan golongam mahasiswa dipandang sebagai golongan yang rendah akhlaknya, sama seperti sesetengah remaja berpeleseran yang tidak ke universiti. jika isu ini dipandang daripada sudut yang lain, saya berpendapat pasti masalah sedemikian rupa tidak akan berlaku jika setiap pelajar mengamalkan pengetahuan agama yang mereka miliki. masalah kewangan bukanlah suatu beban yang menyebabkan kita bertindak mengikut hawa nafsu. terdapat banyak lagi pekerjaan halal lain yang membolehkan pelajar mendapatkan wang bagi meneruskan pelajaran. walaupun wang yang didapati tidaklah selumayan mana namun ia sudah cukup untuk membolehkan pelajaran kita diteruskan tanpa terus menambah dosa yang sedia ada sekiranya kita terjebak dalam pekerjaan yang tidak bermoral.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kitamasih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menikmati Ramadan pada tahun ini. ini adalah nikmat yang tidak patut kita sia-siakan yang mana kita digalakkan melakukan pelbagai amal ibadat untuk mendapat keredhaan Allah. Ramadan dikatakan sebagai bulan yang pemurah kerana setiap amalan yang kita lakukan akan mendapat 7kali ganjaran pahala berbanding bulan-bulan yang lain.

sahabat sekalian, amatlah bersesuaian sekali jika dikatakan bulan Ramadan sebagai bulan untuk menguji kesabaran umat Islam. kita diwajibkan melakukan rukun Islam ketiga ini untuk membuktikan betapa kita dapat mengawal hawa nafsu. ketika berpuasa, umat Islam tidak boleh makan , minum, bercakap, melihat atau mendengar perkara-perkara mungkar ataupun melakukan apa jua perkara yang boleh membatalkan puasa. pada bulan-bulan yang lain, syaitan dan nafsu merupakan dua faktor yang boleh membuatkan kita terjebak ke dalam lembah kehinaan tetapi pada bulan Ramadan kita ditinggalkan hanya bersama nafsu. Walaupun kedengaran tidaklah seberapa namun jihad melawan hawa nafsu adalah yang paling sukar sekali.

apabila kita dapat bersabar dengan menahan lapar sehingga tibanya waktu berbuka puasa, kita telah membantu sistem penghadaman untuk berhenti bekerja seketika dan membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik. Hikmahnya, masalah obesiti, diabetes, darah tinggi dan apa jua penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan gaya pemakanan dapat dikurangkan..kita juga harus melawan nafsu ketika tibanya waktu untuk bersahur. kebanyakan daripada kita mengelak unutk bangun dari tidur kerana malas dan terlalu sayangkan tidur. sebenarnya, apabila kita dapat membuang perasaan malas dan bangun untuk bersahur, kita dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan untuk bertahan tanpa makanan sepanjang hari kita berpuasa. selain itu, waktu sahur jugaboleh kita gunakan untuk melakukan solat ataupun membaca al-Quran kerana kita disunatkan melewatkan sahur. Solat Subuh juga dapat dilakukan sebaik sahaja masuk waktu dan ini membolehkan kita melatih diri untuk menyegerakan ibadah solat.

Selain itu, konteks puasa bukan sahaja terhad kepada menahan puasa sahaja tetapi juga untuk menahan diri dan mengawal nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. kita perlu mengawal diri daripada mengatakan perkara yang tidak baik dan memperbanyakkan amal ibadah. di sini saya ingin sertakan satu contoh berdasarkan apa yang telah berlaku kepada saya petang tadi. ceritanya bermula apabila ibu menyuruh saya dan adik ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Memandangkan meter minyak motor saya hampir mendekati 'empty', saya terpaksa ke stesen minyak untuk mengisi minyak terlebih dahulu, takut-takut motor mati di tengah jalan dan ibu pula kempunan kuih kegemarannya. sesam[ainya di stesen minyak tersebut, ramai orang telah menunggu giliran pelayan di pam minyak untuk mengisi minyak ke dalam tangki minyak. ketika saya tiba, tidaklah terlalu ramai orang yang menunggu. pelayan di pam tersebut adalah wanita dan kebanyakan orang yang menunggu adalah lelaki, kecuali saya dan seorang lagi wanita. apa yang saya kesali ialah saya dilayan bagai endah tak endah oleh pelayan tersebut dan biarpun saya telah menunggu lama dia tetap mendahulukan pelanggan lelaki yang datang terkemudian daripada saya.

apa yang saya cuba sampaikan ialah jika bukan kerana saya sedang berpuasa dan tetap menahan sabar sudah pasti saya akan marah-marah apabila dilayan sebegitu rupa. saya asyik mengelap peluh yang membasahi muka kerana menahan marah. dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan, adik saya mengatakan dia pening kepala kerana terpaksa menunggu lama di tengah panas ketika menunggu giliran di stesen minyak tersebut jadi terpaksalah saya ke kedai untuk membelikannya pelekat kepala.

Sesungguhnya, sabar di bulan Ramadan itu banyak hikmahnya. selain menjaga amal ibadah kita sendiri, kita juga dapat memastikan hubungan sesama Islam sentiasa terjaga, sama seperti apa yang telah berlaku kepada saya. segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Hakikatnya, semua perkara datangnya daripada Allah SWT.

Rabu, 26 Agustus 2009

HIJAB + Operation Theatre

And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss.

Assalamualaikum wbt...

Apa erti hijab atau aurat pada anda antum semua? Besarkah peranannya dalam kehidupan kita? Relevankah menutup aurat/aurah? Bagaimana pula dengan darurat membenarkan tudung ditanggalkan, wujudkah???

Mengapa agaknya ana berminat mengutarakan isu aurat sedangkan sudah terang lagi bersuluh dalam Al Quran mengenai perintah Allah dalam penutupan aurat? hehe banyaklah soalan..hehe.
Apabila wujud suatu peraturan atau perintah, lagilah ligat manusia hendak melanggarnya. Namun begitu, indah sungguh firman Allah, tidak disebut boldly perkataan "Jangan" dalam ayat ini :)

Agak sedih di hati ini kerana ada golongan yang memperlekehkan perintah Allah ini. Tudung dilihat sebagai sesuatu yang berat di mata manusia dan membebankan. Berikut adalah kisah benar di hospital untuk renungan bersama. insyaAllah... Mari sama-sama ambil pengajaran serta iktibar daripada kisah benar ini, insyaAllah :)


Di suatu hospital kerajaan...Mujahidah sedang mempersiapkan diri ke bilik OT (operation theatre) dengan membawa extra baju berlengan panjang, stokin serta tudung yang baru di bawa dari rumah. Selaku pelajar perubatan, ini sudah menjadi rutinnya untuk meng'observe' pembedahan. Desebabkan pakaian OT merangkumi baju lengan pendek sahaja, dia sudah bersiap sedia dengan pakaian yang khas dibawa dari rumah.
Mujahidah memandang dirinya di cermin bilik persalinan sebelum melangkah ke OT. "Ok, sempurna auratku insyaAllah." getus hatinya sambil tersenyum di belakang face masknya. Sebaik sebelum menjejakkan kaki ke dalam OT, seorang staff nurse non muslem menjerit kepadanya.
"Bukak telekung awak!" jerit staff nurse dengan muka merah padam. "Astaghfirullah!!!" hatinya berbisik. Mujahidah cuba bertenang sambil memndang sekelilingnya. "Ya Allah, semua memandangku.." " Sebenarnya madam, ini bukan telekung, ini tudung.." Mujahidah menerangkan dengan penuh berhati-hati. "You cannot enter the OT with this!" sambil staff nurse itu menunjuk ke arah tudungnya. Mujahidah menerangkan dengan penuh panjang lebar bahawa tudungnya bersih, dan digunakan khas untuk OT. Namun, madam itu tidak memperdulikannya dan mempertikaikan kewajiban penutupan aurat dalam Islam. Malah, madam itu menunjuk-nunjuk ke arah nurse lain yang hanya menutup kepala dengan ala-ala shower cap yang biasanya dipakai di OT. Sahabat Mujahidah yang turut bertudung di OT ketika itu berasa malas untuk berdebat dengan madam, oleh itu dia kembali ke bilik persalinan untuk menanggalkan tudungnya..astaghfirullahalazim!!!
Mujahidah menerangkan lagi. namun nampak gayanya staff nurse itu memang terlalu strict dan tidak bertoleransi terhadap Islam. Mujahidah kembali ke bilik persalinan dan memikirkan solusi terbaik. Hatinya sedih kerana dimarahi di khalayak ramai dan lebih sedih lagi kerana tidak disokong oleh muslimat lain yang meringankan soal tudung. Malah, situasi itu dianggap darurat oleh mereka untuk menanggalkan hijab..YA ALLAH!!!
Mujahidah teringat dia pernah melihat seorang doktor muslimah memakai sterile material dalam OT yang dapat menutup auratnya. " Ya Allah, bantulah aku..."hatinya bermonolog seorang..Alhamdulillah, Allah membantunya pada saat itu apabile doktor yang difikirkan tadi tiba-tiba muncul. Doktor itu meminjamkan material itu dan memberitahu bahawa jika ada masalah dengan madam, katakan sahaja ia kepunyaannya.. Alhamdulillah!!
Tidak dinafikan bahawa sesetengah hospital di Malaysia mengamalkan polisi tidak mmbenarkan pemakaian tudung dalam OT. Itu pun bergantung pada staff nurse yang bertugas. Macam-macam kes yang pernah dihadapi, namun soal hijab ini janganlah dipandang enteng atau sebelah mata sahaja.
Ingatlah bahawa menjaga soal aurat diibaratkan seperti menjaga mahkota kita. MasyaAllah. Cuba antum semua fikirkan...bukankah setiap perintah Allah itu ada hikmahnya? Apa peranan kita? Apabila kita menghadapi situasi di mana soal aurat tidak diberatkan, adakah kita akan mengaku kalah dan mengikut sahaja biarpun bertentangan dengan syara'??

Lihat sahaja negara Arab di serata dunia. Mereka berhijab, malah ada yang berpurdah..Tidak langsung mengganggu atau introduce infection dalam bilik OT! Kalau hendak berdebat bahawa tudung itu adalah sumber infection/pembawa bakteria di OT, ana faham bahawa OT amat mementingkan good hygiene.
Namun jika kita mangambil langkah berhati-hati dan tidak membawa tudung kotor/digunakan ke OT, insyaAllah hygiene can be secured. Ini semua alasan sahaja.
Maka, apa peranan kita? Membetulkan persepsi umum mengenai penutupan aurat khasnya buat non-Muslem. Kasihan kerana mereka tiada pemahaman mengenainya dan kitalah yang sepatutnya menerangkannya agar tidak wujud salah faham dan pertikaian terhadap ad-Din itu sendiri..
Marilah memberati aurat serta hukum/perintah Allah..Janganlah memperlekehkan perintahNya...Bantulah agama Allah, insyaAllah Allah membantumu..


Senin, 24 Agustus 2009

Abayas...again??

Cool set! Urm..minus d high heels! hehe

Simple, kan? Cute indeed..



Alahai, comeynyee..insyaAllah will be looking for a 2-layered abaya soon.. :)



Nice :p


Dok berangan nak abaya ni...any sponsors??? heheh


Minggu, 23 Agustus 2009

Doa Nuurun Nubuwwah


Assalamualaikum wbt semua :)
Doa Nuurun Nubuwwah..Sebagai peringatan buat diri dan anda semua, jom kita belajar serba sedikit mengenai doa ini, insyaAllah...
Umi seringkali mengingatkan diri yang selalu lalai ini supaya mengamalkan doa ini. Disebabkan dulu jahil membaca Koran, saya menumpukan perhatian dalam membaca doa ini selepas solat sebagai amalan tambahan. Pada masa itu, membaca Koran itu dianngap perkara yang susah, oleh itu doa ini sahaja yang dibaca. Alhamdulillah, doa ini sudah sebati dengan saya...SubhanaAllah!
Umi menghadiahkan macam-macam kitab, dengan harapan dada ini dipenuhkan dengan ilmu Allah, dan pelbagai amalan yang ummi ajarkan. Antara yang paling saya sukai ialah doa ini :)
Menurut kitab Majmu' Syarif oleh Muhammad Baihaqi, doa ini besar sungguh faedahnya, baik untuk keselamatan badan dan kesejahteraan hidup.
Doa ini dihantarkan oleh Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad (PBUH). Pada suatu ketika, Baginda bersama dengan sahabat ketika selesai solat Subuh di Masjidil Haram, datanglah Jibrail kepadanya sambil berkata, " Ya Rasulallah, kami ini diutus oleh Allah untuk menyampaikan doa Nuurun Nubuwwah kepadamu." Doa ini pun diterima oleh baginda, yang kemudiannya mengajarkannnya kepada para sahabat, sehinggalah doa ini diwarisi kepada umatnya sampai sekarang, SubhanAllah!
Antara khasiat doa Nuurun Nubuwwah:
1.Bila doa ini dibaca setiap kali selesai solat fardhu, insyaAllah segala maksud yang dikehendaki akan tercapai dengan mudah.
2. Bila seseorang mempunyai musuh, bacalah doa ini dengan maksud agar musuh tersebut tidak memusuhinya lagi, insyaAllah berkat doa ini musuh akan berbalik mengasihinya.
3. Apabila doa ini dibaca setiap hari, Allah akan menyelamatkannya dari seksa neraka dan dihindarkan dari godaan syaitan.
4. Bilamana dibaca setiap hari Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan setiap saat.
5. Agar badan selalu kuat dan mempunyai kekuatan yang berlebihan, maka bacalah setiap Selasa.
6. Agar gigi kuat, tidak mudah rapuh; bacalah setiap Rabu
7. Jika dibaca setiap malam terutamanya pada tengah malam, maka para malaikat turun dari langit datang mengitarinya seraya meminta-minta keampunan dari Allah...MasyaAllah!!!!
8. Bagi orang yang menghendaki muka nampak berseri-seri dan tmpan/cantik (di sisi Allah), bacalah setiap Khamis
Moga doa amalan Rasulallah SAW ini dapat kita amalkan bersama-sama sebanyak mungkin, insyaAllah :) Namun, yang dilihat bukanlah berkehendakkan khasiat semata-mata, tetapi keredhaan Allah. Lakukanlah dengan penuh keikhlasan, bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepadaNya..insyaAllah :p

Cahaya Makrifat Di Bulan Ramadhan

Petikan tausiyah, Syeikh Hj Ibrahim Mohamad asy-Syathari pada 4 Nov 2002.

Wahai para sahabatku...

Kita akan memasuki Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi. Inilah bulan yang dirindui ahli ibadah, dan tidaklah orang-orang yang cinta kepada Allah melainkan kasih kepada bulan Ramadhan ini. Dan ahli-ahli ibadah, ahli-ahli zikrullah, mereka ini menunggu bulan Ramadhan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang serta dengan penuh keasyikan. Mereka menunggu bulan ini dengan penuh kerinduan, kerana inilah bulan di mana diberi kenikmatan dan keberkatan yang tidak terhingga dan inilah bulan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada umat Muhammad SAW.

Ramadhan adalah bulan yang diberi kenikmatan pahala yang berlipat kali ganda, di mana (maksud) pahala bagi ahli-ahli makrifatullah ialah cahaya-cahaya makrifat begitu mudah untuk ditembusi pada bulan ini. Ia bulan yang mudah untuk dibuka hijab oleh Allah swt.

Isikan bulan Ramadhan dengan sepenuhnya, jadikan bulan ini sebagai masa untuk beruzlah secara bersungguh-sungguh dengan mentawajjuhkan (penumpuan) kepada Allah swt. Nabi Muhammad SAW menghidupkan uzlah, berkhalwat sebanyak 20 hari setahun, 10 hari di bulan-bulan biasa dan 10 hari lagi di bulan Ramadhan. mengapa 10 hari di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan adalah bulan kasih sayang Allah, bulan penuh kelebihan dan keberkatan.

Jangan kita beribadah pada bulan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain. Cahayakan betul-betul hati kita dengan banyak mentawajjuhkan hati. Isikan malam-malam hari selain dengan ibadah tahajud, banyakkan istighfar dan selawat kepada Nabi SAW. Istighfar sebagai pembersih hati dan selawat pula sebagai pembuka hijab hati kita. Bila kita berselawat kepada Nabi, ia membuka hijab. Jangan berselawat dalam keadaan tidak hadir perasaan cinta kepada Baginda. Selawat biar berpuluh ribu satu hari kerana ia mengandungi rahsia besar dalam perjalanan menuju makrifatullah. Dan tidaklah orang-orang yang menuju kepada jalan Allah melainkan dengan selawat kepadaNya. Nabi Musa mendapat keampunan Allah dan ditambah ilmu dengan banyak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Al-Faqir Ilallah Syeikh Hj Ibrahim Mohamad asy-Syathari
http://www.irsyadtc.net

Salam Ramadhan Mubarak

Salam Ramadhan Kareem..

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran
Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat
Bulan diampunkan dosa
Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan
Bulan yang di dalamnya berlaku Lailatul Qadar

What You See is What You Get!!!


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, Allah menemukan diri ini dengan Ramadhan kali ini, Ya Allah, andai tersurat bahawa ini adalah ramadhanku yang terakhir, berkatilah ke atas aku, moga aku dapat merasai nikmat yang lebih lagi berbanding ramadhan yang lepas; ambillah nyawaku dalam bulan yang amat mulia ini, Ya Rabbi......

Saya tertarik dengan ungkapan ini; "What you see is what you get". Sahih..Cuba antunna fikir sejenak dan hayati ungkapan ini.


Andai Si A gagal dalam peperiksaan atau terpaksa melalui fasa "retrenchment" di tempat kerja akibat krisis ekonomi sebagai contoh.. Jika Si A melihat situasi ini sebagai suatu ujian Allah berbentuk tarbiyyah yang amat besar maknanya di sisi Allah, maka sudah tentu Si A akan memotivatekan (maaf, BM campur) dirinya supaya tabah, sabar dan tenang dalam menerima dugaan Allah. Jika dia menganggap ia suatu situasi yang amat sukar dan impossible; maka ia sememangnya akan menjadi begitu impossible dalam dirinya..Astaghfirullah!


Begitu besarnya peranan berfikiran positif dalam setiap situasi dalam hidup; kerana ia menentukan natijahnya dalam menelusuri hidup yang penuh onak duri ini. Sudah tentu antunna pernah dengar bahawa "Life is no bed of roses", atau "Life is like a box of chocolate, u'll never know what u gonna get!" MasyaAllah, SubhanaAllah, begitu indahnya Islam, bayangkan ya, kita semua dapat melalui hidup ini dengan pengalaman Islam dalam hidup. Memang seronok saya membaca serba sedikit artikel oleh Harun Yahya bertajuk "24 hours in a life of a Muslem". MasyaAllah :)

Saya dengan perasaan rendah diri, menulis artikel ini dengan harapan yang besar sebagai peringatan buat diri sendiri dan antum semua. Marilah bermujahadah dalam hidup and think positive!! insyaAllah :)

Senin, 17 Agustus 2009

Love of One's Shaykh...

Mari hayati lagu arab ni..by Ali Daba..MasyaAllah memang best dan menyentuh hati...

Minggu, 16 Agustus 2009

Cara-cara Memupuk Sabar

Sabar. Sabar adalah suatu sifat mulia. Bayangkan betapa sulitnya memiliki sifat yang satu ini. Saya sendiri masih mengalami kesulitan untuk benar-benar memiliki sifat ini.

Bagaimana caranya menjadi sabar?
Menurut saya sabar adalah suatu sifat yang tidak boleh dimiliki begitu saja. Ia memerlukan proses yang panjang dan bertahap. Sabar harus dipupuk. Tidak boleh hanya dengan berniat: "okay, esok saya akan menjadi orang yang sabar", maka *triiinngg* esoknya saya adalah orang yang sabar.
Jadi yang boleh kita lakukan adalah memupuk sifat sabar ini. Kita hanya boleh mengusahakan bahawa dari hari ke hari kita boleh lebih bersabar dalam menghadapi segala sesuatu. Pada saat diri kita kesal dengan sesuatu dan kemudian kita mengungkapkan kekesalan itu dengan suatu cara.. mengomel, misalnya... atau menjadi geram dan kemudian marah-marah dengan orang lain... pada saat itu pulalah harusnya kita sadar bahawa kita 'masih kurang sabar'.
Jadi seharusnya bagaimana kita harus bereaksi?

Saya sendiri tidak tahu jawapannya. Itu bergantung dari masing-masing individu. Tapi yang boleh saya lakukan hanyalah istighfar, dan mengingatkan diri sendiri untuk sabar.. lebih sabar.. dan lebih sabar.
Namun, mengungkapkan sesuatu adalah lebih mudah daripada melakukannya.
Saya masih sering mendapati diri saya geram dan marah-marah kerana sesuatu perkara. Rasa geram itu wajar, marah juga wajar. Tapi sejauh mana kita membiarkan hal itu menguasai diri kita? Disitulah letak perbezaannya antara orang-orang yang sabar, agak sabar, sedikit sabar, kurang sabar, dan tidak sabar.
Jadi, seberapa penyabarkah Anda?
Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Surah al-Asr ayat 1-3)

Perkara yang dapat dilakukan untuk memupuk sikap sabar:

1. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.

2. Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.


3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

4. Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.


5. Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

6. Berwudhuk

(http://akhisalman.blogspot.com/2008/11/cara-menahan-marah.html)

How patience are you???

Impian Mujahidah continued......



Mujahidah tersenyum sendirian..tanpa disedari air mata mengalir bagaikan derus air sungai kerana terlalu bersyukur. "Inikah hikmah yang Kau cuba sampaikan tanpa kusedari?" Ya..alhamdulillah. Abi begitu menyokong keputusannya berpurdah.


Malah, dia sedang menguatkan hatinya untuk berpurdah di depan saudara-maranya..insyaAllah :)


Hatinya menyanyikan zikir-zikir tanda kasihnya pada Ilahi. Kadang-kadang dia terfikir, adakah ilmuku cukup? "Tidak mengapa...aku kan masih belajar..tak salah, tapi ini adalah pendorong buatku untuk lebih banyak mempelajari ilmu agama..insyaAllah!! Aku dah bertekad!!!!Inilah jalan yang telahku pilih..insyaAllah!!! Inlah impianku sebelum roh meninggalkan jasadku.." desus Mujahidah dalam hatinya...
"Tidakkah engkau perhatikan orang yang keluar dari rumahnya, beribu-ribu banyaknya, kerana takut mati, lalu Allah mengatakan kepada mereka, "Matilah". Kemudian mereka itu dihidupkan Allah kembali, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah kepada manusia tetapi kebanyakan manusia itu tidak berterima kasih." (Surah al-Baqarah,243)


Sabtu, 15 Agustus 2009

Dakwah...Peranan Ustaz/Ustazah Sahaja??

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kerana mengurniakan kekuatan untuk saya menulis, dengan harapan besar dapat mengetuk hati-hati yang dahagakan ilmu Allah, insyaAllah :) Sambil jari-jemari menaip, alunan lagu arab "Love of Shakh" dihayati..masyaAllah..bes betul :p

Saya mengajak sahabat baik seperjuangan untuk melarikan diri dari suasana Konvo (state of denial?A definite NO!)..Kami rindukan suasana masjid. Sungguh!! Suasana masjid penuh kesyahduan. MasyaAllah! Kami ke sana, menunggu masuk waktu maghrib. Plan asal kami adalah untuk menikmati permandangan tasik yang bertentangan dengan masjid, kemudiaannya solat Maghrib, namun Allah mengaturkan hujan lebat pada hari itu, maka kami pun menunggu waktu Maghrib sahaja :) Kami berkongsi cerita dan ilmu, mengenali satu sama lain dengan lebih akrab, alhamdulillah!

Kami kemudiannya ke MPH, mencari-cari kitab yang menarik di hati. Alhamdulillah!! Saya menemui buku yang saya tercari-cari selama ini, iaitu "Travelog Dakwah". Alhamdulillah!! Rupa-rupanya tinggal last copy! Allah aturkan saya memiliki copy terakhir pada hari itu :)Riangnya hati! Prof Kamil adalah salah seorang idola di hati kerana kesungguhannya menyampaikan ilmu serta sifat "humble"nya :)

Ingin saya memetik beberapa petikan dalam bukunya:)

Imam al-Ghazali berpendapat, hanya satu perkara yang paling penting dalam hidup, iaitu mengelakkan dari api neraka dan menerima pembalasan syurga. Bagi beliau: Menuntut ilmu adalah kerana Allah! Disebabkan beliau merasakan tugasan beliau sebagai seorang professor di Madrasah Nizamiah (universiti di baghdad) adalah terlampau keduniaan dan menyukarkan beliau mendapat pembalasan mulia di sisi Allah, beliau meletakkan jawatan daripada universiti itu..MasyaAllah..

Dalam petikan ini dapat kita menghayati bersama betapa besarnya peranan Islam dalam kehidupan. Betapa besarnya kepentingan dalam menilai kehidupan serta cara hidup kita. Adakah kita berada dalam landasan yang betul? Adakah setiap kelakuan dan kegiatan kita berlandaskan Islam? Bagaimana pula dengan pergaulan kita? Ikhtilat kita? Marilah kita muhasabah diri.. Renungi ciptaan Allah, nilai setiap apa yang kita lakukan, tuturkan serta fikirkan...



Penulis bersama isteri tersayang.....
Penulis sering menekankan bahawa beliau menulis bukan atas dasar menunjuk-nunjuk atau riak, usaha beliau ini sungguh murni, masyaAllah! Moga usaha beliau ini dapat meninggalkan kesan mendalam dalam hati para pembaca, insyaAllah..
Pelbagai subtopic dilampirkan dengan ringkas sekali dan mudah difahami, insyaAllah saya cuba amalkan. Beliau menampilkan cara-cara menyampaikan ilmu dengan berhikmah. Bila difikirkan, kerja dakwah ini tidaklah sukar sangat, namun memerlukan kreativiti serta kesabaran yang tinggi! Selamilah diri orang yang kita hendak dakwah itu, kenali personalitinya dahulu, insyaAllah ilmu Allah serta amar ma'ruf dipermudahkan Allah, insyaAllah!
Jom baca buku beliau; Travelog Dakwah Meniti Hari Esok...Hayatilah bersama dan amalkan sedaya upaya, insyaAllah!
Mabruk Prof Kamil!!!!


Jumat, 14 Agustus 2009

Sedih..


Sedih?


Mengapa perlu bersedih hati?


Bukankah Allah telah meninggalkan kitab al Quran sebagai pedoman dan penyelesai segala masalah?


Mengapa anda bersedih lagi?


Mengenangkan musibah menimpa diri?


Allahkan Maha Mengetahui!


Allah mengatur semua yang berlaku dalam hidup ini sebagai tarbiyyah buat diri.


Tidakkah anda mengerti?


Selamilah Quran


Jangan cepat melatah dalam kesusahan


Positif selalu dan carilah majlis ilmu


Datangi rumah Allah dan rasailah nikmat di dalamnya


La tahzan, la takhaf !!

Kamis, 13 Agustus 2009

Kerlipan Cinta


Hidayah..Kerlipan cinta-cintaku,
Harum rembulan mawar
Dingin hakis cinta keseorangan
Aku masih menghitung diri...

Inilah antara bibit-bibit lagu yang menusuk kalbu; Kerlipan Cinta oleh kumpulan Rabbani..MasyaAllah!


Sedih.


Sedih yang teramat sangat apabila menerima berita Ustaz Asri telah kembali ke Rahmatullah semalam selepas sesi penggambaran Syahadah:sebuah program specially untuk Ramadhan..



Namun Allah SWT lebih menyayanginya..Moga rohnya dicucuri rahmatNya, amin..


Lagu ini adalah mengenai seorang hamba Allah yang merindui Allah, mengharapkan hidayahNya sebagai tanda cintaNya kepadanya. Lagu ini amatlah berlainan daripada lagu Rabbani yang lain, syahdunya masyaAllah.. Saya teringat masa kecil2 dahulu, lagu Rabbani yang rancak rentaknya telah menarik perhatian saya. Pastinya semua pernah mendengar lagu; Pergi Takkan Kembali Lagi. Biarpun Ustaz Asri tidak akan kembali ke dunia fana ini lagi, insyaAllah moga arwah bahagia sekarang di sisi Allah dan merasai nikmat berehat di alam lain..


Arwah memang istimewa di kalangan penasyid lain kerana anugerah suara yang amatlah sedap apabila membaca Quran. berzikir dan menyanyikan lagu-lagu ketuhanan. Arwah mnggunakan keupayaaan ini ke jalan Allah, berdakwah melalui nasyid sememangnya satu perjuangan dakwah yang unik. MasyaAllah.. Di kala mendengar lagu-lagu lamanya, teringat saya semasa ummi menghantar saya ke sekolah, kami tidak lupa memasang kaset Rabbani dan Raihan..


Ya Allah, adakah aku sudah bersedia menghadapMu?

Jom Rempit ke Masjid!


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat serta dugaanNya..Syukur atas kekuatan yang Allah kurniakan kepada diri kerdil ini dengan harapan dapat bersama-sama menyampaikan atau berdakwah melalui blog yang serba-serbi ini :)
Jom hayati petikan berikut..

Insan yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di Rahimahullah dalam bukunya, Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah ialah : " Mengetahui bahawa kehidupan sebenarnya yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan".
Jika seorang hamba Allah ditimpa musibah atau takut menghadapi musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperoleh baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah yang menimpanya.

Generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan (penyakit hati) saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihannya akan menghancurkan urat sarafnya.

Malah, saya tertarik dengan pengisian tazkirah di surau semalam di mana naqib menyampaikan

bahawa salah satu cara mencari atau mendapatkan hidayah ialah dengan selalu mengunjungi rumah Allah.
{Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.} (QS. Al-Baqarah: 152).
Mengapa? Di masjidlah tempat paling selesa untuk beribadat kepadaNya..Cuba tanya diri sendiri..Kaki kita ini lebih banyak melangkah ke rumah Allah atau ke tempat-tempat berbaur kemaksiatan? Mahukah keaiban kita dibuka oleh anggota-anggota badan kita pada hari Kiamat kelak asbab kejahilan kita di dunia dan kesombongan kita daripada mengingatiNya? Nauzubillah min zalik!
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut “Allah”, gementarlah hati mereka, dan apabila dibaca ayat-ayatNya, bertambahlah imannya dan kepada tuhanlah mereka bertawakkal " (Surah al Anfal:2)
Marilah kita menadahkan tangan dan berdoa dengan penuh pengharapan semoga Allah menetapkan kita dalam Islam, serta melembutkan hati untuk menerima hidayah Allah, insyaAllah.
Teringat kata-kata Asy Syahid Hassan Al Banna, "Medan cakap lebih luas daripada medan amal." Apakah maksudnya? Bercakap lebih mudah daripada beramal; ramai orang boleh bercakap itu dan ini, tetapi yang hanya sedikit sahaja yang membenarkan apa yang dicakapkan melalui perbuatan.
Saya akui, saya amatlah takut jikalau lidah ini membicarakan atau menyuruh tetap diri sendiri tidak melakukan. Oleh sebab itu, dalam usrah terutamanya, saya berkongsi ilmu yang saya tahu dan amalkan insyaAllah ataupun menyampaikan sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan sebagai motivasi dan nasihat buat diri sendiri..
Hehe, daripada merempit atas jalan raya, jom rempit ke surau/masjid!! :)

Selasa, 11 Agustus 2009

She Who Loves Roses Must Be Patient and Not Cry Out When She Is Pierced by Thorns- Olga Brouman

Sedang saya mencari mutiara kata mengenai sabar, saya akhirnya terpikat pada kata-kata di atas. Ia bermaksud jika seseorang wanita menyukai bunga mawar, maka dia seharusnya tidak menangis apabila jarinya tercucuk duri. Mengapa Olga Brouman menggunakan mawar untuk menyampaikam maksudnya mengenai kesabaran? Bagi saya, memanglah lumrah seorang wanita untuk menyukai bunga, terutamanya bunga mawar yang mempunyai bau yang harum dan warna-warna yang cantik. Jika kita hendak memberikan sejambak bunga kepada seseorang sekalipun, kita pasti akan memilih sesuatu warna atau kombinasi warna tertentu untuk menyampaikan maksud yang diigini.
kembali kepada maksud kata-kata di atas, apa yang saya fahami adalah apabila kita menyukai atau ingin mencapai sesuatu, kita tidak seharusnya mengalah apabila ditimpa kesusahan atau musibah. itulah harga yang perlu dibayar bagi mendapatkan apa yang kita mahukan. sifat putus asa tidak seharusnya ada dalam diri kita sebaliknya sifat sabarlah yang harus disemaisuburkan. jika kita terlalu mudah mengalah maka apa sahaja yang kita hajatkan pasti tidak akan tercapai dan sampai bila-bila pun kita tidak akan maju.
kesimpulannya, sabar itu memang perlu bagi mendorong kita mendapatkan sesuatu. jika kita sudah berusaha tetapi masih tidak membuahkan hasil, anggaplah ia sebagai ujian yang diberika Allah untuk menguji keimanan kita. yakinlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya sama ada baik atau buruk, sesuai dengan apa yang kita lakukan. sesungguhnya, Allah itu Maha Adil terhadap semua hambanya....

Dugaan penyeri kehidupan

Tatkala dugaan datang menimpa, tatkala hati diruntun kecewa, kesedihan dan kemurungan menyelubungi diri..Air mata menjadi peneman yang setia di kala kesunyian. Tak terkira banyaknya butir-butir manik yang jatuh ke bumi. Kita rasakan keseorangan dan terkapai tanpa pautan. Terasa betapa nipisnya keimanan kita. Hanya dengan sedikit diri diuji, kita sudah melatah dan berputus asa.


Wahai sahabatku.
Cuba kita lihat sirah Rasulullah yang tidak pernah sepi dengan ujian dan dugaan. Bagaimana tegar dan tabahnya hati baginda bila diuji. Seorang pemimpin negara yang hidup dalam bersederhana dan dihujani dengan pelbagai tohmahan. Bagaimanana tabah dan kentalnya nabi kita yang berjuang menegakkan dan memperjuangkan syiar Islamiah di muka bumi ini. Nyawa menjadi taruhan...

Bila kita lihat zaman sekarang. Betapa ramainya manusia yang tertekan dan menyalahkan takdir yang menimpa diri mereka. Kematian orang yang tersayang kadangkala boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan diri. Akhirnya, lihatlah betapa ramai yang menjadi penghuni di Tg. Rambutan atau wad orang sakit jiwa.
Wahai sahabat sekalian.

Marilah kita perbaharui keimanan kita dan menyemai sikap sabar dalam diri bagi memastikan kehidupan kita sentiasa mendapat rahmatnya. Ingatlah bahawa setiap musibah yang menimpa itu adalah tanda kasih Ilahi kepada hambanya.

Hidup ini adalah untuk bersyukur...bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu..pada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk berdikari..pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebat kemampuanmu...pada yang mengujimu kerana dia yang memberi peluang mujahadahmu..pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaran kamu. Bersyukur dengan segala ujianNya kerana itu tanda tarbiah dari Yang Maha Esa.

Kegagalan itu Rezeki??



Alhamdulillah..perut berkeroncong macam lagu rentak rancak Rabbani, tiba-tiba terus rakan sebilik offer makan malam..alhamdulillah.. Sejurus sebelum itu, kakak kepada junior yang amat disayangi menelefon hendak menghantar makanan, Alhamdulillah… MasyaAllah, rezeki Allah itu ada di mana sahaja, dan pada bila-bila masa. Allah menjadikan hambaNya tadi sebagai perantara untuk memberikan makanan pada saya..MasyaAllah, besar pengertiannya itu apabila dihayati dan direnungi betul-betul. Benar, kadang-kadang saya terlepas pandang pada hal “kecil” seperti itu.

Dalam sesi pembelajaran revision tadi, saya tiba-tiba teringat musibah Allah yang menimpa diri, terus hati beristighfar..Astaghfirullahalazim…., mengapalah saya ni nak mengingati hal yang telah lepas, bukankah bodoh namanya? Adakah saya mampu mengembalikan hal yang lalu dan memperbetulkannya? Tidak sama sekali. Masa berjalan dan meninggalkan kita, kita yang mesti memburu masa. Itulah bisikan2 syaitan yang memang tidak jemu-jemu dalam melalaikan manusia.
Teringat saya pada pesanan Ustazah Marie. Kata-katanya berbisa bagi saya seakan-akan terkena pada kepala sendiri. “Jangan terlalu banyak berfikir. Syaitan akan mengganggu kamu dan menjadikan kamu was-was dengan apa yang kamu lakukan.” Sudah tentu ada kebenaran dalam kata-katanya.

Hati girang dan bersyukur dengan apa yang saya sedang hadapi sekarang. Adakah kegagalan ini satu rezeki?? Bagi diri ini, jawapannya YA! Amatlah bersyukur..MasyaAllah, tidak tergambar perasaan ini. Jikalau Allah tidak menggagalkan diri ini, mana mungkin saya berpeluang lebih mendampingi sahabiah solehah, mengikuti Kuliah Ustaz, melawat sahabiah sakit di hospital, dan masyaAllah banyak lagi. Mana mungkin diri ini dapat mula berpurdah. Mungkin bunyinya riak, saya hanya berniat berkongsi dengan pembaca bahawa diri ini sudah merasai hikmah di sebalik musibah yang melanda, Alhamdulillah!!

Rezeki biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang positif, namun bagi saya, apa sahaja musibah yang melanda seseorang juga boleh dianggap sebagai rezeki. Lihatlah setiap kejadian dari sudut positif, insyaAllah, hidup menjadi tenang kerana diri sentiasa mengingati Allah..insyaAllah..


Senin, 10 Agustus 2009

Makkah, rindunya padamu...


Assalamualaikum wbt..


Tidak rugi kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Apatah lagi dengan niat murni untuk dijadikan teladan untuk semua. MasyaAllah, usaha Prof Kamil ini amatlah saya hargai. Mungkin bunyinya macam saya ni dah lama ketinggalan sebab sudah lagak lama buku ini sudah berada di pasaran, namun saya mengambil masa yang lama untuk benar-benar dapat membacanya, hehe. Inipun, pinjam kawan, syukran Nadrah (pasti dia baca ni insyaAllah)..:p
Saya mengetahui cerita serba sedikit berkenaan kandungan buku ini sebelum membacanya kerana berkesempatan mendengar radio IKIM di mana penulis ditemuramah. Malah, saya berpeluang menonton Cafe Akhil Hayy (TV Oasis) di mana beliau menjadi tetamu jemputan. Menarik, menusuk kalbu dan sungguh menyentuh hati saya...masyaAllah!!
Allah mengurniakan penulis satu anugerah yang mana bagi saya sungguh luar biasa! Apa tidaknya, transformasi positif beliau ini amatlah meruntun jiwa. SubhanaAllah! Allah mengurniakan beliau kekuatan untuk menulis pengalaman yang sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran mengenai haji dan pelbagai informasi serta tips dari abah dan maknya..Sungguh kreatif dan santai penyampaiannya. Itulah daya tarikan buku ini! (I'm eyeing for his second book: Travelog Dakwah, i'll buy it nxt time, insyaAllah!)
Oops..got to get ready for class tomorrow..hehe
InsyaAllah saya akan menceritakan serba sedikit mengenai buku hebat ini next time..Mabruk Prof!!

Sabar: Suatu Pengenalan

Kita selalu sahaja mendengar perkataan sabar. Apabila dimarahi kawan-kawan, kita akan berkata dalam hati supaya sabar. Bila terpaksa menunggu berjam-jam lamanya pun kita perlu sabar. Kalau tidak kerana sabar, sudah pasti bermacam-macam perkara tidak diingini berlaku dalam hidup kita ni. Tapi adakah kita betul-betul menghayati makna sabar sebagaimana lazimnya kita menyebut perkataan itu sendiri??

Buat pengetahuan semua, sabar dari sudut bahasa ialah menahan. Dari sudut istilah pula, sabar membawa maksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sabar ialah betah menahan penderitaan, tidak terburu-buru dan tenang. Selain itu, sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntut oleh syara’ serta menghindarnya dari yang dilarangnya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Disamping itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.

DALAM sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

“Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya,hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.”
(HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)


Apabila seseorang itu menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan cara yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, tidak gelisah dan sebagainya, maka Allah SWT pasti akan memudahkan baginya urusan hisabnya di hari akhirat. Allah akan segera membalas segala pahalanya, memberkati kehidupannya sehingga timbangannya tidak berat kepada kejahatan, tetapi akan berat kepada ketaatan dan pahala, yang kesudahannya akan masuk syurga. Begitu juga Allah SWT tidak akan memberikan buku catatan amalnya serta membukakan rahsianya dihadapan orang ramai.

Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal shaleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya.

Allah SWT telah berfirman dalam surah al - Muddathir, ayat 7 maksudnya: Dan bagi Tuhanmu, hendaklah kamu bersabar. Ini adalah antara ayat al-Quran yang terawal telah Allah turunkan kepada Nabi Muhammad menerangkan betapa Islam mementingkan sifat sabar dalam diri setiap Muslim.

Kita dituntut sabar dalam melaksanakan perintah agama seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibu bapa, mendirikan solat, mengerjakan puasa dan sebagainya. Sabar juga dituntut dalam menjauhi larangan agama seperti berzina, mencuri, menipu, mengharapkan pertolongan dari tangkal, mendekati ilmu sihir dan sebagainya.

Sebagai seorang mahasiswa, kita sering sahaja dipenuhi dengan tugasan, tidak kiralah di dalam kuliah mahupun tugasan luar yang menuntut kita membahagikan masa dengan sebaiknya agar segalanya berjalan lancar. Bagi diri saya sendiri, kadangkala tugasan juga saya fikir menjadi suatu bebanan yang sebolehnya saya cuba elakkan. Kalau waktu lapang tanpa tugasan, duni terasa begitu menyeronokkan. Boleh lah saya 'berchatting' dan melayari internet sepanjang masa.Tapi apabila memikirkan tanggungjawab saya sebagai pelajar dan kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu, saya tabah dan sabarkan jua hati untuk melakukan segala tugasan yang diberikan. Kalau tidak membuat tugasan, alamatnya fail lah saya.

Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur’an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.

Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.

Pengertian sabar seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang shaleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalaman itu suatu dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuhi istiqamah.


Sesungguhnya, sabar itu memang penyelamat keadaan. Jadinasihat saya kepada kawan-kawan , jangan mudah naik perasaan amarah dan bengang bila masalah datang menimpa. Banyak-banyakkanlah bersabar kerana sabar itu memberi ruang kepada kita untuk berfikir dan bertindak sewajarnya. Wallahhualam.

Minggu, 09 Agustus 2009

Islamic Intervention- Relevance in Psychiatry

Dr Zakir Naik, a medical doctor and a BIG name in comparative religion, SubhanaAllah!


Assalamualaikum wbt


Psychiatry had always been one of my favourite subjects, being special that the term "hallucination"=dengar suara/bercakap sendirian itself is still a question. My professor even stated that psychiatry is still an expanding field, as many questions are still not answered and still under research..Hayatilah..Bukan semua kejadian Allah itu dapat kita rungkaikan dengan jelas, namun inilah kejadian Allah untuk kita hayati bersama insyaAllah...


Sufiah Yusof...Siapa yang tidak mengenali beliau..MasyaAllah, anugerah kecerdikan kurniaan Allah hinggakan dpat melanjutkan pelajaran ke Oxford University, London.
Let's hear it and discuss, insyaAllah..sebagai pedoman, bukan berniat mengaibkan sesiapa.


KUALA LUMPUR: Pelajar genius matematik, Sufiah Yusof, 23, berkemungkinan menderita masalah psikiatri mania yang boleh menyebabkan nafsu seksnya meningkat terlalu tinggi hingga mendorongnya terbabit dalam aktiviti pelacuran.Perunding Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Osman Che Bakar, berkata ada kemungkinan Sufiah berhadapan dengan masalah itu berdasarkan simptom yang ditunjukkan.Katanya, perbuatan gadis itu melacurkan diri memang menimbulkan kejutan dan pelbagai persoalan di kalangan orang ramai kerana dia sebelum ini mempunyai masa depan cerah dan tidak sepatutnya terbabit dalam aktiviti hina berkenaan.“Tetapi dari sudut psikologi, kemungkinan Sufiah berhadapan dengan masalah mania yang antara simptom penyakit itu adalah keinginan seks meluap-luap, hiperaktif, terlalu ceria, berkeyakinan tinggi, berfikir dengan pantas, bertenaga, hilang keinginan tidur dan terlalu peramah.

“Kemungkinan penyakit itu sudah lama ada dalam dirinya, tetapi ia tidak disedari dan tidak dapat dikesan dari awal hingga gagal dirawat dan dibendung,” katanya ketika dihubungi, semalam.Katanya, mania boleh berlaku akibat pelbagai faktor, tetapi selalunya ia dikaitkan dengan gejala bipolar, di mana beberapa episod mania boleh berubah-ubah mengikut putaran dan digantikan dengan episod kemurungan klinikal.Antara simptom mania yang lain adalah pesakitnya menampilkan karakter berbeza dengan dirinya sebelum ini termasuk terbabit dalam aktiviti seksual berisiko, berbelanja besar secara membazir atau menjadi terlalu sensitif.

Dr Osman berkata, mania juga selalunya berkait rapat dengan penyakit keturunan, tetapi ia boleh dirawat jika pesakit dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri untuk menjalani rawatan.“Dengan rawatan bersesuaian, kebanyakan pesakit yang menderita gejala bipolar mampu distabilkan dan menjalani kehidupan secara normal,” katanya.Beliau berkata, ibu bapa atau ahli keluarga perlu peka terhadap perubahan sikap anak supaya masalah psikiatri seperti gejala bipolar dapat dikesan dari awal seterusnya mengelak pesakit melakukan sesuatu yang boleh disesali kemudian hari.

(Save Sufiah Yusof Programme)

Along my course of psychiatry postings, i have always wanted to raise an issue to my professor. I want to blurt out questions lingering in my mind with the hope that this can broaden the horizon of the psychiatry field as a whole... How is the relevance of Islamic intervention in managing a psychiatry patient? Can we merge Koran verses and medical management?? Is it being applied in any major hospitals in Malaysia????!! (bunyi marah je, taklah hehe)

As far as the medical field is concerned, the answer seems to be a BIG NO! I had personally discussed this issue with an ustaz, being very well versed in managing those being hysteric etc. I totally agree with him, masyaAllah!!

Alhamdulillah, i am so thankful that i was borned as a Muslim, and i wish to be a full-time Muslem, insyaAllah. Please pray that i will not only be a "muslimah" docotr, but also a "mukminah" one. Indeed, it is a BIG responsibility, but with determination and most importantly Allah's will, everything is possible, insyaAllah!

Afterall, i believe that Islamic intervention is of upmost importance in the management of a psychiatry patient. When one is psychotic, he/she is actually in a state that enables syaitan to take over easily..This is where Koran verses play an important role and it would be a bonus if the attending doctor is a true Muslem and is able to apply this as a major intervention...MasyaAllah!


Does anybody agree on this??



Sabtu, 08 Agustus 2009

Siapakah Bakal Imamku?



















Assalamualaikum wbt

Teringat pula kisah semasa Iman membuat elective posting 2 tahun lepas. Iman ni memang suka berborak dengan pesakit, adeh, kadang-kadang terlalai dalam mengambil data pesakit dek berborak tentang kehidupan (kelemahan diri!)

Suatu hari itu, Iman menegur seorang pakcik yang menghidap COPD( Chronic Obstructive Lung Disease) iaitu penyakit pernafasan kronik. Tiba-tiba, out of the blue, beliau memberitahu Iman," Senangnya wanita masuk syurga, senang juga masuk ke dalam neraka.." Tergamam Iman! Sekilas itu, Iman jadi tidak sedar apalah yang Iman dok menulis dalam buku catatan..Beliau bercerita lagi," Nanti nak kahwin, jangan dok cari yang handsome je..Orang sekarang memang macam tu. Yang penting beriman, dapat membantu melayari rumahtangga ke arah yang betul."

Beliau dok bercerita, bersungguh-sungguh! Iman pun dok mengangguk tanda setuju. Benar!! Adakah aku risau siapa bakal imamku? Nak kata risau sangat, tidaklah. Nak kata tidak peduli langsung...tidak juga! Iman yakin dan percaya, bahawa Allah telah memilih dan mengatur siapa bakal imam Iman, sejak di Lauh Mahfuz lagi. Menurut ustazah Marie, beliau pernah menasihati, kita boleh mendoakan moga dijoodohkan dengan seseorang yang soleh, namun jika Allah tidak mengaturkannya, insyaAllah kita ditemukan dengan orang lain yang akhlaknya sepertinya. Terdapat satu point penting di sini; iaitu, kita boleh berdoa moga Allah memperbaiki dan memperelokkan akhlak bakal zauj/zaujah kita. insyaAllah.........

Benar, tidak bermaksud kita menunggu disarung bantal juga. Islam sendiri telah menggariskan syariat cara-cara "approach" seseorang. Allah mengajar tentang taaruf, orang perantaraan iaitu orang soleh serta menghijabkan perbualan selagi belum bergelar suami-isteri yang sah. MasyaAllah..Walaubagaimanapun, jagalah ikhtilat sedaya upaya, moga Allah melindungi kita daripada zina hati, insyaAllah.

Hidup ini memerlukan pergantungan terus kepada Allah. (Be steadfast to Allah!) Marilah kita beringat bahawa Allah tidak akan mencabut sesuatu dari kita andai kecuali Dia menggantikan dengan yang lebih baik. Namun, ini semua adalah possible, insyaAllah, jika kita tetap bersabar dan redha dengan segala ketetapannya.

Sesiapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharapkan pahalaKu, nescaya akan Aku gantikan dengan syurga. (Al-Hadith)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia..Amin

Doktor & Pengamal Perubatan-Sekadar Merawat Secara Fizikalkah??


Assalamualaikum..i came across this article through http://fiqhmedic.wordpress.com/, thus i thought it is worthwhile to share this with you, insyaAllah..

If u happen to be a student (medical/nursing) or say, in the medical field; have you ever thought of applying the beauty of Islam in your daily work? (erm this may be somewhat a repetition, but let's ponder upon this..)


Here we go........

Berikut adalah sedutan dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Moga menjadi panduan & manfaat buat semua.
Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.
Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.
Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya. Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.
Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.
Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.
Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. Sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh ‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam masalah ini.
Saya telah memberikan beberapa jawaban untuk mereka menceritakan kepelbagaian pandangan sarjana Islam berhubung dengan nilai najis kedua haiwan berkenaan dan bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari keluasan fekah Islam dalam hal-hal tersebut. Apa yang penting mereka perlu tegas dalam akidah dan ambil kemudahan fekah yang diberikan syarak.
I personally like this article, very simple indeed.. Apa-apapun, bagi Iman, bertegaslah dalam apa yang disyariatkan. Sebagai contoh, jika seorang pensyarah bukan Muslim bertanyakan soalan berkenaan Islam kepada kita, selaku pendokong Islam, janganlah berasa janggal atau takut menghadapi situasi ini. Bersuaralah...janganlah berdiam diri melainkan benar-benar tidak tahu, maka solution terbaik ialah memberitahu bahawa kita tidak dapat memberikan jawapan pada masa itu dan offer masa lain untuk berbincang dan memberikan jawapan yang bernas! Jangan sekadar senyum sumbing, melarikan diri dari situasi itu sehinggakan yang bukan Muslim ini memandang serong pada kita. Astaghfirullah!!
Iman sendiri pernah menghadapi situasi sebegini, banyak kali...Mungkin kerana ada berdampingan dengan rakan2 bukan Islam yang enthusiastic dalam mengetahui apa yang mereka lihat, sebagai contoh berkenaan aurah, solat dan sebagainya..MasyaAllah..Moga Allah membuka pintu hati mereka ke arah islam, insyaAllah..
Don't be a passive person in Islam..Do not passively live or immerse in your own world.Let's grasp the real meaning of islam, submit yourself and do not ever be a hypocrite...Be yourself!!!

Rabu, 05 Agustus 2009

Puasa Bagi Pesakit Diabetes..Jom Baca :)



DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?
Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?
Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa. Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;
-Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
-Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
-Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).
-Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
-Sedang mengalami jangkitan kuman.
-Warga tua dan tinggal bersendirian.
-Hamil yang memerlukan suntikan insulin.
-Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.
Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.
Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia
Hiperglisemia
Dehidrasi
Menggigi, lTerlalu lemah, Amat lapar, Berpeluh, Pucat, Berdebar-debar, Gelisah, Koma (tidak sedarkan diri)
Kerap buang air kecil, Terlalu dahaga, Sangat letih
Amat dahaga, Kulit dan lidah yang terlalu kering


Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.
Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa
-Sahur
-Berbuka sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU3-4 keping roti ATAUNasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
-Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.
-Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.
-Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat.

Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:
Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.
Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .
Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:
-Sebelum bersahur
-Dua hingga empat jam sebelum bersahur
-Sebelum berbuka puasa
-Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian
-Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.
-Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.
-Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

(Sumber: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.)