Senin, 31 Mei 2010

Humanity


Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar!

I learned one important lesson today. Importance of HUMANITY.

Ambil satu ketika untuk meneliti sekeliling anda.

Di sebalik kesibukan anda, jangan sekali-kali melupakan nilai humanity. Saya meneliti pesakit-pesakit saya. Wajah murung mereka menunjukkan satu perkara yang jelas pada saya. Samada mereka tidak dapat menahan kesakitan yang mereka alami ataupun mereka tidak puas hati dengan perkhidmatan pihak hospital. Saya cuba sedaya-upaya membuatkan mereka gembira. Bagaimana??

Bukan bermaksud di sini saya perlu sentiasa berlawak untuk membuatkan mereka gembira. Sekadar mengambil berat akan hal mereka sudah membuatkan mereka gembira dan berpuas hati. Nilai humanity dalam memahami situasi pesakit juga penting. Bukannya sekadar mengambil details pesakit, membuat pemeriksaan dan beri ubat yang betul. Fahami dan treat mereka 'as a whole'. Moga dengan melihat wajah kita (hehe) sakit pun rasa kurang. (cewah) insyaAllah.


Have humanity. No matter how BUSY you are.


untitled

Salam to all

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Menerima msg dari kakak tersayang. Bakal melahirkan anak pada bila-bila masa, insyaAllah; kini di rumah mertuanya di Selama, Perak. TAbahnya kakak, bakal melahirkan anak tanpa ummi dan abi di sisi. Sekurang-kurangnya mak dan ayah mertuanya ada bersama, alhamdulillah. Moga melahirkan anak soleh; penyejuk mata dan penghibur hati amin.

On calls are coming. 9 on calls in a month. Moga terus tabah berjuang. Liku-liku hidup tidak mudah untuk diharungi; namun jika terus tabah dan bersemangat; insyaAllah selamat.

Okay..gotto hit the books!!

peace!

Minggu, 30 Mei 2010

What a day...


salam to all...spread smiles!

SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar


What a day...


Appreciating final days of tagging period, hoping to build up skills and confidence. Apa kene mengena dengan gambar atas tu? haha. Hehe sometimes i have to run when i work, here and there settling things in the ward, taking blood, meeting up radiologists (scary, tapi buat dek je haaha) and macam-macam lagi. Best jugak pakai jubah sporty macam ni. Siap berlari-lari dalam wad pakai jubah ni. Memang cool (hehe).
Colleagues begin complaining about workload and how much the salary isn't worth it. I shrugged as i have my own stand that we work for Allah, helping and treating in the sake of Allah. Money is second; meaning that if we appreciate what we do, insyaAllah berkatnya ada nanti. Duit menjadi berkat. Hidup pun berkat (cewah) amin....
Waaa..replaced a colleague to assist appendicectomy which usually lasts about 20-30 minutes if there's no complication. Tapi ours lasts in almost an hour. Haha. Tangan lenguh, perit as i had to retract the incision for the surgeon to do his job. At the end, tangan lenguh. Haha what an experience. Siap darah percik kene baju surgeon. Sikit agi kene mukanya. Kelakar.
Acute beds are full today. Patients masuk berduyun-duyun.
Ahhh ingat tak makcik yang mengalami bedsore tu? Apparently as im occupied in my ward works and OT, tak sempat jenguk makcik ini. I gave salam, smiled at her and she flashes hers back. Manisnya senyuman makcik ini. "Lama tak tengok.." tegurnya. I smiled dengan rasa bersalah sangat. MasyaAllah sibuk sampai tak tanya khabar beliau. "Nanti kita borak ya makcik...lama tak jenguk makcik.."
Everyday is a new chapter in our lives. Appreciate everything and everyone around you. You may not have the chance to enjoy those moments anymore... :p

Sabtu, 29 Mei 2010

Today.......

Salam to all
SubhanAllah,alhamdulillah, allahukakhbar!

A Malay lady in her 40s came in electively admitted foe a debulking surgery. Her husband by her side, never flashes a smile, with clearly worried expression. i took a quick scan on her casenote and referral letter. She is suffering fom retroperitoneal tumor; and this is her 2nd debulking surgery due to recurrence of tumor and spread of tumor to her pancreas and left kidney.

She s cheerful, lega betul tengok beliau.

After getting adequate history, done with PE and getting consent; i queried if she has anything to ask regarding the surgery. "Akak risau, kalau buat operation ni, jadi balik." Saya menjelaskan bahawa ketumbuhan ini dalam kajian hanya dapat dibedah, kita serahkan pada Allah moga sembuh. Biarpun dalam kajian perubatan; penyakit ini tiada penawarnya dan pembedahan sekadar membantu mengurangkan simptom tapi ia mudah merebak; Allah yang Menguasai segalanya. Kita berikhtiar, dan kita mesti bertawakkal kepadaNya. Allah yang menyembuhkan, bukan pakar bedahnya. Pakar bedah adalah perantara tapi hakikatnya Allah penentu segalanya :)

Setiap kali rounds dan bekerja, saya suka observe patients dalam ward. Apa kehendak dan riak pada wajah mereka. Adakah kami sudah memberikan yang terbaik untuk mereka? Part yang best ialah melihat anak-anak menjaga ibu mereka. Mencium pipi mak sambil mengusap tangan mak. MasyaAllah. Bertuahnya mereka dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah serta taat.

Melihat keperitan pesakit mengingatkan saya hakikat nikmat sihat. Ada yang makan sahaja terus makanan termuntah keluat. Hilang nikmat merasai makanan. Ada yang tidak boleh membuang air besar berminggu-minggu despite syrup lactulose, enema and fleet solution. Sukar. Perit. Tapi kita 'whoosh' dengan selesa. Itu nikmat jugak! :p

Fikirkanlah sama-sama nikmat yang Allah sudah kurniakan pada kita. Kadang-kadang kita alpa dan merintih serta merungut pada kesukaran. Bayangkan keperitan orang lain serta kesungguhan mereka dalam menghadapi ujian-ujian Allah. SubhanAllah.

Give your best shot and ignore negative perceptions of others (yang tidak membina) on you. Be youself, smile always and help each other. Liv to give. As much as you can!!!!

Jumat, 28 Mei 2010

Tiring but Truly MEANINGFUL

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar

Alhamdulillah

Rounds went well today, except that my patient in acute cubicle developed sudden onset of chest pain assoc with SOB. We were afraid the it it pulmonary embolism, given IV bolus infusion heparin then S/C heparin. Alhamdulillah, chest pain reduced in the evening and could see her smiling whenever i flash a smile. haha. alhamdulillah.
(panic gak time tu, cepat2 amik ABG time tu, acceptable results) FUH!!

i was quite bored with the variety of cases in 2CD, decided to hop in 2EF (surgical untuk lelaki). masyaAllah ramai dan lagi busy. Memang lain betul dari ward female sebab as it is a weekend mmg tak ramai patients and ramai pula discharge hari ni.Hoorey!

Alhamdulillah got opportunities to observe I&D as well as suprapubic catheterization. Memang kene build up my skills as my on calls are coming!!

Yikesss!!! haahah

It had been tiring all along..but when i reflect upon this, life still goes on. All hardships are merely Allah's tests. We live to obey Allah and give our best shot in every good deeds, right??

I love hearing patients thanking me, giving me sweet smiles. They keep me going. And of course ALLAH KEEPS ME GOING!!!

oops dah lewat ni. Time to sleeeeeeeeeeeep :p

Kamis, 27 Mei 2010

Scrub

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar!

Scrub.

Yeah.

2 attempts to assist operation. Failed.

It's time to buck up, Iman! Keep going k?

Haha..had been aimed for bombarding questions in CME. Can't believe that im that famous...hopefully in a positive way :p

time to doze off.............wassalam

Selasa, 25 Mei 2010

Ucapan terima kasih...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah,Allahuakhbar!


Beban kerja menyengat diri. Muka-muka stress colleague menerukkan situasi. Wad agak kelam kabut pagi itu.


Tiba-tiba..


"Saya balik dulu, terima kasih banyak-banyak..."sapa pesakit saya.




Wajahnya ceria. Lain sungguh berbanding semasa dia menderita "thrombosed 4th degree hemorrhoid" iaitu buasir yang tahap teruk. Teringat wajahnya yang mengerut kesakitan menanngung keperitan semasa kami cuba "reduce"/ menolak balik buasir ke dalam. Biarpun sudah diberi IM pethidine..sakitnya tidak hilang.


Alhamdulillah.


Hilang rasa penat kerja. Saya tersenyum riang dalam ward round pm itu. Happy je melihat pesakit saya balik dengan wajah ceria. Syukur alhamdulillah.


Bila difikirkan, contribution saya sedikit sahaja. Ucapan terima kasih.......sungguh bermakna buat diri saya. Penghargaan pesakit yang penuh keikhlasan menaikkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan bekerja semata-mata kerana Allah SWT. INSYAALLAH :P

Senin, 24 Mei 2010

Ajal...Menjemput bila-bila Masa...

Assalamaualaikum wbt
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Assalamualaikum makcik.." suka saya menyapa makcik comel ini. Berusia sekitar 60-an, di Surgical ward kerana mempunyai "bed sore" yang teruk (luka dalam di belakang) kesan daripada bed bound yang lama. Menghidap breast cancer tahap kritikal dan dalam palliative treatment(mengurangkan simptom sahaja kerana sudah merebak ke tulang).

Katil di hadapan beliau adalah seorang wanita 60-an juga, mempunyai ascites yang krtikal, sepsis dan surgical intervention tidak mampu membantunya. Kami berdoa moga beliau dpnjangkan umur, dan keadaan kritikal beliau telah diterangkan kepada ahli keluarganya.

Makcik bertanya pada saya sebelum saya mengambil sampel darahnya. "Nak tanya..yang kat depan tu macam mana? Makcik dengar..tunggu masa saja.." katanya dengan suara perlahan dan penuh kerisauan. Saya tunduk, hampir menitiskan air mata, namun perlu profesional. "Kita doakn dia ya makcik...Makcik, walaupun saya ni sihat, entah bila ajal saya, ajal menjemput kita bila-bila masa, tak kira kita sihat/sakit..kita doakan ya..". Makcik ini tabah, dan suka saya melihat anak-anaknya yang rajin menjaga, memandikan, mengusap makcik ini serta menjaga bergilir-gilir.



"Makcik, saya tengok gilir-gilir anak makcik jaga makcik..berapa orang anak?" tanya saya. Beliau tersenyum sahaja," alhamdulillah, 10 anak, lelaki belaka. Semua baik-baik jaga makcik." Terharu saya mendengarnya, masyaAllah. Tak pernah sejenak pun anak-anak lelakinya meninggalkannya. Mereka menjaganya dengan penuh kesabaran, dan kasih sayang. SUBHANALLAH!

Pagi tadi, saya melihat katil berhadapan dengan beliau. Kosong. Innalillah...beliau dijemput Ilahi pada 5 pagi tadi. Teringat semasa saya mengusapnya dan menahan pendarahan berterusan dari HD site. Tekanan darah turun mendadak pada masa itu. Ya Allah, aku menyaksikan kematian demi kematian pada setiap hari, Engkau tunjukkan padaku untuk mengingatkan aku tentang hakikat kematian. Betapa singkatnya hidup dan yang penuh fana ini, betapa indahnya syurga yang menanti sesiapa yang mengidamkannya dan berpegang teguh ke arahnya. MasyaAllah.

Sempat saya berborak dengan Kak Mariam, seorang staff nurse di Surgical Ward. berborak berkenaan hidup bekerja dan ketenangan. Kami bertazkirah secara tidak langsung dan memotivasikan masing-masing untuk menjadikan kerja sebagai ibadah. Moga Allah memberkatinya. Beliau mengingatkan bahawa semasa kita solat, kita berkomunikasi dengan Tuhan Maka mestilah kita khusyuk sepenuhnya dan menghilangkan perasaaan lain dan kekusutan dalam fikiran.

SubhanAllah. Syukur atas tarbiyyah Allah ini. Moga ita sama-sama teguh dalam jalan ini. jalan menuju keredhaan Allah. InsyaAllah!

Sabtu, 22 Mei 2010

Senangi Hati Orang Lain....

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

ALHAMDULILLAH...Saya dikurniakan colleague yang baik-baik dan sudi membantu. Malah, adjustment pada environment kerja yang baru bagi saya ini..sedikit sebanyak dipermudahkan dengan sokongan mereka. Syukur kepada Allah, semuanya datang dari Allah SWT jua.

Haha. Alam pekerjaan ini sememangnya lain sangat daripada zaman universiti dahulu. Kini bila bekerja, syaa dipertanggungjawabkan untuk 'in charge' pesakit tertentu. Lain dari zaman medical student..ambil history taking, buat PE, belajar management, discussion kemudian balik. haha tiada tanggunjawab untuk merawat pesakit.

Kene marah dan tengking specialist atau MO sudah sebati. Malah sudah lali, hehe. Apa yang penting? KERJASAMA! haha

Petang tadi kami agak kelam kabut dalam wad. Pesakit penuh di setiap cubicle, kurang admission baru kerana hari ini hari weekend. Namun, kelam kabut kerana terdapat masalah misunderstanding di kalangan HO dan staff nurse. Borang PPN (Partial Parenteral Nutrition) hilang, banyak IV drip pesakit tersumbat dan banyak lagi. Haha...mcam-macam dan kelakar bila difikirkan.

Setelah dimarahi oleh specialist (haha) gara-gara borang PPN yang hilang entah ke mana (pelik2) saya tersenyum dan berborak-borak dengan staff nurse lain yang baik2 belaka. Alahmdulillah, hubungan mesra antara kami mengurangkan stress kerja. Sambil kerja sibuk2, sempat kami bergurau senda. Alhamdulillah :)



Senangi hati orang lain, niat lillahita'ala. Bukannya dengan niat supaya mendapat faedah daripada orang itu. Fikirkanlah.....
Jika kita menyenangi hati orang lain, insyaAllah kita disenangi ramai dan orang mudah menghulurkan bantuan pada kita bila di kala kesusahan. INSYAALLAH..
Senyum sokmo!!!

Jumat, 21 Mei 2010

It's Never Too Late...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Iman...ada patient baru dalam cubicle 2.." seorang staff nurse memanggil saya di kala ward round pagi itu. Saya menatap makcik dari jauh, melihat beliau memakai nasal prong untuk membantu pernafasannya.

Beliau kelihatan tidak selesa dan tidak berminat untuk berinteraksi. Saya memahami keadaan beliau yang dalam sesak nafas mengganggu pertuturannya. Lama kelamaan sesak nafasnya berkurangan. SPO2=100% alhamdulillah.

MasyaAllah....

Dalam pemeriksaan saya, saya tergamam. Amat sangat. Sedih berbaur hiba. Namun saya buat-buat biasa dan berbincang dengan colleague yang lain berkaitan plan management. Dalam penilaian saya, beliau menghidapi advanced breast Cancer stage T4c N3 Mx.

"Makcik..kenapa makcik tak pernah datang jumpa doktor?" saya bertanya kerana amat pelik mengapa beliau mencuci lukanya sendiri hingga ke tahap yang amat membimbangkan.

Riak wajahnya berubah. Rasa serba salah saya dibuatnya. "Makcik takut?" tanya saya lagi. Beliau mengangguk perlahan-lahan. Saya terkesima. Ya Allah, kasihannya makcik ni.

Anaknya risau, jelas terpancar pada wajahnya.."Macam mana tahap mak saya ni?" perasaan ingin tahu memang jelas dalam dirinya. Saya terdiam sebentar dan cuba menyusun ayat sebaik mungkin.



Saya sedar..saya mesti jujur, tidak memberikan harapan palsu pada mereka. "Begini makcik, adik..tahap ketumbuhan pada makcik ini sebenarnya sudah tahap yang membahayakan. Luka semakin dalam. Makcik, insyaAllah kami akan mulakan chemotherapy pada makcik selepas dapatkan CT scan iaitu makcik masuk terowong tu. Kemudian pada hari sama, dah ada appointment untuk mammogram iaitu untuk memeriksa bahagian lagi satu. Makcik, banyakkan berdoa dan bertawakkal pada Allah. Kami akan usahakan yang terbaik insyaAllah.."
Beliau tersenyum sahaja. Tak dapat saya gambarkan di sini betapa saya ingin menitik beratkan kita untuk benar-benar alert akan kesihatan kita. Sayangi nyawa pemberian Allah.
It's never too late. Bila-bila masa sahaj Allah tarik nyawa kita, kita yang sihat-sihat ini pun belum tentu tahu bila ajalnya, bukan?
It's never too late to repent, to improvise ourselves and turn into a better mukmin. It starts from ourselves..insyaAllah :)

Kamis, 20 Mei 2010

What i have learnt today...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah. Saya memanjatkan kesyukuran pada Ilahi atas segala nikmat dan dugaanNya. Mana mungkin kita dapat mematangkan diri dan tetap kuat serta tabah jikalau kita tidak didatangkan dengan ujian Allah. Redha dengan ujianNya kelak kita dapat merasai kemanisannya kelak, insyaAllah.

What i have learnt today......memang banyak.

- Betapa pentingnya menjaga silaturrahim sesama kita. Pasangkan niat berkasih sayang kerana Allah, bukannya menjaga hubungan persahabatan semata-mata demi kesenangan kita lantaran mendapat banyak faedah serta kemudahan dari seseorang itu.

- Bermanis muka pada setiap masa. Cuba lakukan, senyumlah biarpun di kala kena marah boss ke..kena hentam specialist ke (haha) dan pasti anda akan tenang. Mengapa? Kita bersikap positif dalam setiap situasi dan cuba bangkit daripada kegagalan masa silam; insyaAllah dipermudahkan :)

- Pasang niat setiap hari. Niatkan setiap perkara lillahita'ala. InsyaAllah berkat :p

- Berkorban masa dan tenaga. Biarpun penat macam manapun, jangan mengeluh. Mengeluh dan berkeluh kesah ni bukan sikap orang mukmin.


Rindunya pada tanah suci Makkah. Ya Allah aku ingin sangat ke sana lagi, menatap Kaabah yang tersergam indah, menikmati air zam zam, bertahajjud di masjidilHaram...Moga impianku tercapai amin...
Oops time to sleep...Berjuang lagi esok, insyaAllah!

Rabu, 19 Mei 2010

Surviving Day by Day!

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

I wish i can write more, but the gravity is so strong that my eyelids are closing. Hoho. Alhamdulillah, i love my work apparently, althought things turn out to be hard and tough. I keep reminding myself to be positife and upgrade day by day, insyaAllah.

The coolest thing is o comfort patients. Regard them as thought they are your own parents. MasyaAllah...give more..insyaAllah you'll gain more; especially Allah's love ")




Oh dear..gotto sleep after im done with my homework. Siap dapat homework dari specialist to cover about hemorrhoid huhu (buasir). Cepat baca sebelum kene bombarded with questions!!!!!

Senin, 17 Mei 2010

untitled


Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah. Allahuakhbar!

Biarpun kepenatan infiniti menyengat diri..saya gagahi juga menulis dengan harapan semangat ini tidak akan pudar. InsyaAllah :)

Hiasi wajah dengan senyuman
Setiap yang berlaku terimalah
dengan hati terbuka
dengan redha

Hiasi bibirmu
dengan zikrullah
di mana jua kita berada
Biarpun hidup mungkin payah
Senyumlah
Tabahkan hati
Kuatkan semangat
Berkorbanlah demi Islam


Bersusah payahlah
demi menegakkan syari'at..

(sedang memotivasikan diri, insyaAllah :)

Minggu, 16 Mei 2010

People do CHANGE

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah,alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Iman, how's your day?" tegur Farah.

"Alhamdulillah...." saya tersenyum dengan jari signal OK!

SubhanAllah. Syukur alhamdulillah...saya tidak menyangka langsung yang saya ditakdirkan rapat dengan sahabat se- universiti dahulu. Dulu hubungan kami agak renggang, gara-gara tidak pernah ber"posting" dan bersua. Alhamdulillah, setelah menjadi rakan sekerja, kami semakin rapat.MasyaAllah.

People do CHANGE. But always hope and strive to change.....FOR THE BETTER!

Kadang-kadang kita "ter"membuat "assumption" tentang orang lain. Cepat benar menilai dan membuat kesimpulan tentang seseorang. Kiranya macam "judgmental" dalam setiap situasi. Hmmm...marilah elak-elakkan membuat kesimpulan sendiri. Lihatlah dengan mata hati, insyaAllah hati kita pun tenang :)

Bayangkan anda diberi sekeping kertas kosong dan satu dot hitam kecil terlukis atas kertas itu. Jadi apa yang anda nampak? Rata-rata pasti meneliti kertas itu dan mencari-cari serta menjawab "Dot hitam". Mengapa?

Kadang-kadang kita suka melihat kesilapan dan kelemahan orang lain. mari kita sama-sama fikirkan...Kita adalah hamba Allah, yang diciptakan untuk beribadah pada Allah. Kita diciptakan berpasangan, dan memerlukan antara satu sama lain; tiada orang boleh hidup bersendirian tanpa seorang sahabat dalam hidupnya. Maka bersangka baik itu penting; indahnya hidup ini jika berlandaskan syari'atNya :)


(pic: courtesy of KakChik's wardrobe)
Saya suka sangat kata-kata hikmah ni. Mari hayati dan amalkan insyaAllah!
Hidup berlandaskan syari'at adalah ibarat kita berjihad. Mengapa? Kerana kita bermujahadah melawan nafsu dan berusaha menjadi seorang mukmin demi Allah Ta'ala. INDAH bukan?
Every single thing in our lives occur for a reason.
PEOPLE DO CHANGE....but let's CHANGE FOR THE BETTER!

Jumat, 14 Mei 2010

Smile to everyone....and the World will SMILE at you :)

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Smiles create thousands of miracles. Dengan tersenyum, orang lain pun rasa nak senyum, betul tak. Kalau orang tu rasa nak marah, tapi kita murah dengan senyuman, insyaAllah tak jadi kene marah (ikut experience depan specialist hahaha)

Try to smile. as much as possible..no matter how hard things might turn out to be..insyaAllah everything will change for the better..amin!



Hebatkan aturan Allah?
The power of smiling. So..apa lagi? SENYUM SOKMO !!!!!!

Kamis, 13 Mei 2010

Hari-hariku

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Hari-hariku...
Bak kata seorang ikhwan dalam usrah, jangan hidup macam robot..hidup ikut rutin tanpa diisi dengan dakwah. Kemudian dipampangkan video manusia umpama robot yang bangun pagi, bersiap ke kerja/belajar, makan, tido. Kemudian bangun lagi pada keesokan hari dan meneruskan rutin sedemikian hingga seumur hayatnya. Tak syok kan macam tu? Kosong sahaja tanpa mempraktikkan kahidupan sebenar seorang yang bergelar "true muslem"!!

Hari ini ke klinik untuk belajar membuat ultrasound dan prosedur handle pesakit di klinik. Disebabkan ini adalah kali pertama merawat pesakit di klinik, saya diberikan kes-kes mudah agar saya dapat 'familiarize' diri dengan rutin di klinik kelak. Kes-kes seperti batu karang di hempedu dan buah pinggang/salur kencing menjadi antara kes yang banyak di klinik pembedahan pada hari ini.

"Treat patients as if they are your parents"...bak kata pensyarah saya. Maka dengan itu..anda akan rasa sangat "empathy" apabila berhadapan dengan mereka. Senyum sokmo!!!!!!

Selesai sesi klinik hingga tengahari, terdapat sesi CME bertajuk "Deep Vein Thrombosis". Cara management plan telah membuka mata saya betapa saya hanya mengetahui topik itu secara "superficial". Barulah saya tahu apa yang dimaksudkan dengan D Dimer yang bernilai siknifikan. Haha.

Terdapat seorang pesakit berumur lingkungan 60-an, yang tangan, kaki sudah lebam-lebam akibat dok amik darah je. Kesian sungguh melihatnya. Malangnya, dia kini mempunyai penyakit "renal angiodysplasia" maka dia mudah "bleed". Beliau sangat pucat dengan nilai hemoglobin yang rendah serta perlu ditambah darah dengan cepat, namun dia sanggup menanggung risiko untuk tidak ditambah darah lantaran kesakitan dicucuk untuk disampel darah..aduhai kasihan makcik ni :(


Kasut BATA murah kesayangan yang kini sudah terkopak!!!!!! hahaha. Tapi digunakan bila practice belajar memandu dek tapaknya yang nipis dan mudah "feel" dan pijak clutch/brake. Haha (gambar lama)

Moga hari-hariku serta hari-harimu tidak berlalu begitu sahaj biarpun kita sibuk macam mana pun. Moga terisi dengan kebaikan dan dakwah secara tidak langsung.....INSYA ALLAH!!!!!!!

Rabu, 12 Mei 2010

NEW me. NEW Chapter of My Life!


Salam


It is 12.01 midnight...i smile to remind myself how fortunate i am to be a Muslem. Spread your smile, there's nothing to loose haha.

I am determined to write after each day of my working life. Why? if ever i feel down, insyaAllah i'll look back upon every word uttered in this blog. Nak berkata-kata sahaja lebih tapi amalnya tiada? Tak baguslah kalau begitu, kan?

I woke up this morning and told myself how cool my job is. Kira self-motivation la ni. I prepared my breakfast the night before (bread with peanut butter spread) and i enjoy my feast on the next morning with a cup of Radix or maybe uh...Sawda. Hehe.

Alhamdulillah, managed to clerk few cases on my first day of tagging as well as performed procedures successfully. ALHAMDULILLAH! People might think i am bragging here but actually these small things are BIG to me. Hehe.

I smile to my patients and i really do appreciate them. Luasnya skop dakwah. I have the opportunity to spread da'wah by comforting and reminding them that diseases are Allah's tests. MasyaAllah. Spread love to others with the sake of Allah; and insyaAllah others will spread love to you without you expecting them. SubhanAllah.

Macam-macam kerenah orang yang saya encounter. InsyaAllah mematangkan saya. Doakan saya istiqamah dalam jalan yang Allah pilih untuk diri ini......amin.

Selasa, 11 Mei 2010

An insight of a Photographer

Assalamualaikum wbt

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!

Hmm..still having insomnia..but it's okay hehe i'm keen on blogging walaupun penat. Huhu



An insight of a photographer....presenting my bro-in-law's creative artwork! SubhanAllah. Currently he is a part-time photographer. He SHOOTS people. Haha you know what i mean.. No kidding , he really shoots people. He shoots.......photographs off course! (heheehe).



Just a peek of some of his artworks. (sorry for stealing ur pics)





Erm...rasanya ni kat jeti ke Seberang Takir...just guessing!






Batu Burok Beach, Kuala Terengganu




My beautiful niece; Sumayyah..masyaAllah. Ni gambar lama. She's almost one year old now :)



Sunrise or sun sets? Hmm....sila teka hehe





I simply love this..........

Jom singgah http://hafifimuhammad.co.cc/

Any bookings for wedding ceremonies, graduations, aqiqah or just any functions...insyaAllah boleh contact beliau...with special offers!

Syukran!!





Beliau sungguh........

Assalamualaikum wbt

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!


Saya pernah menulis mengenai ummi, wanita serikandi yang sangat hebat bagi saya. Kini terdetik pula hati ini menulis mengenai seseorang yang juga amat saya kagumi. SUNGGUH!


Wajahnya sentiasa ceria biarpun saya tahu macam-macam masalah yang menyelebunginya. Yalah, siapa hidupnya tidak pernah ada masalah, kan? Namun, bak kata umi, beliau tidak pernah menunjukkan riak stress dalam masalah, wajahnya selamba dan kadang-kadang saya tidak dapat membaca riak wajahnya; biarpun saya sangat rapat dengannya.


Alhamdulillah beliau sedang mengandung, bertarung dan jihad (bak kata ummi) kerana membawa zuriat kesayangannya yang comel (sure comel!). Biarpun berbadan dua, beliau bergegas ke sana sini mencari rezeki. Biarpun sibuk macam mana pun, tetap bertanyakan khabar adik-adik kesayangannya.


Saya selalu tersenyum melihat beliau bersama suaminya yang tercinta. Mereka sungguh bahagia bersama subhanAllah. Memiliki minat yang sama dalam bidang fotografi..memang mereka 'ngam'!!


Melihat beliau berkorban dalam keadaan sarat mengandung sentiasa membuatkan hati ini menangis. Rajin beliau memasang ayat'ayat Quran melalui keadphone ke perut besarnya. SubhanAllah.


Biarpun beliau bakal bertarung nyawa serta berjihad melahirkan anak bersama mak mertua tanpa kehadiran ummi, beliau kuat. Sungguh!! Menyingkap pengalaman demi pengalaman beliau, saya sebenarnya selalu memasang niat hendak menjadi sekuat, setabah beliau. Begitu juga seperti ummi..setabah ummi!


Bagi saya, beliau sangat cantik..kerana riak wajahnya lahir dari hatinya yang cantik dengan kasih sayang. Beliaulah kakakku...dan beliau sungguh............MENGAGUMKAN!!!!


Ya Allah.lindungilah kakakku, rahmatilah beliau dan suaminya.....dan bahagiakan mereka hingga ke syurga. amin....

Jegilkan Matamu, Bukalah Mindamu....

Assalamualaikum wbt
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!


Ya Allah......lamanya diri menyepi daripada mencatit dari lubuk hati. Lantaran kurangnya kekuatan diri, saya tidak dapat melontarkan idea; bahkan hendak menulis pun malas. Aduhai.


Namun, buat apa hendak menoleh ke belakang? Saya terbaca blog seorang pakar motivasi yang menasihatkan supaya tidak sekali-kali menoleh ke belakang. Aik? Bukannya 'Jangan pandang belakang' huhu, tapi janganlah menyingkap peristiwa pahit yang lepas. Never ever. Just move forward and forget your past. No matter how BAD it appears!


Jegilkan matamu. Bukalah mindamu..ini adalah ayat-ayat inspirasi dari blog seorang sahabat. Syukran kerana menyalurkan ayat-ayat penuh motivasi terus ke lubuk hati ini secara tidak langsung. SubhanAllah.






Kadang-kadang kita menyangka kita kuat. Mampu menghadapi apa sahaja. (bukan maksud saya disini bahawa kita tidak boleh memotivasikan diri dengan mengingatkan kita kuat). Saya juga begitu. Saya ter'overestimate' kemampuan saya, namun sya sedar semua ini adalah lantaran kelemahan diri sendiri. Hikmahnya banyak. Hebat kan KUASA Allah? masyaAllah.


What we see is what we get. Saya tahu dan sedar apa yang tersisip di sebalik ayat ini. Namun untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan ini bukanlah semudah ABC.


Fikiran mesti SENTIASA POSITIF. Jiwa mesti dididik untuk tenang dalam zikrullah. Minda mesti di upgrade dengan 'mindset' yang tidak goyah. Malah, hati mesti sentiasa dipupuk untuk berinteraksi dengan fikiran dengan seluas-luasnya agar setiap tindakan tidak lari dari wawasan sebenar. (saya pun tak sangka saya menulis sebegini..sedang memotivasikan diri, insyaAllah).


Oleh itu, jegilkan matamu. Lihatlah sekelilingmu dengan mata hati, betapa besarnya nikmat kekuasaan Allah buatmu berbanding dengan sekeciput(faham-faham jelah ya) musibah yang melanda dirimu. Bukalah mindamu seluas-luasnya supaya setiap perkara dinilai dengan penuh hati-hati.


Teringat nasihat penuh bestari kakak angkat kesayangan saya.."Ikhlas berdoa, niat kerana Allah dan bersabar." Kadang-kadang kita doa sepenuh jiwa dan raga tapi niatnya lari. maka marilah kita perbetulkan niat kita, ikhlaskan hati lillahita'ala. InsyaAllah berkat :) peace!


Saya ingin berkongsi butiran kebijaksanaan karangan penulis, pendakwah dan perunding motivasi yang tersohor serta kelakar (bak kata kakakku sayang heheh..yang pernah menghadiri ceramah motivasinya mengenai 'parenting' yang dikelolakan oleh Genius Awlad); Ustaz Zul Ramli M. Razali dalam bukunya "U-Turn ke Jalan Lurus".

  • Kekejian dosa akan menjarakkan seseorang dengan orang sekeliling ayng disayanginya.
  • Kegawatan hari akhirat lebih dahsyat daripada orang yang terapung seorang diri di tengah badai di lautan.
  • Janganlah kita menghadap Allah dengan membawa dosa menggunung tinggi.

Jom 'U-Turn' ke jalan Allah dan merasai kenikmatan dan keindahan kasih sayang Allah. SUBHANALLAH!!!!!!!!