
Rabu, 29 Juli 2009
Ada Apa Pada Purdah?

Selasa, 28 Juli 2009
Buat renungan bersama......insyaAllah

Jumat, 24 Juli 2009
InsyaAllah...
Salam..
Photos untuk santapan kalian..Iman kurang idea baru-baru ni. Mungkin penat dengan jadual yang padat?aik?padat? hehe..taklah padat sangat tetapi semacam terbantut idea je..
Inilah keluarga impian Iman..eh, gambar bakal zauji takde, gurau je..
Moga dikurniakan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah serta menjadi qurratun a'yun kepada zauji nanti...amin :)
ps: doakan Iman ya....
Minggu, 19 Juli 2009
Doktor...Mampukah mereka berdakwah?


Impian Mujahidah part 4

Kamis, 16 Juli 2009
Impian Mujahidah part 3


Beautiful Verses of Koran…

I just went to his website and I got mesmerized with his writing on “THE MUSLIM WAY OF SPEAKING”.
MasyaAllah!!! We are responsible of every word we speak; and everything that we do. In the Afterworld, our mouths will not be able to say a word; and all the parts of our body will do their jobs and explain everything that we had done; be it good or bad (nauzubillah!!)
They will ask their skins, "Why did you testify against us?" and they will reply, "Allah gave us speech as He has given speech to everything. He created you in the first place and you will be returned to Him." (Surah Fussilat: 21) ..
Cuba antum bayangkan..kulit kita berbicara..Mulut kita terkunci…Gerun bukan?? Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. Adakah niat kita dalam menbuat kebaikan adalah betul? Adakah kita melakukan sesuatu kebaikan dengan hati yang ikhlas semuanya kerana Yang Maha Kuasa? Adakah kita mementingkan pandangan manusia lebih daripada pandangan Allah SWT sendiri??
Ya Allah, please guide us to the right path, please accept all my deeds, because truly, You are the Most Gracious and The Most Merciful!!
Allah states in the Koran that:
Those who remember Allah, standing, sitting and lying on their sides, and reflect on the creation of the heavens and the earth [saying]: "Our Lord, You have not created this for nothing. Glory be to You! So safeguard us from the punishment of the Fire." (Surah Al ‘Imran: 191)
Ummi selalu berpesan pada Iman supaya sentiasa mengingati Allah. Zikrullah bermaksud mengingati Allah. InsyaAllah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Adakah zikir itu hanya dilakukan selepas waktu solat sahaja? Tidak semestinya..Depa pergi pasar, tengah jalan tu, doklah zikir.. Dok tunggu kawan kat stesen bas pun..bolehlah berzikir. Dalam Surah al Imran seperti di atas ini, kita mesti mengingati Allah dalam apa jua keadaan; baik berdiri, duduk or berbaring…MasyaAllah!! Begitu sayangnya Allah kepada hamba-hambanya, Dia mahu kita mengingatiNya selalu..dalam selangkah kita mendekati Allah, beratus2 langkah Allah mendekati kita..Begitu sayangnya Allah pada kita :)
... Be good to your parents and relatives and to orphans and the very poor, and to neighbors who are related to you and neighbors who are not related to you, and to companions and travelers and your slaves. Allah does not love anyone vain or boastful. (Surat an-Nisa': 36)
Marilah kita sama2 muhasabah diri, insyaAllah :)
Rabu, 15 Juli 2009
Impian Mujahidah part 2
Mujahidah sedar, keadaan universitinya tidak membenarkannya memakai purdah. Dia akur dengan keadaannya itu; malah situasinya yang berada di Sarawak dengan populasi Islam yang agak minoriti tidak mengizinkannya berpurdah dalam kampus. Sebaik dia di luar kampus, dia menarik purdahnya ke atas. MasyaAllah!!! Dia merasai satu perasaan yang sukar digambarkan! Alangkah bahagianya hatinya, dia diberi kekuatan memakai purdah, berpeluang menghijab wajahnya daripada pandangan lelaki ajnabi, yang sememangnya tidak halal baginya!! Mujahidah berasa amat terharu, seperti hendak menangis bersyukur semahu-mahunya!!
Dia menuju ke Marrybrown bersama sahabat sejatinya, bernama Lee. Lee merupakan sahabatnya sejak Tahun 1 universiti lagi. Biarpun Lee penganut Kritian yang kuat, mereka bersefahaman dan bertoleransi..SubhanaAllah!!
Selepas Mujahidah memesan makanan 'favouritenya' iaitu ayam pedas, dia menuju ke meja makan. Hampir semua orang yang 'shok' makan, menumpukan perhatian padanya.."Alamak.." getus hatinya. Dia tunggu sehingga tiada orang menumpukan perhatian pada dirinya.....
Selasa, 14 Juli 2009
Gelagat Renalt solat..comelnyee!!
Impian Mujahidah


akan bersambung..insyaAllah :p
Senin, 13 Juli 2009
Rindunya pada semua:p

Ana dok belek2 gambar2 lama bersama rakan2 seperjuangan..tiba-tiba rasa sebak sket hehe (dramatic bak kate kak Alin:p)..Memang tidak dapat dinafikan, sahabat yang sebenar-benarnya memang susah nak dicari. Bagi ana, sahabat memanglah 'term' yang lebih sesuai diberikan kepada rakan yang dekat dia hati kita..
Sumayyah.....again!!


Sumayyah...ana suka betul dengan nama ini. Bunyinya murni, bersih, seteguh namanya. Nama anak kecil ini adalah pemberian ummi; inspirasi daripada muslimah serikandi iaitu Sumayyah binti Khayyat! Sumayyah kini menjengah 2 bulan lebih, comelnya anak kecil, puteri kepada abang ana ini :p (comei sungguh, tak jemu tengoknya!! bile nak picit pipi lagi ni? :p) Sumayyah selalu terbeliak matanya..masyaAllah :)
Ana ingin kongsikan sedikit bingkisan mujahidah yang dijanjikan syurga ini......
Sumayyah binti Khayyat merupakan bonda kepada mujahadah Ammar ibnu Yassir.
Mujahidah ini merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah.
Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.
Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam. Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga
-Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
-Rumah mereka dibakar
-Dicucuk dengan besi panas
-Ditikam dengan lembing
-Dicungkil biji mata
-Dibenam ke dalam air
(sumber webnet)
Ya Allah, moga Sumayyah menjadi serikandi muslimah yang disegani seperti Sumayyah binti Khayyat, yang berkorban demi Islam..Sumayyah, engkaulah mujahidah sejati :)
Al-hibb = cinta dan kasih sayang
Minggu, 12 Juli 2009
Sabtu, 11 Juli 2009
Kita jumpa esok yek..eh bukan..InsyaAllah jumpa esok!

terlupa menyebut 'alhamdulillah!!' di kala musibah

(Qur'an, 21:35)
As clear as crystal...that's how i describe Allah's words. they are powerful and undoubtedly very moving..
dengan perlahan ku membaca.......

Senin, 06 Juli 2009
Secebis ungkapan...
Selawat dan salam terhadap junjungan besar kita, Nabi dan Rasul yang Ummi, Muhammad saw yang selayaknya dan sewajibnya dicontohi dan diteladani oleh semua umat yang mahukan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Setelah hampir sebulan lebih penulis pulang bercuti di negeri tercinta, selama itulah blog penulis sepi tanpa ‘posting’. Kenikmatan bersama keluarga benar-benar telah melenakan penulis. Namun begitu, alhamdulillah…keinginan jiwa penulis untuk bersama dalam gerak kerja Islam tidak pernah padam walaupun kadang-kala nampak agak lesu.
Beberapa kali terlibat dalam program telah merapatkan kembali hubungan penulis dengan beberapa sahabat lama dalam MSK di negeri Serambi Mekah. Penulis tidak menafikan, gerak kerja Islam di negeri ini amat hebat apatah lagi apabila tiba musim pilihanraya. Benarlah kata-kata sesetengah ‘oghe kelate’ bahawa hari yang paling penting bagi rakyat ‘kelate’ adalah hari raya dan musim pilihanraya..Hmm, sangat meriah. Rugi kalau tak balik time ni..
Tapi bagi penulis, yang paling penting adalah keikhlasan..Ikhlas kerana Allah. Jika kita tidak ikhlas, apapun tak jadi..betulkan?
Namun kali ini, penulis sebenarnya ingin menyatakan tentang perancangan. Adakala kita lupa untuk merancang menyebabkan masa kita berlalu begitu sahaja. Apatah lagi bila cuti panjang begini. Mungkin juga kita ada merancang, tetapi kurang usaha untuk merealisasikannya.
Seorang pujangga pernah menyebut, merancanglah untuk menuju hari muka kamu yang penuh mencabar dengan penuh wawasan dan sabar. Kata-kata ini dipetik dari buku ‘ Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan’ karangan Mohd. Yusof Hj. Othman.
· Sekiranya kita tidak merancang untuk menjadi orang yang berilmu, bersediakah kita
untuk menjadi orang yang jahil?
· Sekiranya kita tidak merancang untuk berjaya, bersediakah kita untuk gagal?
· Sekiranya kita tidak merancang untuk maju, bersediakah kita untuk mundur?
· Sekiranya kita tidak merancang untuk merdeka, bersediakah kita untuk dijajah?
· Sekiranya kita tidak merancang untuk bahagia, bersediakah kita untuk menderita?
· Sekiranya kita tidak merancang untuk beriman, bersediakah kita untuk menjadi kufur?
· Sekiranya kita tidak merancang untuk ke syurga, bersediakah kita untuk ke neraka?
Sama-samalah kita hayati dan cuba untuk realisasikannya..