Tampilkan postingan dengan label family. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label family. Tampilkan semua postingan

Kamis, 15 Juli 2010

MASYAALLAH!

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Diri ini menitipkan doa buat mujahid sulung Puteri Fadzline dan Hafifi Muhammad. Moga menjadi pejuang agama yang disegani, amin!




Macam anak cina, hehe. Comelnya!





Ummi!!! Sejuknyer air ni...grrr!!!




Muka terkejut....waaaa




Ummi...nak susu!


Tak sabar nak dukung Ali!!!

Sabtu, 10 Juli 2010

MasyaAllah, Tabarakallah!!

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Sabda Rasulallah SAW, "Sesiapa memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, (maka) berkatalah syurga,"Ya Allah, masukkanlah ia ke syurga." Dan sesiapa yang memohon (perlindungan Allah) daripada api neraka, (maka) berkatalah neraka, "Ya Allah, selamatkanlah ia dari api neraka." (Riwayat at Tirmizi)

Mari seimbangkan dunya dan akhirat, insyaAllah. Bukan sesuatu yang mudah; dan memerlukan semangat bermujahadah!!

Rindunya pada cik Sumayyah. heheh..ayu je bertudung!! Nak bawak gi shopping pah balik ni, insyaAllah!






Buat ape tu Sumayyah???

Sumayyah lepaskan penat..kat sofa comel. hehehe


MasyaAllah...tabarakallah!!!!




Minggu, 27 Juni 2010

Mujahid Agama

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar!

Saya memgang probe scan; baru hendak scan perut seorang pesakit dalam wad bedah yang juga mengandung. Nak check fetal viability.

"Kakak kene masuk hosp taiping..dia lemah meneran." mesej abang ipar tertera di skrin telefon. "Ya Allah..." getus hati. Saya yang jauh di mata hanya dapat mengirimkan doa moga kakak tersayang dan baby selamat.

Disebabkan on call pada hari itu; terus terlupa yang kakak dalam billik bedah. Pesakit masuk bertalu-talu dan memang tak cukup tangan. tidak lupa memsan pada staff nurse lain untuk mendoakan kakak tersayang.

ALHAMDULILLAH....syukur ke hadrat Ilahi. Ali Kareemi lahir ke dunia dua hari lepas melalui caesarean section ;serta mendengar kalimah Allah buat pertama kalinya...subhanAllah.



Moga Ali Kareemi menjadi mujahid agama yang disegani; anak yang soleh; penyejuk mata umi dan abinya serta memartabatkan Islam kelak. AAAhhh tak sabar rasanya nak mendukung dan cubit-cubit pipi gebunya. Hoho
ps: counting days to go home!

Selasa, 11 Mei 2010

Beliau sungguh........

Assalamualaikum wbt

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!


Saya pernah menulis mengenai ummi, wanita serikandi yang sangat hebat bagi saya. Kini terdetik pula hati ini menulis mengenai seseorang yang juga amat saya kagumi. SUNGGUH!


Wajahnya sentiasa ceria biarpun saya tahu macam-macam masalah yang menyelebunginya. Yalah, siapa hidupnya tidak pernah ada masalah, kan? Namun, bak kata umi, beliau tidak pernah menunjukkan riak stress dalam masalah, wajahnya selamba dan kadang-kadang saya tidak dapat membaca riak wajahnya; biarpun saya sangat rapat dengannya.


Alhamdulillah beliau sedang mengandung, bertarung dan jihad (bak kata ummi) kerana membawa zuriat kesayangannya yang comel (sure comel!). Biarpun berbadan dua, beliau bergegas ke sana sini mencari rezeki. Biarpun sibuk macam mana pun, tetap bertanyakan khabar adik-adik kesayangannya.


Saya selalu tersenyum melihat beliau bersama suaminya yang tercinta. Mereka sungguh bahagia bersama subhanAllah. Memiliki minat yang sama dalam bidang fotografi..memang mereka 'ngam'!!


Melihat beliau berkorban dalam keadaan sarat mengandung sentiasa membuatkan hati ini menangis. Rajin beliau memasang ayat'ayat Quran melalui keadphone ke perut besarnya. SubhanAllah.


Biarpun beliau bakal bertarung nyawa serta berjihad melahirkan anak bersama mak mertua tanpa kehadiran ummi, beliau kuat. Sungguh!! Menyingkap pengalaman demi pengalaman beliau, saya sebenarnya selalu memasang niat hendak menjadi sekuat, setabah beliau. Begitu juga seperti ummi..setabah ummi!


Bagi saya, beliau sangat cantik..kerana riak wajahnya lahir dari hatinya yang cantik dengan kasih sayang. Beliaulah kakakku...dan beliau sungguh............MENGAGUMKAN!!!!


Ya Allah.lindungilah kakakku, rahmatilah beliau dan suaminya.....dan bahagiakan mereka hingga ke syurga. amin....

Sabtu, 06 Februari 2010

Kekuatan itu dari Allah!


Wajahnya menenangkan jiwa. SubhanAllah, itulah keistimewaan beliau. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Tiada air mata semasa dilanda ujian Allah. Malah, solatnya dan munajatnya lebih lama dari biasa. Aku terpaku, aku ingin menjadi sepertinya.

Allah nombor SATU. Itulah pegangannya, masyaAllah. Nasihat demi nasihat persis permata yang mengeringkan air mataku. "La tahzan...la takhaf" diserapkan dalam diriku agarku kuat menghadapi setiap ujian Allah. Aku sedar, Allah mengajarku melalui insan disekelilingku..masyaAllah.

Jika beliau bersedih hati dari perubahan riak mukanya, aku juga merasainya; malah berganda-ganda lagi kesedihan hatiku. Kekuatannya mengagumkan; dan kusedar dari mana datangnya kekuatan itu jika bukan dari Allah SWT!!

Garis-garis halus di mukanya semakin jelas. Bila beliau menelefon dari jauh mengadu sakitnya, aku hiba. Beliau jauh di mata; aku memohon Allah meringankan sakitnya. Aku sentiasa cuba membuatkan beliau ceria dan menenteramkan hatinya..."Dugaan Allah itu insyaAllah sebagai kaffarah buat dosa-dosa kita"..SubhanAllah!

Beliau sentiasa membuatkan hati ini menangis, inginku sentiasa berdamping dengannya dan membuatkannya ceria. Beliau seorang yang amat mengagumkan, aku mengulangi kenyataan ini dan aku tidak akan jemu menyatakannya kerana beliau adalah perantara yang dikurniakan Allah, begitu berharga; untuk mentarbiyyah diri ini. SubhanAllah dunia ini adalah pinjaman kita di mana kita bercucuk tanam untuk akhirat kelak insyaAllah.

SubhanAllah, beliaulah ummi yang sentiasa dirindui.............

Senin, 14 Desember 2009

Take Off to.....insyaAllah!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Alhamdulillah, baru balik dari PKNS, Shah Alam (tempat favourite!). Kakak pun pelik dengan telatah adiknya; sanggup ke sana setiap hari! (ok, bukan setiap hari :)

Saya menghantar mesej pada umi, "Umi...nak kirim apa2 pada Iman?" Hehe, cepatbetul umi membalas mesej, "Umi nak..............lalala.." No problem!! Shopping untuk orang lain memang satu hobi! "Mesti beg Iman berat sebab penuh dengan makanan, kan?" umi mula risau.

"No problem umi!!"

"Umi nak ajar anak umi masak ni: nasi lemak, gulai..lalala" mesej umi lagi. Yeay!! Kelas memasak sebenar bakal bermula! Gulp!!..malunya :p




Antara makanan yang dikirim umi ke.........dot dot........ialah serunding daging dan ayam! (mesti teringin ni :)




Air bancuh Radix takkan lupa punya :)


Ni baru sikit, ada banyak lagi dalam beg!! :)

Ok..time untuk polish skill memasak!! (malunya) ^ - ^
(doakan saya selamat pergi dan selamat pulang ya, insyaAllah..)

Senin, 31 Agustus 2009

Hmm


Salam..

Terkejut bile samapi ke rumah kelmarin, cepat betul Sumayyah membesar. Makin comel loteh!

Siap gelak-gelak, lucu tengok cik comel ni. Umurnya 4bulan+, kadang-kadang dia cuba pusing badan 180 darjah, tapi umur camni memang biasanya belum dapat lagi..tengok umur 5 bulan nanti insyaAllah dapat pusing , skrg ni cuma dapat pusing badan 90 darjah pahtu "tup" kembali posisi asal hehe.

Ayah dia siap dah belikan tudung kecik inspired daripada majalah Anakku edisi September 2009. Comel sangat model si cilik pakai tudung.. Alahai comeinyee.

InsyaAllah kalau dah dipakaikan tudung awal, moga Allah lembutkan hati supaya mudah menerima dan menutup aurat..Didik dari awal..memang vital!

Berat betul Sumayya sekarang!! hehe

Rabu, 15 Juli 2009

Aiwah Renalt!!

Awat Renalt muka nak nangis ni? hehe

Dok pikir ape tu Renalt?


Aik??


Susahnya nak pujuk si Renalt ni tido.....



Aiwah! Aiwah!!!
Ummi rindu betul dengan Renalt..Ummi pernah beritahu Iman yang Renalt ni memang bijak. Manja benar dia dengan ummi..ok Renalt, popularla Renalt kat blog ni, hehe..nak anak comel,hehe..insyaAllah!





Senin, 13 Juli 2009

Sumayyah.....again!!

Moga menjadi mujahidah sejati ......



Sumayyah bermanja dengan abi...


Meh picit pipi :p


Mata Sumayyah yang beso...:p


Sumayyah...ana suka betul dengan nama ini. Bunyinya murni, bersih, seteguh namanya. Nama anak kecil ini adalah pemberian ummi; inspirasi daripada muslimah serikandi iaitu Sumayyah binti Khayyat! Sumayyah kini menjengah 2 bulan lebih, comelnya anak kecil, puteri kepada abang ana ini :p (comei sungguh, tak jemu tengoknya!! bile nak picit pipi lagi ni? :p) Sumayyah selalu terbeliak matanya..masyaAllah :)



Ana ingin kongsikan sedikit bingkisan mujahidah yang dijanjikan syurga ini......



Sumayyah binti Khayyat merupakan bonda kepada mujahadah Ammar ibnu Yassir.

Mujahidah ini merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah.
Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh
Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.
Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam. Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggu
p mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.


Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga
-Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
-Rumah mereka dibakar
-Dicucuk dengan besi panas
-Ditikam dengan lembing
-Dicungkil biji mata
-Dibenam ke dalam air


(sumber webnet)



Ya Allah, moga Sumayyah menjadi serikandi muslimah yang disegani seperti Sumayyah binti Khayyat, yang berkorban demi Islam..Sumayyah, engkaulah mujahidah sejati :)

Minggu, 12 Juli 2009

Sumayyah.....Muslimah Serikandi :)


Salam...
Sumayyah..hmm..siape ni? anak pertama? hehe..
Suspen tak? updates coming right up!!!