Jumat, 21 Mei 2010

It's Never Too Late...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Iman...ada patient baru dalam cubicle 2.." seorang staff nurse memanggil saya di kala ward round pagi itu. Saya menatap makcik dari jauh, melihat beliau memakai nasal prong untuk membantu pernafasannya.

Beliau kelihatan tidak selesa dan tidak berminat untuk berinteraksi. Saya memahami keadaan beliau yang dalam sesak nafas mengganggu pertuturannya. Lama kelamaan sesak nafasnya berkurangan. SPO2=100% alhamdulillah.

MasyaAllah....

Dalam pemeriksaan saya, saya tergamam. Amat sangat. Sedih berbaur hiba. Namun saya buat-buat biasa dan berbincang dengan colleague yang lain berkaitan plan management. Dalam penilaian saya, beliau menghidapi advanced breast Cancer stage T4c N3 Mx.

"Makcik..kenapa makcik tak pernah datang jumpa doktor?" saya bertanya kerana amat pelik mengapa beliau mencuci lukanya sendiri hingga ke tahap yang amat membimbangkan.

Riak wajahnya berubah. Rasa serba salah saya dibuatnya. "Makcik takut?" tanya saya lagi. Beliau mengangguk perlahan-lahan. Saya terkesima. Ya Allah, kasihannya makcik ni.

Anaknya risau, jelas terpancar pada wajahnya.."Macam mana tahap mak saya ni?" perasaan ingin tahu memang jelas dalam dirinya. Saya terdiam sebentar dan cuba menyusun ayat sebaik mungkin.



Saya sedar..saya mesti jujur, tidak memberikan harapan palsu pada mereka. "Begini makcik, adik..tahap ketumbuhan pada makcik ini sebenarnya sudah tahap yang membahayakan. Luka semakin dalam. Makcik, insyaAllah kami akan mulakan chemotherapy pada makcik selepas dapatkan CT scan iaitu makcik masuk terowong tu. Kemudian pada hari sama, dah ada appointment untuk mammogram iaitu untuk memeriksa bahagian lagi satu. Makcik, banyakkan berdoa dan bertawakkal pada Allah. Kami akan usahakan yang terbaik insyaAllah.."
Beliau tersenyum sahaja. Tak dapat saya gambarkan di sini betapa saya ingin menitik beratkan kita untuk benar-benar alert akan kesihatan kita. Sayangi nyawa pemberian Allah.
It's never too late. Bila-bila masa sahaj Allah tarik nyawa kita, kita yang sihat-sihat ini pun belum tentu tahu bila ajalnya, bukan?
It's never too late to repent, to improvise ourselves and turn into a better mukmin. It starts from ourselves..insyaAllah :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar