Tampilkan postingan dengan label life. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label life. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 09 Oktober 2010

Lesson for today..

Salam to all...
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Aturan Allah itu ada rahsianya sendiri, mungkin tidak indah di mata kita. Maka lihatlah dengan mata hati. Mengapa Allah menguji kita?

Supaya kita beringat. Bayangkan hakikat kehidupan yang serba mewah, tiada apa yang tidak kena. Indah belaka. Apa natijahnya? KELALAIAN.


Indahnya pelangi....


Lesson for today..bersabar dalam segala ujian Allah. Anggaplah diri sedang melayari nakhoda di tengah lautan yang penuh ombak besar. layarilah dengan cermat agar diri tidak karam dan menyebabkan orang lain turut karam bersama. Maka ingatlah bahawa kita berperanan mempengaruhi orang lain ke arah positif; secara tidak langsung tanpa kita sedari sebenarnya.





Aktiviti yang membuatkan saya teruja? Picnic! SubhanAllah...hanya Allah tahu bahagianya hati ini (adoi tak pernah picnic, haha)

Jumat, 01 Oktober 2010

Alhamdulillah for just anything!

ALHAMDULILLAH

I stare at the sky, reminiscing the fact that i am now a wife. Yup, alhamdulillah happily married to a wonderful husband; who had being quite a stranger to me in the past.

Alhamdulillah as Allah still gives me chance to breathe

Alhamdulillah...Allah wants me to feel how it is like to be a wife, how it is like to fall in love after marriage..how it is like to have in laws..




Ya Allah...tahnk you foe everything..and just anything!! Allah knows best!!

Jumat, 16 Juli 2010

Senyap. Sebentar.

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar

Wad 2EF memang terkenal dengan kesibukan yang teramat sangat. Maka tuntutan ubat stat pada pesakit, vital sign monitoring kadang-kala memang tak updated (sedih)

Saya paling gemari apabila doa dibacakan pada setiap hari; tepat 8am. Wad yang kelam-kabut menjadi senyap...sepi seketika. Manusia yang berjalan; malah hampir berlanggaran sesama sendiri (bayangkan!!) menjadi kaku di kedudukan masing-masing. Menadah tangan; khusyuk mengaminkan doa dalam hati.

Saya tersenyum.

Ini sahajalah ketika yang mana wad menjadi tenteram. Senyap. Sebentar. hehehe..

Oops on call esok. Bersemangat!!!!

Minggu, 20 Juni 2010

SENYUM SOKMO!

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar!

I found the power of smile!

Kene marah specialist. SENYUM!

Kene hentam radiologist. SENYUM!

Gagal setting line pesakit with collapsed veins. SENYUM!

Yup it's post call period and ward work really are overwhelming. I just smile despite all these. and.....masyaAllah i feel soooo much better.!!

i managed to have heart to heart talk with staff nurses in scope room while awaiting my specialist!.What more discussed on life issues and responsibilities. Life is about doing things for the sake of Allah and to obey Him. But remember..relationship with human beings are just as important!!

What i learnt today?? SENYUM SOKMO!!

Kamis, 04 Maret 2010

"Ustaz Hospital"

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Ustaz Hospital??

Saya teringat kenangan menjadi pelajar perubatan dahulu. Kenangan demi kenangan; manis mahupun yang pahit menggamit rasa. Tersenyum kerana pengalaman mengajar kita, mematangkan kita dan merubah perspektif agar kita melihat "out of the box".

Hampir setiap hospital di Semenanjung Malaysia mempunyai Unit Dakwah sebagai salah satu komponen penting dalam organisasi dan bergerak aktif dalam sesebuah hospital. Namun ada juga hospital yang terkecuali. Unit dakwah ini amat memberangsangkan; dan megorak langkah ke arah meningkatkan ilmu agama biarpun bekerja dalam bidang profesional dan mempunyai beban kerja yang memenatkan.

Pengalaman menjalani "clinical years" benar-benar membuka mata saya. Sesetengah hospital membenarkan si suami untuk berdamping dan memberikan "support" yang sebanyak mampu di samping isteri yang hendak bersalin. Ini bergantung kepada polisi hospital serta fasiliti bilik bersalin itu sendiri. Bagi hospital yang berfasiliti moden serta memiliki bilik bersalin yang banyak; suami dibenarkan mendampingi isteri di saat-saat genting. Namun yang menyedihkan, amat jarang suami "volunteer" untuk berada di samping isteri. Maka jarang sekali kami menyaksikan suami mengazankan ke telinga anak masing-masing yang baru lahir. Kami tertunggu-tunggu juga...baik, suami mungkin sibuk di pejabat..maka peranan doktorlah sebagai tukang azan...dengan harapan moga kalimah Allah sebagai kalimah pertama yang hinggap ke telinga bayi-bayi ini =)

Teringat wajah seorang ustaz yang rajin melawat wad-wad di hospital kami ber'praktikal'. Beliau sudah berusia, jalan berbongkok, selalunya berjubah hitam atau putih serta berserban. Wajahnya sungguh menenangkan. Semasa menjalani "bedside teaching", pasti saya tencari-cari beliau dan memerhatikan apa yang beliau lakukan. Beliau rajin ke wad "maternity"=wad yang dikhaskan setelah ibu-ibu bersalin; dan bertanya pada para wanita yang muslim sama ada bayi mereka sudah diazankan. Jika belum, beliau mengazankan dengan sukarela. SubhanAllah....



Bukan setakat itu sahaja. MasyaAllah. Beliau turut 'turun padang'; melawat wad lain. Saya selalu memerhatikan gelagat beliau...subhanAllah..KAGUM! Beliau mendampingi pesakit, menawarkan sokongan moral, memberikan tazkirah dan kata-kata semangat.
MasyaAllah...dah lama tidak bertemu dengan "ustaz hospital" ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan beliau kerana Allah ini dibalas dengan pahala berlipat-lipat ganda. Moga Allah sentiasa merahmati beliau..Amin :)

Senin, 22 Februari 2010

Teori itu Mudah...Praktikalnya Payah..

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Iman masak apa hari ni...umi masak tomyam ikan..nanti umi hantar!!" mesej umi tertera di skrin handphone.

"Hehe. (gelak sendiri)...Iman dah try buat daging masak lemak. Tapi cair semacam. Macam tak jadi je umi..sedapnya tomyam!! (jealous)" balas saya.

"Buat masak lemak kene selalu kacau, hmmm...tak pass lagi ni, ok masak lain pulak.." balas umi.

Aaahh..malunya. Teori itu mudah, praktikalnya payah!!!!! Masa dok belajar masak ngan umi..rasa mudahnya. Siap dah buat buku resepi sendiri, menyalin setiap resepi umi dengan bersungguh-sungguh. Cuba lagi samapi berjaya insyaAllah!!!

Saya terfikir. Dalam apa jua bidang yang kita pelajari, teorinya bunyi macam mudah. Cuba praktikkan dalam alam pekerjaan. Bidang perubatan seumpamanya. Okey..dah hafal..kalau ada kes macam ni...kene buat begini...tetapi realitinya?? Tidak semestinya kes yang kita jumpa adalah sebijik macam dalam buku. SubhanAllah!

Bidang agama umpamanya. Macam-macam persoalan timbul, dan terutamanya para ustaz dan ustazah menjadi tempat rujukan. Teori mungkin tersemat dalam fikiran (insyaAllah) tapi realitinya masalah masyarakat (sosial, kepincangan agama) memerlukan pendekatan berbeza dan kreatif. Penyampaian dan dakwah bukan bererti mesti menyampaikan ceramah atas pentas sahaja. Dakwah boleh dilakukan di mana-mana sahaja; hatta di meja makan mahupun di tepi jalan. SubhanAllah.

Menyelami ilmu Allah..dari syeikh, kitab-kitab dan sebagainya boleh dikatakan mudah diperoleh sekarang ini. Access ke pembelajaran memang mudah. Praktikalnya....berbalik pada diri sendiri. Kesungguhan mempraktikkan apa yang dipelajari demi Allah, agama dan bangsa...semuanya berbalik pada diri sendiri.

Cinta Allah

Cinta pada Allah membuatkan hati sentiasa tenang, menyedari kehadiran Allah lebih dekat dari "jugular veins" kita. SubhanAllah. Kuasa cinta pada Allah menguatkan hati untuk lebih bersemangat meneruskan hidup biarpun di kala ujian melanda. Cinta kepada Rabbi yang utuh ini menambahkan keyakinan diri, membunuh keresahan jiwa dan meleraikan kebuntuan. SubhanAllah.

Al Quran dan Sunnah pegangan kita. Teorinya ada, praktikalnya pula?? Tepuk dada tanyalah iman. Mudah-mudahan saya lebih kuat untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari; baik duniawi mahupun demi di Akhirat sana. Dunia ini sekadar tempat persinggahan semata; yang mana perlu disemai demi membuahkan hasil di syurga nanti, InsyaAllah..

Senin, 08 Februari 2010

Prioriti tetap prioriti!!

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, allhuakhbar!

MasyaAllah....rindunya pada alam universiti! Teringat perbualan dengan kawan-kawan...."Tak sabarnya habiskan belajar.." Namun sepeninggalan era pelajar universiti, rindu bertandang ke hati..."Besnye masa belajar dulu..." Hehe inilah lumrah kehidupan.

UNIMAS....istimewa di hati saya. Cabarannya lebih! Corak pembelajarannya berlainan. Malah dari segi dakwah...sedikit payah berbanding di Semenanjung. Apa tidaknya, majoriti populasi=kristian.

Teringat kata-kata pelajar di kampus utama (Kota Samarahan). "Kami membuat permohonan pada pihak universiti untuk didirikan masjid besar di sini..tapi gagal. Apa yang ada hanyalah surau kecil yang daif. Jika hendak berusrah...memang susah..tidak boleh terang-terangan macam di kampus perubatan (Kuching), boleh kene tangkap!!" MasyaAllah....tersentak saya mendengarnya!! Pihak atasan yang mendengar aduan adalah seorang Muslem!!Namun, buat masa ini tiada perkembangan apa-apa...:(




SubhanAllah..masjid itu rumah Allah! Kami semakin terkilan apabila pihak universiti lebih mengagungkan projek pembinaan jambatan (melalui tasik buatan) yang menghubungkan antara dua kolej kediaman. Projek itu menelan berjuta-juta ringgit!! Tapi masjid besar...........tiada!! (sedih..sedih!)

Prioriti tetap prioriti!!!!

Sabtu, 12 Desember 2009

Semangat "Beragama"!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, Alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Ya Allah..rindunya aku pada tempatku menuntut ilmu sejak 5 1/2 tahun, asing bagiku pada mulanya, namun penuh dengan pengalaman indah mahupun pahit kurniaanMu. Aku bersyukur!!

Fakulti kami ni antara yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit. Jika mahu dibandingkan dengan universiti tekemuka lain; UM, USM, UPM, kami kurang menonjol. Tapi saya melihat fakulti ini sebagai satu kelebihan! Pensyarah-pensyarah akrab dengan pelajar-pelajarnya. Segan juga apabila mereka yang menegur saya dahulu sebelum sempat saya menegur mereka (malu, huhu). "Iman, pergi mana tu?" tegur "bapa'ku di sana. Tersentak dan terkejut,"Assalamualaikum prof, oh mahu ke kelas," jawabku. Masih terkejut. Entah dari mana pensyarah ku datang, tiba-tiba muncul depan mata. Hehe..

Dalam "interview" pihak SPA baru-baru ini, satu soalan yang dilontarkan oleh mereka telah menarik perhatian saya. "Iman, apa keistimewaan universiti anda jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain?" Salah satu jawapan saya; ramai pensyarah foreigner. Biarpun ramai pelajar keluh-kesah dengan fakta ini disebabkan kurangnya pensyarah lecturer yang jauh ebih berpengalaman "practice" di Malaysia, saya melihat ini dari sudut lain. Inilah salah satu kekuatan fakulti ini :p

Dalam klinik ENT (Ear,Nose & Throat) pada 2 tahun lepas....saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain mengikuti sesi klinik bersama pensyarah dari Myanmar. Beliau telah memeluk Islam beberapa tahun yang lalu. Berlemah-lembut dalam tutur kata serta baik dengan pelajar membuatkan kami menyenanginya.

Seorang ibu dan anaknya masuk ke salah satu bilik dalam klinik. Saya mengamati penampilan ibunya. Tidak ingat pula saya apa masalah kesihatan anaknya, namun satu soalan yang dilontarkan oleh pensyarah kepada salah seorang rakan saya masih lekat dalam fikiran hingga ke hari ini. Sifat curiosity dan enthusiasm tinggi pada Islam yang mengalir dalam dirinya begitu menyentuh hati-hati kami. Selepas sesi klinik, beliau bertanya, "Apakah pemakaian terbaik buat seorang muslimah? Bolehkah dia berpakaian seperti itu dalam Islam?" Saya tersenyum :) Rakan saya menjawab persoalan beliau, dan beliau tersenyum!

Biarpun beliau tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik, beliau rajin menghadirkan diri ke hampir semua aktiviti fakulti berbentuk keagamaan seperti Iftar, ceramah agama, dan sebagainya. Biarpun beliau kurang memahami apa yang disampaikan oleh penceramah dalam Bahasa melayu!



SubhanAllah! Saya amat mengaguminya. Allah mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNya!
Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam. Bagi mereka yang tidak lahir sebagai seorang muslim, saya dapat mengamati bahawa mereka lebih appreciate Islam. SubhanAllah!
Marilah kita tanamkan semangat "beragama"..bukan sekadar Islam pada nama, tetapi jadilah orang Islam yang tulen, a "24-hour Muslem"!

Jumat, 27 November 2009

Universiti Kehidupan.....

Assalamualaikum wbt..

SubhanAllah, walhamdulillah, wa Allahuakhbar!!!

"Universiti Kehidupan"...wujudkah? Setahu saya wujud UNIMAS (hehe, im promoting here)...
Cuba kita singkap bersama, insyaAllah. Kita semua sedang melalui "universiti kehidupan", tanpa mengira siapa kita, usia kita baik di mana shaja kita berada. Kita semua sedang malalui fasa 'peperiksaan' dalam 'Universiti Kehidupan', MasyaAllah.

Dalam 'universiti' ini kita disajikan dengan bermacam-macam 'peperiksaan' dengan tahap kesukaran yang pelbagai. Ada yang berjaya; dan sedang malalui hidup dengan tenang serta sedang bersiap-sedia dengan peperiksaan akan datang yang tidak ditetapkan tarikhnya. Hanya Allah yang tahu! Ada pula yang tersungkur dan sedang berusaha meningkatkan usaha untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian yang Allah sajikan untuknya. SubhanAllah!

"Hidup ini umpama bunga. Bunga yang kian mekar jika disirami dengan air ketakwaan akan layu juga jika diabaikan dan dipersisihkan. Jadilah bunga-bunga yang mekar di taman, menjadi penyejuk mata dan penyinar harapan!"




Saya kian sedar. Saya bukan lagi seorang pelajar universiti. Namun saya masih seorang pelajar "Universiti Kehidupan" yang mana peranan dan tanggungjawab saya insyaAllah akan berterusan demi mengabdikan diri kepadaNya. Allah, syurga firdausi sebagai target utama, Rasulallah SAW sebagai qudwah hasanah, umi wa abi sebagai sifu dan pendokong diri dan keluarga tercinta sebagai penyeri hati. Ya Allah, moga aku sentiasa lulus dalam "universiti Kehidupan" Mu ini. Bukan sahaja lulus cukuup makan, tetapi lulus dengan cemerlang, amin!!

Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat dan ujianMu ini.....sob sob

Sekarang semangat mengemas untuk pulang masih muram..mungkin hati sudah melekat di sini. Tempat diriku ditarbiyyah, berubah, dan bermacam-macam pengalaman Allah telah anugerahkan buat diri, subhanAllah!



Macam mana nak start packing?? fuh...banyaknya! :)


Buku-buku yang sedang menunggu tuannya untuk dimasukkan ke dalam kotak-kotak...hehe


"Cik Iman....kami nak balik Semenanjung!!" buku-buku ni menjerit!!

p.s: doakan saya ya :)

Sabtu, 24 Oktober 2009

Hajat...........

Assalamualaikum wbt..alhamdulillah atas nikmat dapat bernafas dalam dunia pinjaman ini, jantung berdegup mengikut irama ketetapan Allah, sungguh teratur ciptaan Allah, subhanAllah!

Fikiran melayang sebentar. Saya terfikir...semua orang mempunyai hajat, bukan? Baik duniawi ataupun harapan untuk mendiami setinggi-tinggi syurgawi. Namun, adakah hajat kita di dunia ini adalah yang terbaik untuk kita? Kita berhajatkan sesuatu yang indah dalam hidup kita, tapi boleh jadi ia adalah yang buruk untuk kita, maka Allah menghalanginya. Itu bukan petanda buruk, malah ia adalah satu bentuk peluang dan anugerah tersembunyi buat kita.

Mengapa pula?



Allah knows best!

This sentence simply explains everything!! Allah tidak memakbulkan segala kemahuan atau kehendak kita, tetapi Allah memakbulkan keperluan kita...ya, KEPERLUAN kita!

"..........Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan". (Al Imran:186)

Saya mempunyai hajat yang bermacam-macam. Nak dikira dengan jari? Tak dapat, rasanya. Namun, saya percaya Allah Maha Mengetahui dan Allah telah menetapkan apa yang terbaik buat diri ini, hamba Allah yang kerdil..Kadang-kadang malu untuk berhajat macam-macam daripadaNya, jika diri tidak melakukan yang terbaik buat Allah!

Berhajatlah kepada Allah SWT di atas kesabaran, ketakwaan, pengharapan.....

Usaha + doa + tawakkal = KEJAYAAN!
Amin..............