Tampilkan postingan dengan label zaujah solehah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label zaujah solehah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Januari 2011

Masjid dan Rumahtangga...


Salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!!


(Adapted from Baitul Muslim halaqah net)


Selalu kita dengar ungkapan ini,bila ada orang berhasrat ingin mendirikan rumah tangga. "Saya nak bina masjid", atau " jika ada orang yang cuba mengugat sebuah rumah tangga dikatakan ingin meruntuh atau merobohkan masjid."Kenapa ada bandingan antara membina rumah tangga dengan membina masjid? Ada persamaankah antara kedua-dua? Mari kita lihat bandingan sebuah rumah tangga dan sebuah masjid.Bandingan membina masjid dengan rumah tangga dari segi konsep dan falsafah.

1. Masjid dibina kerana Allah SWT. Dilarang membina masjid dengan niat-niat yang lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Terpesong niat akan dengan mudah memusnahkan rumahtangga. Umpamanya niat berumahtangga hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan naluri atau sekadar hendak melepaskan nafsu semata-mata. Niat-niat yang tidak murni ini awal-awal lagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Tuhan tidak pimpin dalam menjalani hidup berkeluarga. Hilang keberkatan dari Tuhan. Hasilnya rumahtangga itu tidak akan tenteram. Amat perlu diingat bahawa tanda sebuah keluarga yang hilang keberkatan ialah apabila suasana tidak tenteram, sering marah-marah, sering bertengkar, hilang kasih sayang, mementingkan diri sendiri, hidup nafsi-nafsi.
2. Arah kiblat semua masjid adalah tepat. Arah kiblat yang salah membatalkan sembahyang. Semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumahtangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, bermuafakat, seia sekata, saling memiliki rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu. Andainya niat berumahtangga itu tidak tepat, ibarat masjid salah kiblat. Biarpun berjaya juga dibendung dari timbulnya krisis, namun rumahtangga itu hakikatnya sudah berpecah belah.Untuk sementara waktu mungkin boleh bertahan. Dan mungkin juga masih boleh bertahan kerana belum ada sebarang cabaran atau gangguan. Lazimnya sadikit saja cabaran yang melanda akan mudah rapuh dan terbarai.
3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya rumahtangga adalah saluran anggota keluarga membesarkan Allah SWT. Bukan tempat membesarkan dunia, nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis adalah berpunca kerana dalam diri masing-masing subur cinta dunia, subur perangai syaitan, bertunjangkan nafsu dan tabiat haiwan semata-mata. Cinta dunia, angkara nafsu dan syaitan adalah punca dunia porak peranda dan tidak ada noktah dari bermusuh dan berperang. Inilah juga akibat yang bakal ditanggung oleh rumahtangga yang memiliki faktor yang serupa. Iaitu rumahtangga yang Tuhan tidak dipedulikan, Tuhan terpinggir, Tuhan tidak dibawa bersama dalam kehidupan.
4. Masjid adalah tempat ibadah. Tempat beramal mengabdikan diri kepada Allah SWT. Masjid bukan tempat hingar bingar, bukan tempat kelakar dan lucu dengan hilai ketawa berdekah-dekah, bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert atau tempat menonton sebarang permainan. Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan penuh berdisiplin, kaya dengan adab sopan, tata susila dan ketertiban. Suasana yang aman tenteram seolah-olah dalam suasana menjaga ibadah. Seperti mana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka begitulah suasana dalam rumahtangga.
5. Masjid adalah tempat berlakunya pengajian, majlis ilmu,nasihat menasihati dan peringatan. Secara khususnya atau rasminya adalah Khutbah Jumaat. Begitulah keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga.Terutamanya suami, selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain,adab-adab dan membaca Al-Quran. Juga mesti mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota keluarga.
6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan.Demikianlah sewajarnya terjadi dalam rumahtangga.Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang,saling selamat dan menyelamatkan, saling menghiburkan, prihatin, setia dan bela membela. Yang tua mengasihi, manakala yang muda menghormati. Yang tidak tahu diberi tunjuk ajar, yang bersalah meminta maaf dan yang tidak bersalah memberi maaf.
7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan berbagai komponen dan bahan binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Ditambah lagi dengan berbagai ukiran yang menambahkan lagi cantiknya sesebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan antara dua orang atau sepasang suami isteri itu saja. Lebih dari itu bermula dari ikatan dua orang suami isteri, terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak. Sanak saudara antara kedua pihak bertukar menjadi ikatan kekeluargaan yang lebih besar. Termasuk juga selepas perkahwinan itu akan mendapat anak, seterusnya menantu pula, maka bertambah lagi anggota keluarga. Selepas anak-anak dan menantu- menantu, datang pula cucu-cucu. Cucu-cucu pula berkahwin maka bertambah lagi jumlah anggota keluarga. Seluruh ikatan kekeluargaan itu perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh.
Begitu besarnya fungsi rumahtangga.Cuba bayangkan andainya berlaku perceraian antara suami isteri. Maka perceraian itu diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan yang diibaratkan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak. Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh. Walaupun bercerai itu tidak berdosa, namun ianya ibarat runtuhnya sebuah masjid, kesan negatif dari perceraian itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya.Seperti mana masjid perlu ada penjagaan berterusan agar kekal berfungsi maka begitulah juga rumahtangga perlu sangat dijaga agar kekal hingga akhir hayat. Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai kepincangan dalam masyarakat.
8. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya. Habuk,debu, sawang semuanya disingkirkan. Najis memanglah sangat diawasi. Tahi cicak pun tidak boleh ada. Ini kesucian yang bersifat lahir. Orang-orang yang memasuki masjid turut menjaga kesucian batin. Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar tidak menjalar sifat mazmumah sepanjang berada dalam masjid. Ertinya, sedikit sebanyak berusaha juga membuat penyucian hati. Kerana hati memang terasa diawasi oleh Allah SWT. Dengan harapan perasaan atau rasa diawasi oleh Allah SWT itu dapat dibawa keluar dari masjid.Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat di mana anggota keluaga menjadikannya gelangang mujahadah untuk membuang dan membakar sifat mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Juga dengan harapan sifat-sifat mahmudah dapat di bawa bersama ketika berada di luar rumah bersama masyarakat. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesannya ialah anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang baik-baik. Aman damailah pula masyarakat dan negara.
Moga kekal hingga ke syurga, amin........
ps: 5 more months to go...insyaAllah!

Senin, 04 Oktober 2010

Wife of Hasan al Banna (Part 1)

Salam to all

The title "Persembahan Cinta Isteri Hasan al Banna" caught my attention. The sequential was rather dissappointing; but it doesn't matter. I was more interested on how special the main "spotlight" is..

(adapted from Muhammad Lili Nur Aulia)

Kenalkan, inilah isteri Hasan al Banna: Lathifah Husain Ash Shuli....

"Selalu ada perempuan hebat; di belakang lelaki yang hebat." Terpana saya mendengar kata-kata ini. Teringin saya menjadi seperti isteri Hasan al Banna; setabah beliau.

Firman Allah SWT: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih-sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah ar-Rum:21)







Dengan taat kepada suami dan tentunya dengan menjalankan kewajiban agama lainnya, itu boleh menghantarkan seorang isteri ke syurga. Ini salah satu prinsip yang selalu dipegang oleh beliau. Dia sangat mengerti bagaimana sabda Rasulallah SAW: "Bila seorang perempuan telah mengerjakan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadhan dan memlihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka kelak dikatakan kepadanya: "masuklah dari pintu syurga mana saja yang engkau inginkan."




Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam
To be continued, insyaAllah...........


Minggu, 03 Oktober 2010

I start to question myself....

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

SubhanAllah..what a day. Such heavy workloads that i almost miss my lunch. Special thanks to staff nurse who readily have tasty bee hoons ready in the pantry for us. We were so hungry that i think we were almost hypo! Alhamdulillah. Everythings comes from Allah!

Zauji had repeatedly read this hadith to me. I knew that indirectly he is reminding me and hoping that i work towards becoming a solehah wife, insyaAllah..

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi).





I start to question myself..........
What have i done and am i striving towards being a solehah wife?
InsyaAllah..

Jumat, 11 Juni 2010

SABAR di Hati, SYUKUR di Wajah..

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Acccummm!! Alhamdulillah!!...." tidak henti-henti saya bersin semasa kerja pagi tadi. Pesakit pun dok risau melihat saya. "Doktor pun sakit?" hehe dalam hati saya berkata; setiap orang tidak terlepas dari sakit, kan? Bimbang menyelubungi hati jika saya menyebabkan spread of infection dalam wad. Kasihan pula pesakit-pesakit nanti. "Iman, pasni baliklah..merah dah mata tu..kesian kene URTI" ujar sahabat yang menyedari saya asyik bersin dan memakai mask.

Sekembali dari kerja tengahari tadi (weekend half day dalam surgery); saya tercari-cari artikel mengenai isteri solehah. masyaAllah..layakkah saya mejadi isteri solehah? Ingin benar saya menggapainya.

Artikel di bawah bersumberkan http://hasan98.tripod.com/isteri.htm

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?” Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”

Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya). Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)





SubhanAllah...seusainya membaca artikel ini; macam-macam pengajaran yang saya peroleh; insyaAllah kita sama-sama cuba hayati dan praktikkan :)

1) Nilai SABAR. Kita tidak boleh mengharapkan kemudahan dan kesenangan dalam setiap perkara. Hidup kita untuk diuji; maka kita mestilah berusaha sedaya mungkin untuk melakukan yang terbaik dalam hidup berlandaskan syari'tullah. Jika kita bersabar dalam setiap ujian; insyaallah kemanisannya dapat dirasai kelak. Janji kene sabar!

2) Menjaga rahsia rumahtangga. Tidak menghebahkannya.

3) Berusaha menggapai maratussolehah. Ianya tidak semudah kata-kata; namun dengan kesungguhan berterusan dan mendalami ilmu sedaya mungkin; insyaAllah menjadi qurratun 'ayun buat zauji, insyaAllah.



4) Bersyukur atas apa sahaja yang kita miliki; biarpun banyak kekurangan. Qana'ah itu penting. Biarpun apa yang kita miliki mungkin sedikit dibandingkan dengan orang lain; jika kita berpuas hati dan qana'ah insyaAllah kita bahagia jua. Moga melimpah ruah rezeki buat kita; lantaran sifat bersyukur atas segala nikmat Allah. Moga kita tidak asyik banding-membanding atas kelebihan nikmat orang lain. itu tandanya kita tidak redha dengan apa sahaja kurniaan Allah.
"SABAR di hati, SYUKUR di wajah.." Mari sama-sama praktikkan. InsyaAllah.
Ya Allah...ingin aku menjadi seorang zaujah solehah buat mujahidku. Amin...

Sabtu, 27 Maret 2010

Impianku Mencapai Maratus Solehah


Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!


Terdapat beberapa hadis yang memberikan penekanan betapa tingginya darjat suami dan kepentingan isteri mentaatinya. Mari kita hayati bersama-sama insyaAllah.

Rasulallah SAW bersabda;

1) Laknat Allah ke atas wanita yang marah pada suaminya. (Hadith riwayat Dailami)

2) Seorang wanita yang meninggal dunia, sedang suaminya redha ke atasnya, akan masuk syurga. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

3) Seorang wanita yang meminta untuk diceraikan oleh suaminya, bau-bauan syurga diharamkan untuknya. (Hadis riwayat Tirmizi)

4) Wanita yang terbaik ialah yang dapat menggembirakan suaminya apabila dilihat suaminya; mentaatinya bila disuruh, dan tidak menentangi suaminya mengenai dirinya dan harta dengan apa yang disukainya. (Hadis riwayat Baihaqi)

5) Jikalau aku akan memerintah seseorang untuk sujud lepada orang lain, aku akan memerintahkan isteri sujud pada suaminya. (Hadis riwayat Ahmad)

6) Terdapat 3 jenis orang yang solatnya tidak diterima. Di antaranya ialah, "Seorang wanita yang suaminya marah terhadapnya" (Hadis riwayat Baihaqi)
(Sumber: SYURGA IDAMAN, Majlisul-Ulamak)

SubhanAllah. Teringat nasihat seorang pesakit pada saya,"Wanita mudah masuk syurga..mudah juga masuk neraka." Beliau turut mengingatkan saya kepentingan menjadi isteri solehah dan mentaati suami. MasyaAllah..
Impianku mencapai maratus solehah...Moga tercapai Ya Allah..akan ku berusaha menggapainya. Amin =)

Rabu, 10 Februari 2010

Anda Soleh, Solehah?

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, allahuakhbar!!

Saya tertarik dengan program Ar Rayyan di stesen Oasis pagi tadi. Biarpun hanya sempat mengikutinya pada penghujung program, alhamdulillah ada pengisian menarik yang singgah ke hati.

Salah seorang penonton kaum adam mengutarakan soalan, "Apa pengertian isteri solehah?" Memang menarik soalan tu. Pasti inilah impian setiap kaum hawa apabila bergelar seorang isteri. Ustazah hanya mampu menjawab serba ringkas disebabkan kesuntukan masa,huhu.

InsyaAllah saya kongsikan serba sedikit yang dapat saya 'tangkap' (maaf atas kekurangan).

" daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:-
Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.

Maka jelas, nak untung; utamakan agama sebelum menilai yang lain. Jika rupa sahaja cantik, kecantikan itu akan hilang diluput zaman. Iman serta hidup beragama insyaAllah akan kekal jika dididik dan disemai. Teringat lirik lagu kumpulan nasyid Far East: Hati itu bagai ladang tempat bercucuk tanam....lalala. Biarlah ladang kita dipenuhi dengan bunga-bunga mekar, buah-buahan yang dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Bukannya kontang sahaja :p



Bab isteri solehah sangatlah subjektif. Dalam erti kata lain, ia tidak boleh dinilai dari satu aspek atau pandangan sahaja. Sebagai contoh: kita tidak boleh menilai seseorang wanita hanya dari sudut pemakaiannya. Bertudung litup labuh, hingga berpurdah. Itu hanya luaran, kerana sebaik-baik pakaian adalah pakaian takwa. Allah lebih mengetahui dalaman seseorang. Mungkin ada yang akan menepis kenyataan ini dengan mengatakan bahawa untuk memakai purdah memerlukan kesungguhan dan keimanan yang tinggi. Yup, betul tu..setuju. Namun biarlah iman kita labuh sebagaimana labuhnya tudung litup kita.

Solehah.

Selain aspek penutupan aurat, (ni ustazah kata ya) dia mesti berilmu dan beramal. Berusaha mencari ilmu kerana ilmu tidak akan datang bergolek. Bayangkan seorang isteri yang tidak berilmu agama, bagaimana hendak sama-sama berjuang dengan sang suami dalam memimpin anak? Soal rumahtangga juga perlu di ambil kira. Mesti tahu hukum hakam seperti cerai, nafkah, tanggungjawab sebagai isteri dan sebagainya. Seorang isteri solehah menyayangi bukan sahaja ibu bapanya; malah ibu dan bapa mertuanya. SubhanAllah!! Begitu besarnya peranan seorang isteri.


Soleh.


Kebanyakan daripada kita menilai seorang itu soleh hanya apabila dia memakai kopiah, berjanggut dan memakai jubah (ideal jubah putih). Ini tanggapan yang tidak tepat! Apa yang penting? Hati yang bersih, melabuhkan cintanya pada Allah lebih daripada segala-galanya, berilmu dan beramal, menjaga ikhtilat dan memiliki sifat-sifat mahmudah. Skopnya luas, janganlah kita menilai dari rupa dan pakaiannya sahaja.



Satu point penting dalam segmen Ar-Rayyan ini ialah berusaha mencari ilmu. InsyaAllah!!!
Anda soleh? solehah? Tepuk dada tanya iman!

Rabu, 09 Desember 2009

Isteri "Cerdik" dan Solehah :)

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Isteri cerdik dan solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran......lalala (nyanyi sendiri) terngiang-ngiang dalam fikiran bila menyebut tentang "isteri cerdik dan solehah".
Majalah Anis keluaran bulan ini memang menawan hati, mana tidaknya ada special edition tentang jubah. Aduhai, asal jubah je...hepi semacam!!

Topik 'ISTERI PEMBANGUN JIWA' tulisan Noraslina Jusin amat menyentuh hati. masyaAllah!
InsyaAllah saya kongsikan bersama di sini :p

Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung ijazah yang diraih dari kolej atau universiti. Tetapi kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka dan duka. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah-lembut. Gurauannya bersahaja dan menenagkan jiwa. Ada pepatah mengatakan, di belakang seorang suami yang berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniup semangat juangnya.



Hasil dari ketenangan di rumah, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang digalas atas nama Allah Azzawajalla; dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang bermaharajalela. Dunia baginya merupakan tempat untuk membalas kebaikan keluarganya...
SubhanAllah!!
Sabda Rasulallah SAW, "Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang?iaitunya; isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaik-baiknya.
Marilah kita sama-sama "menjadi" daripada kita "mencari"!!
..........dan semoga kita semua dapat menjadi "qurratu'ayun" (penyejuk mata) kepada suami kita, insyaAllah..amin!