Selasa, 20 Juli 2010

Makkah..


Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Saya merindui tanah suci Makkah. Suasana yang sangat menenangkan; dan pada tika itu saya berasa sangat bertuah kerana diterima sebagai tetamuNya. Memikirkan dosa-dosa yang bertimbun dan diri yang sangat kekurangan ilmu; saya terfikir. Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya dan hidayah itu milik Allah. MasyaAllah.

Di klinik SOPD; seorag pesakit menyatakan kerisauan atas penyakitnya. Presented with abdominal mass; vague, as big as a melon. It had been there for few years but she became more worried as she was about to perform Hajj.

After discussing on her problem; i was more enthusiastic about Hajj. Borak punyer borak teringat pulak ade 100+ patients menunggu pada hari itu. OOpsss.

Makcik amat excied nak naik haji. Siapa tak excited bukan? MasyaAllah.

Saya rindukan Aisyah. Teringat gadis Pakistan yang seringkali saya terserempak jika semasa di MasjidilHaram. Macam-macam isu yang kami bincangkan yang emmbuatkan saya berfikir; umpamanya tafsiran Quran dan isu yang banyak khilafnya: purdah.

Ya Allah..ingin aku ke Makkah lagi. Moga aku diterima sebagai tetamuMu lagi...rindukan beribadah di sana. Aku amat bersyukur atas segala nikmatMu Ya Rabbi.... (crying mode)

Jumat, 16 Juli 2010

Sentiasalah Beringat.....


Salam

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!

MasyaAllah

Biarpun agak baru dalam alam pekerjaan ini; masyaAllah macam-macam pengalaman membuatkan saya berfikir dan mentafsir. Allah Maha Besar.

Pengalaman resusucitation pesakit yang terjatuh dari bangunan; wajah kawannya yang kerungsingan, pesakit yang restless biarpun intubated...memang thrill.

Jikalau pesakit tiada selera makan; saya suka bertanya apa makanan kegemarannya dan memujuknya makan. Dalam keadaan di mana pesakit yang menghidap kanser dan loss of appetite; suka saya meminta ahli keluarga memujuk serta mendapatkan makanan kesukaan pesakit. Bayangkan mereka yang dahlah tiada selera; disajikan lagi dengan makanan hospital (hehe..biase je makan time on call). Huhu

Sentiasalah beringat...

Nikmat Allah melimpah ruah tapi kita selalu ketengahkan apa yang tidak kita miliki. Contohnya...anda bangun pagi..itu pun nikmat..nikmat hidup dan bernafas di bumi ini. Anda masih diberi peluang menyebut nama Allah dan beribadah padaNya. Alhamdulillah.

Anda mandi, solat dan makan. SubhanAllah. Anda mampu menelan makanan dengan mudah. Tapi merengek kerana makanan kurang lazat (contoh je). Imagine ada insan lain yang tidak mampu menelan; atau mungkin jika menelan makanan tersekat disebabkan penyakit tertentu. Atau barangkali mereka hanya feeding melalui tiub (nasogastric tube). Fikirkanlah.


Anda whoosh dengan mudah (buang air kecil/besar). Itu juga nikmat Allah. Ada insan lain tidak lagi dapat buang air melalui saluran biasa. Sebagai contoh pesakit yang sudah melalui pembedahan usus besar d mana mereka buang air melalui beg yang ditampal pada badan mereka. Beg yang dipenuhi najis ditukar berulang kali. Wajah mereka ceria biarpun dugaan mereka ...hanya Allah yang tahu. Bayangkan..fikirkanlah.


Moga kita semua sentiasa beringat. Nikmat Allah itu amatlah besar dan bila-bila masa sahaja dapat ditarik tanpa diduga. Maka...bersyukurlah dengan segala nikmat Allah dan bersabarlah biarpun berat mana sekalipun ujian Allah. Ada hikmah indah di sebalik setiapnya. INSYAALLAH!


(important reminder to myself!!)

Senyap. Sebentar.

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar

Wad 2EF memang terkenal dengan kesibukan yang teramat sangat. Maka tuntutan ubat stat pada pesakit, vital sign monitoring kadang-kala memang tak updated (sedih)

Saya paling gemari apabila doa dibacakan pada setiap hari; tepat 8am. Wad yang kelam-kabut menjadi senyap...sepi seketika. Manusia yang berjalan; malah hampir berlanggaran sesama sendiri (bayangkan!!) menjadi kaku di kedudukan masing-masing. Menadah tangan; khusyuk mengaminkan doa dalam hati.

Saya tersenyum.

Ini sahajalah ketika yang mana wad menjadi tenteram. Senyap. Sebentar. hehehe..

Oops on call esok. Bersemangat!!!!

Kamis, 15 Juli 2010

MASYAALLAH!

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Diri ini menitipkan doa buat mujahid sulung Puteri Fadzline dan Hafifi Muhammad. Moga menjadi pejuang agama yang disegani, amin!




Macam anak cina, hehe. Comelnya!





Ummi!!! Sejuknyer air ni...grrr!!!




Muka terkejut....waaaa




Ummi...nak susu!


Tak sabar nak dukung Ali!!!

Rabu, 14 Juli 2010

How Unpredictable Life Is.....

Salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Ada orang nak cakap...dari A&E." seorang staff nurse menyerahkan gagang cordless phone ward kepada saya.

"Ingat tak XY, alleged fall dari height tu?" seorang HO A&E bertanya. Teringat pada suatu subuh; saya bagging patient ini sementara menunggu panggilan dari ICU. Dia restless; dalam kesakitan yang Allah sahaja yang tahu; menendang kerana sakit yang tak tertahan. Satu wad kalut dengan pesakit ini; meraung. Dia terjatuh dari bangunan construction site dan dalam keadaan yang amat teruk. Head injury; poly fracture yang tak terkira. Ramai membayangkan bahwa dia tiada harapan lagi. Namun Allah Maha Besar; Maha Berkuasa.

"Dia di ICU 2 sekarang..." balas saya.

Sekembali dari kursus buat pegawai perubatan; saya kembali ke wad.

"MasyaAllah..." saya tergamam.

Dia di wad semula. T/O dari ICU selepas 2 hari. Kelihatan selesa dan masyaAllah....alhamdulillah.

Saya flashback kembali kejadian semasa saya oncall. Bagging dia sambil dia meronta dengan secretions yang banyak. Saya tergamam. Namun...buat apa nak terkejut? Bukankah Allah Maha Berkuasa? Allah memberikan dia peluang untuk bernafas lagi di dunia ini biarpun mengalami kecederaan yang amat teruk.

MasyaAllah. How unpredictable life is. Appreciate everything and everyone around you before those moments are gone forever. Live life to the fullest and give your best shot. Allah is ALWAYS with us :)

ps: counting days to go home!! :)

Sabtu, 10 Juli 2010

MasyaAllah, Tabarakallah!!

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Sabda Rasulallah SAW, "Sesiapa memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, (maka) berkatalah syurga,"Ya Allah, masukkanlah ia ke syurga." Dan sesiapa yang memohon (perlindungan Allah) daripada api neraka, (maka) berkatalah neraka, "Ya Allah, selamatkanlah ia dari api neraka." (Riwayat at Tirmizi)

Mari seimbangkan dunya dan akhirat, insyaAllah. Bukan sesuatu yang mudah; dan memerlukan semangat bermujahadah!!

Rindunya pada cik Sumayyah. heheh..ayu je bertudung!! Nak bawak gi shopping pah balik ni, insyaAllah!






Buat ape tu Sumayyah???

Sumayyah lepaskan penat..kat sofa comel. hehehe


MasyaAllah...tabarakallah!!!!




Kamis, 08 Juli 2010

We CAN buy time!

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

ALHAMDULILLAH!

Thank you Allah. If not for this career; i may not experience and realize a lot of things which are new to me. I begin to appreciate life that Allah grants me; as well as reflect on myself based on a lot of experiences.

I admire my specialist. She's not a Muslem but i can read her mind. MasyaAllah; she is a very nice person and understanding as well. May Allah opens her heart towards the beauty of Islam, amin!

An indonesian gentleman; alleged fall from 6 floof heigt sustained severe head injury and multiple fractures. It was fajr; i was bagging him for say almost an hour while waiting ICU call. He was quite restless and i bagged while reflecting to myself. masyaAllah..Allah gives me a chance to live; but sometimes i forget Him. ...but He NEVER forgets me. The beloved never forgets all of us.

Sometimes i miss my Quran recitation; and at times i blame it to time constrains and work. astaghfirullah. Little did i realize that we can buy time if we sacrifice. I should at least sacrifice some of my sleeping period by reciting the Quran; or the non obligatory prayers.

Workloads are not excuses! (an important reminder to myself!)

Sabtu, 03 Juli 2010

Jemputan Walimatul Urus


















Salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar
Saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput kalian ke walimah kami di Klang (31 July) dan Kuala Terengganu (7 Ogos) insyaAllah.
Semoga kehadiran kalian menambahkan keberkatan majlis, insyaAllah.
ps: Doakan ana menjadi zaujah solehah buat bakal imam ana..amin!


Allah Lebih Menyayanginya.....

Salam semua
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Mesej seorang sahabat; ukhti Nadia yang tidak jemu-jemu menghantar tazkirah buat makanan rohani..

Mengingati mati adalah usaha penting selepas doa. Sentiasa mengingati mati memantapkan hati keinginan supaya hidayah terpelihara. Maut bertandang tanpa memberitahu. Bayangkan apabila maut menjengah dan pada waktu itu kita sedang bergelumang dengan dosa dan iman kita mereput dengan dosan dan derhaka pada Allah. Apa kata hati kita???

MasyaAllah.

Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati kematian. Jiwanya tenang; kematian itu pasti....

Setibanya ke tempat kerja pagi semalam untuk on call...sahabat yang ber-on call pada malam sebelumnya menegur saya, "Iman..." riak wajahnya seperti hendak menyampaikan sesuatu yang sangat penting.

"Makcik...(nama)....meninggal.." nafas saya laju. Hati saya menangis. SubhanAllah, Allah lebih menyayanginya. Arwah meninggal pada malam itu, pada ketika itu beliau sesak nafas dan terus meninggal. Keluarga tidak mahu "active resuscitation" maka kami tidak melakukan hentakan dada pada beliau.

Teringat kata-katanya pada saya, "Lama tak nampak..." beliau selalu tersenyum pada saya. "Bertuahnya makcik ada anak-anak yang sayang sangat; soleh semuanya baik-baik jaga makcik.." Beliau menyapa, "Dengar kata pesakit depan ni tunggu masa je...hmm... makcik ni pun entah bila.." wajanhya sugul. "Makcik...saya yang sihat ni pun entah bila ajal saya. Ajal tak tentu masa dan siapa sahaja..kan makcik?" Beliau senyum pada saya. SubhanAllah.

Kematian demi kematian berlaku di hadapan mata. SubhanAllah. Moga kita sentiasa mengingati kematian.

Arwah akan sentiasa dalam ingatan. Kesabaran dan kecekalan arwah menjadi sumber inspirasi saya. Bersabarlah dalam segala dugaan hidup. Senyumlah di kala kesusahan. InsyaAllah apa yang terbeban menjadi ringan....

Allah lebih menyayanginya...moga arwah berada di kalangan orang beriman. Amin