Jumat, 27 November 2009

Universiti Kehidupan.....

Assalamualaikum wbt..

SubhanAllah, walhamdulillah, wa Allahuakhbar!!!

"Universiti Kehidupan"...wujudkah? Setahu saya wujud UNIMAS (hehe, im promoting here)...
Cuba kita singkap bersama, insyaAllah. Kita semua sedang melalui "universiti kehidupan", tanpa mengira siapa kita, usia kita baik di mana shaja kita berada. Kita semua sedang malalui fasa 'peperiksaan' dalam 'Universiti Kehidupan', MasyaAllah.

Dalam 'universiti' ini kita disajikan dengan bermacam-macam 'peperiksaan' dengan tahap kesukaran yang pelbagai. Ada yang berjaya; dan sedang malalui hidup dengan tenang serta sedang bersiap-sedia dengan peperiksaan akan datang yang tidak ditetapkan tarikhnya. Hanya Allah yang tahu! Ada pula yang tersungkur dan sedang berusaha meningkatkan usaha untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian yang Allah sajikan untuknya. SubhanAllah!

"Hidup ini umpama bunga. Bunga yang kian mekar jika disirami dengan air ketakwaan akan layu juga jika diabaikan dan dipersisihkan. Jadilah bunga-bunga yang mekar di taman, menjadi penyejuk mata dan penyinar harapan!"




Saya kian sedar. Saya bukan lagi seorang pelajar universiti. Namun saya masih seorang pelajar "Universiti Kehidupan" yang mana peranan dan tanggungjawab saya insyaAllah akan berterusan demi mengabdikan diri kepadaNya. Allah, syurga firdausi sebagai target utama, Rasulallah SAW sebagai qudwah hasanah, umi wa abi sebagai sifu dan pendokong diri dan keluarga tercinta sebagai penyeri hati. Ya Allah, moga aku sentiasa lulus dalam "universiti Kehidupan" Mu ini. Bukan sahaja lulus cukuup makan, tetapi lulus dengan cemerlang, amin!!

Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat dan ujianMu ini.....sob sob

Sekarang semangat mengemas untuk pulang masih muram..mungkin hati sudah melekat di sini. Tempat diriku ditarbiyyah, berubah, dan bermacam-macam pengalaman Allah telah anugerahkan buat diri, subhanAllah!



Macam mana nak start packing?? fuh...banyaknya! :)


Buku-buku yang sedang menunggu tuannya untuk dimasukkan ke dalam kotak-kotak...hehe


"Cik Iman....kami nak balik Semenanjung!!" buku-buku ni menjerit!!

p.s: doakan saya ya :)

A New Life...........and a New Beginning!!

Assalamualaikum wbt to all

SubhanAllah, alhamdulillah wa Allahuakhbar!!

SubhanAllah, this eid adha is such a blast! SubhanAllah...thank you Allah for these tests, masyaAllah. That's all that i can say..

Somehow we reached a bit late to the mosque this morning; but we managed to follow the eid prayer, alhamdulillah. As "takbir" filled the mosque in soft echoes, masyaAllah, tears welled down my cheeks as i am so thankful to Allah for all of His bless, tests and rahmah.....ALHAMDULILLAH!

I did try my best to fight back my tears, but failed. I cried wholeheartedly, as i reminisced on my past; they are not as painful as others (i suppose) but His plans are pictured so beautiful in place, masyaAllah!



I'll be missing my all-time favourite thing: taking pics of the sky!


Masjid Negeri Sarawak....SubhanAllah!
Life's tests and hardships are direct lessons from Allah SWT, insyaAllah if we utilize this principle supplemented with taqwa, we'll be given that inner strength to face almost anything and every obstacles that He lays for us..insyaAllah!!!!!
SubhanAllah, i'll be venturing into working life in the next 2 months, insyaAllah.
...........a new life.....and a NEW BEGINNING!!!


Rabu, 25 November 2009

Ilmu itu......Milik Allah!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, walhamdulillah....wa Allahuakhbar!!

Jantung berdegup bagaikan nak meletup. (perumpamaan je,hehe). Tapi itulah hakikatnya seminggu sebelum peperiksaan besar kelmarin. Pelik juga kerana pada ketika itu, saya agak tenang. Terus saya mengira denyutan nadi: Ya Allah!! 160 dalam seminit!! Memang masuk kategori "tachycardia" atau denyutan laju hyperaktif! Saya cuba menenangkan diri dengan zikrullah. Junior pun bertanya, "Akak stress ke?".."Akak tak stress..eh.akak sendiri tak tahu!" Benar..sejujurnya mungkin disebabkan saya cuba menegndalikan stress tanpa menunjukkannya pada riak muka. Tenang je nampak, tapi..dalam hati, hanya Allah yang tahu, hehe.


Pagi ni jantung berdegup laju lagi. Debaran pengumuman keputusan peperiksaan bakal dibuat sendiri oleh Dekan. Tiba-tiba teringat kata-kata Dr Nik (pakar bedah dalam "hepatobiliari"=hati) berpesan kepada saya dalam sesi pembelajaran di hospital dulu. "Nak jadi doktor....kene ada iman! Imanlah penentu semuanya, setiap keputusan yang kita pilih, tindak-tanduk kita berpaksikan iman dalam diri. Jadilah doktor yang beriman.." SubhanAllah..tersentuh hati ini mendengarnya gerangan kurangnya doktor pakar Islam yang benar-benar muslim dan muslimah. Kurangnya doktor yang benar-benar beretika dan mempraktikkan islam dalam perkerjaan. Dalam erti kata lain, kurangnya doktor yang berjiwa daie'!!


Saya ingin memetik kata-kata penulis terkenal;
Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "Nota Hati Seorang Lelaki". Sememangnya sebuah buku yang luar biasa!!

"Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu juga dengan ILMU, perlu "ditakung" dengan hati yang merendah diri. Semakin tawadduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal diwarisinya..."

SubhanAllah..pengajaran baik yang patut kita praktikkan bersama, insyaAllah.

Ilmu itu milik Allah!

Bukankah ujian itu tarbiyyah dari Allah? :)

Jumat, 13 November 2009

You Came to me..

SubhanAllah..

that's all i can say....

May Allah bless us all with His rahmah, as we are nothing but slaves in this temporary world.

Remember Allah in times of happiness and hardship, insyaAllah...

SubhanAllah, walhamdulillah wa Allahuakbar!!!!!!!!

ps:exams just around the corner..please pray for my success (also in the afterworld), insyaAllah, amin!!

Rabu, 04 November 2009

Impian Mujahidah continued...........


"Salam perjuangan, moga istiqamah di atas jalan ini.." seringkali hinggap ke telinganya. Perkataan yang sudah lali dan tersemat dalam hatinya. Dia bersyukur, punya sahabiah yang sama-sama dalam saff perjuangan serta saling memberikan peringatan agar tidak terlalai dek duniawi.
Apa yang dimaksudkan dengan perjuangan? Perlukah ada senjata berpandu yang berteknologi tinggi? Perlukah ada peluru serta bom dililit hingga keliling pinggang? Ya, itu perjuangan para mujahid dan mujahidah demi islam yang mulia, namun bagaimana pula dengan aku? Mujahidah bermonolog sendirian.
"Berjuang...aku juga berjuang. Aku menimba ilmu Allah dengan harapan yang satu. Aku mahukan ilmu ini dimanfaatkan demi Islam. Bukan sekadar bekerja makan gaji. Bukan seperti robot yang melakukan kerja yang di'wajibkan' ke atasnya lantas mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang daie'...InsyaAllah.."
Mujahidah sedar, perjuangan memerlukan kekuatan. Bukan kekuatan biasa-biasa; tetapi yang amat luar biasa! Dari mana sumber inspirasi dan kekuatan? Dari Allah jua..Mujahidah kadang-kadang berasa berat hati kerana perjuangannya akan disambung ke alam pekerjaan di mana, masa mungkin menghimpit diri dari perjuangannya. Khuatir jika terlalai dari menghadiri majlis-majlis ilmu. Takut kerana bakal meninggalkan sahabiah seperjuangan yang selama ini menjadi antara sebab hatinya istiqamah ke arah menjadi seorang daie'.
Mujahidah hanya mampu berdoa dan mengharap. Air mata dilepaskan mengalir ke atas pipi kerana Allah. Sejadah usangnya dan Al Quran sebagai teman karib yang tidak jemu-jemu turut melayan perasaannya. Dia mengharap, moga tidak terlalai dari mengingati Allah, moga istiqamah dalam perjuangan memartabatkan Islam. Allah sentiasa bersamanya...semakin jauh dia dari Allah, makin dekat Allah padanya. "Ya Allah..banyaknya dosa-dosaku..."
Impian Mujahidah menggunung. Dia tidak mahu menjadi muslimah yang biasa-biasa sahaja. Dia mahu menjadi seorang muslimah yang MUKMINAH. Sorang muslimah yang lantang berkata-kata dalam menegakkan yang HAK.
Dia teringat peristiwa apabila dia berserta rakan-rakan yang lain terpaksa menghadap pensyarah tatkala gagal dalam peperiksaan akhir. Pensyarah itu berniat menaikkan semangat mereka. Beliau mengatakan bahawa mereka patut bersedih dengan keadaan mereka kerana tidak dapat bergraduasi pada tahun itu. Semua tunduk; bermacam-macam perasaan dapat dilihat dari riak muka. Ada yang tunduk malu seakan-akan mahu menangis. Tidak kurang ada juga yang kelihatan manahan geram dan amarah. Mujahidah dengan spontan tanpa berfikir, terus berkata, "TIDAK..SAYA TIDAK SEDIH." Beliau terus memandang Mujahidah dengan wajah yang agak terkejut. Mungkin sangkaan beliau; tiada siapa akan menjawab begitu. Beliau terus tersenyum dan membalas, "Ya, inilah semangat yang saya mahu." Aaaahhh ...semua melepaskan kelegaan yang amat sangat kerana menyangka beliau akan tercabar dengan kata-kata Mujahidah.
Impiannya yang menggunung untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri sentiasa dijadikan mindset. "Ya Allah, bantulah aku........mardhotillah impianku..." monolognya lagi.

Life....... and Appreciating..

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.....sambil menghirup sawda (aahh nikmatnya)..sekembali dari perbincangan dengan kawan-kawan seperjuangan, kepala agak tepu. Moga perbincangan tadi membawa keberkatan dan sedikit sebanyak membantu membina keyakinan dalam peperiksaan kelak insyaAllah.

Saya teringat salah satu "Vitamins for the Heart" oleh Prof Muhaya Mohamad; iaitu appreciate each and every person that you meet in your life, because you may not have those moments in your life anymore. (urm, mungkin ayat ni tidaklah setepat kata-kata beliau, tapi maksudnya serupa).

SubhanAllah...........

Teringat pertemuan dengan Aisyah di Makkah...dan saya tidak menggunakan peluang yang Allah berikan pada masa itu dengan sebaiknya. Namun saya tidak patut menyesal, kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Begitu juga dengan adik-adik sehalaqah dahulu; pada masa itu saya agak "hijau" dalam halaqah. Peranan sebagai naqibah tidak digunakan dengan semaksima mana.

Pada awal pembabitan dalam halaqah, saya berperanan sebagai naqibah buat pertama kalinya dalam hidup. Pada tahun-tahun sebelumnya, apabila terdengar sahaja adanya usrah atau halaqah, ada sahaja alasan untuk tidak pergi yang dirasukkan syaitan dalam kepala. Penuh imaginasi...dan kreatif! :(

Dengan bantuan naqibah utama dan rujukan kitab-kitab, saya memulakan bicara. Malam sebelum usrah, hati berdebar-debar dan air liur kering. Mampukah saya?? Alhamdulillah, semuanya lancar, biarpun pengisian ringkas, namun penuh makna. Saya pernah terdengar tazkirah: orang yang memberi tidak bermakna lebih baik dari yang mendengar. Sahih! Namun yang penting, pengisian itu berpanjikan Quran, Sunnah, pemahaman yang dalam dan jitu serta penuh keikhlasan!! Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui niat di hati kita :)

Saya bersyukur ditemukan dengan adik-adik junior yang mana hati mereka amat menjurus ke arah agama. Hidup di dunia dalam BERAGAMA.. Banyak yang saya belajar daripada mereka biarpun usia mereka jauh lebih muda. Kadang-kadang timbul rasa iri hati pada mereka yang berasal dari peraliran sekolah agama; ingin saya berada di tempat mereka. Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita?

Rindu pula pada adik-adik di Sibu..yang sedang berhempas pulas kerana masih baru dalam klinikal.. Maaf, gambar-gambar ini tiada kaitan dengan topik hehe..



Namanya "Faya" gabungan nama Alia dan Fatin, hehe. Sebelum ni ia disimpan di sudut bilik, dan dijadikan tempat melepaskan stress oleh housemate lain. Lucu apabila teringat kembali kenangan dulu..bila tension sahaja, mereka terus menumbuk-numbuk Faya sekuat hati, kemudian terus berlalu pergi. Alia dan saya tergamam; tengok saja, hehe..


Pandangan ke luar tingkap dari bilik. SubhanAllah........



Mengambil gambar awan pada setiap hari, memang hobi seharian. Setiap hari saya mengamati awan, pandangan berubah-ubah dan sangat unik, subhanAllah!





p.s: Maafkan saya, entri-entri saya kurang menarik. Moga Allah kurniakan saya lebih banyak ilham untuk menulis. Moga kalian dapat berikan idea...memang saya kekeringan idea ni :(
wassalam



Senin, 02 November 2009

Rindu Datang Lagi...

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar!!

Seronok mendengar cerita-cerita umi setiap hari. Umi bercerita tentang keadaan Makkah (siaran langsung TV) sekarang yang dibanjiri jemaah dari seluruh pelusuk dunia. Semuanya dengan impian dan misi yang Satu. SubhanAllah! Malah, beliau dapat melihat jemaah malaysia dalam TV juga, hehe.

Rindu bertamu lagi. Rindu yang teramat sangat. Makkah, bumi Allah yang amat terpelihara, amat istimewa dan membawa kenangan yang amat manis dalam hidup saya. Biarpun dosa-dosa yang bertimbun dan menghimpit diri ini; Allah tetap menerima saya sebagai tetamuNya pada dua tahun lepas. Allah menguji saya terlebih dahulu di mana saya terpaksa membatalkan hasrat menunaikan umrah pada tahun sebelumnya lantaran halangan tertentu. Buat kali dua, terhalang juga pada mulanya, namun, alhamdulillah dengan kekuasaan dan izin Allah, hasrat hati tertunai juga :)

Pada ketika itu, MasjidilHarom masih dalam construction dan bangunan-bangunan lama termasuk hotel kecil berserta kedai makan berhadapan dengannya masih wujud. Kini....tiada lagi..

Beginilah rupanya Masjidil Harom dalam construction..Gambar ini di ambil oleh abi semasa kami berada di bahagian roof hotel. Macam mana agaknya rupa yang terkini? :)



Hehe, teringat kisah lucu dulu..Salah seorang jemaah bertanyakan pada abi samada kami bertiga termasuk umi mahu menyertai makan bersama. "Makan nasi mandi.." katanya. Dalam perjalanan ke sana (suatu tempat lapang, tak ingat mana) penuh persoalan macam mana rupanya nasi mandi, hehe. Bila sudah terhidang di depan mata, MasyaAllah, begini rupanya. Memang kenangan picnic yang best! Lauk kambing..subhanAllah!!




Tempat al Quran di simpan...SubhanAllah, banyak kan??


Hmm..insyaAllah gambar-gambar lain akan saya upload nanti :)
Ya Allah, izinkanlah aku menjadi tetamuMu lagi, terimalah aku, sampaikanlah aku ke sana, permudahkanlah. Aku amat merindui Makkah. Aku rindu menatap Kaabah. Aku rindukan titisan air mata pertama aku menjejakkan kaki ke MasjidilHarom. Aku rindukan bersolat di sebelah umi di sana. Aku rindukan mengisi botol air dengan air zam-zam buat umi dan abi setiap kali sebelum solat. Aku rindukan Aisyah yang Kau sampaikan untuk mentarbiyyah padaku soal doa dan purdah. Air mataku tak tertahan lagi.......kerana aku rindukanMu........

Minggu, 01 November 2009

Alhamdulillah......I'm back!!

Assalamualaikum wbt....

SubhanaAllah, alhamdulillah..setelah beberapa hari bergelumang di katil lantaran demam selsema yang agak teruk............i'm back!! hehe

Bukankah sakit itu juga satu bentuk ujian? Ya Allah, moga sakitku ini menjadi kaffarah buat dosa-dosaku yang bertimbun, amin!

Saya teringat buku La Tahzan, saya gelarkan sebagai buku 'hikmat' terutamanya di kala dugaan Allah menimpa diri. SubhanAllah..Umi yang merupakan peminat nombor 1 radio IKIM terdengar buku ini telah diwar-warkan dalam radio suatu ketika dahulu. Apa lagi, terus umi dapatkan buku ini di kedai kitab "favourite" kami di PKNS, Shah Alam!

Umi menurunkan buku ini kepada saya, dan telah meng'highlight' kan ttopik yang penting untuk dihayati. Antaranya ialah: JANGAN BERSEDIH KERANA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI KESULITAN..

Di sini saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsikan bingkisan menarik dari buku LA TAHZAN ini untuk direnungi bersam, insyaAllah.

"Sesungguhnya setiap kesulitan yang anda hadapi akan menguatkan hati, mengampunkan dosa, menghancurkan rasa ujub dan menguburkan rasa takbur. Kesulitan-kesulitan itu akan mengelakkan kelalaian, menyalakan zikir, menghiasi diri untuk berbuat baik pada setiap makhluk, peringatan untuk diri, sebuah usaha untuk menjaga hati supaya bersabar, SEBUAH PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAP TUHAN dan melepaskan godaan untuk menggantungkan hidup pada dunia dan merasa aman dan tenang dengannya." (La Tahzan)

Jangan bersedih! Sesungguhnya kesedihan hanya akan MEMBUATMU LEMAH DALAM BERIBADAH, malas untuk berjihad, berputus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka, dan hanya membuatkanmu pessimis!!

Benar, perasaan sedih membuatkan kita tidak produktif dan macam-macam perasaan negatif lain akan terundang secara tidak langsung. Senyumlah di kala kesedihan dan cubalah usir rasa sedih kerana ia hanya akan menghancurkan diri. Umi selalu menasihatkan agar jangan bersedih di kala dugaan melanda kerana ia seolah-olah kita tidak redha akan ujian ini. Bukankah kita dilahirkan untuk diuji juga? Masakan kita hendak kata kita beriman tetapi jika diuji kita melatah dan berduka lara? Nauzubillah!!!!

Bersolatlah............bertasbihlah........bacalah.....bersilaturrahim......dan renungilah..

Saya teringat di kala musibah melanda satu masa dahulu. Ketika mendapat tahu berita itu, saya termenung. Di hadapan saya pada ketika itu adalah besi panjang bergantungan dan menghayun ke atas dan kebawah. Berulang-ulang kali. Pada ketika itu, tiba-tiba hati saya tenang. "Allah sedang mengajarku, ada masa aku di atas..dan ada masanya aku di bawah.." Itulah fikiran saya pada ketika itu.

SubhanAllah! Allah mentarbiyyah kita dengan apa yang berlaku di sekeliling jua.

It is just a matter of realizing and analysing or not..



Why must you fear? When you know that Allah is ALWAYS with you??