Selasa, 15 Desember 2009

Jom Makan Cendawan...nyum2!!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Sebelum berhibernasi selama sebulan (insyaAllah), ingin saya kongsikan sesuatu mengenai cendawan.

Cendawan??

Yup!

Petikan majalah Reader's Digest edisi Oktober 2009 dalam halaman "Health Smart".

Kalau anda cukup observant, mesti perasan terdapat pelbagai jenis cendawan; eg: shiitake, oyster, dan button mushrooms. Kajian terbaru menunjukkan bahawa cendawan adalah protective against cancers...subhanAllah!


Cendawan kaya dengan phytochemicals yang membantu melawan penyakit; dan pemakanan cendawan secara regular membantu menurunkan risiko kanser payu dara. Malah, cendawan terbukti mengurangkan kadar perebakan penyakit kanser prostat! SubhanAllah..banyak rahsia cendawan yang tidak pernah saya ketahui sebelum ni :)

Kandungan potasium dalam cendawan adalah hampir sama dengan kandungannya dalam pisang. (Pisang mengandungi potasium yang tinggi; oleh itu pesakit buah pinggang dinasihatkan supaya tidak makan buah pisang).



Buat sup pun sedap!! (ok..beli lagi senang kan? = Sup cendawan Campbell kat pasaraya! hehe)
Sekadar perkongsian, hehe.
Jom makan cendawan!! :)

Senin, 14 Desember 2009

Take Off to.....insyaAllah!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Alhamdulillah, baru balik dari PKNS, Shah Alam (tempat favourite!). Kakak pun pelik dengan telatah adiknya; sanggup ke sana setiap hari! (ok, bukan setiap hari :)

Saya menghantar mesej pada umi, "Umi...nak kirim apa2 pada Iman?" Hehe, cepatbetul umi membalas mesej, "Umi nak..............lalala.." No problem!! Shopping untuk orang lain memang satu hobi! "Mesti beg Iman berat sebab penuh dengan makanan, kan?" umi mula risau.

"No problem umi!!"

"Umi nak ajar anak umi masak ni: nasi lemak, gulai..lalala" mesej umi lagi. Yeay!! Kelas memasak sebenar bakal bermula! Gulp!!..malunya :p




Antara makanan yang dikirim umi ke.........dot dot........ialah serunding daging dan ayam! (mesti teringin ni :)




Air bancuh Radix takkan lupa punya :)


Ni baru sikit, ada banyak lagi dalam beg!! :)

Ok..time untuk polish skill memasak!! (malunya) ^ - ^
(doakan saya selamat pergi dan selamat pulang ya, insyaAllah..)

Minggu, 13 Desember 2009

Ingatan Tulus Ikhlas :p

Assalamualaikum wbt :)


SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!


Ingatan tulus ikhlas dari junior di Sibu..subhanAllah.

Mesejnya berbunyi begini;


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan mendatang,

Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang timbul,

Kadang-kala kita minta kebahagiaan, tapi jadi huru-hara pula,

Dugaan menjadikan akal kita kuat,

Masalah menjadikan kita berfikir,

Huru-hara menjadikan kita tabah!

HEBATKAN ALLAH!

Semuanya ada hikmahnya.

Kalaulah menusia tahu hadis ini: Telah berkata Jibrail: "Wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambaMu" maka Allah berfirman," Biarkan hambaku itu, kerana Aku mencintai suaranya." (Anas bin Malik)



Rasa ikhlas datang dari hati dan jiwa yang bersih, dan ia datang dari niat yang lurus. Tidak dapat dinafikan tekanan dari persekitaran, suasana; termasuk orang yang berurusan dengan kita seharian dapat mempengaruhi kita. Malah mengubah personaliti kita. Nauzubillah! Tekanan ini jika dilayan; berupaya meruntunkan jiwa, mengganggu pemikiran dan malah dapat mempengaruhi performance kita!!

"Doktor mesti ada iman!!" kata-kata Dr Nik sering hinggap di fikiran. MasyaAllah! Syukran! Benar tu, jika iman tidak disemai, rasa ikhlas sukar dijiwai dan kesannya: pesakit yang masuk wad dianggap satu bebanan besar.Muka mula berkerut. Sebarang kesusahan yang menghalangi jalan bagaikan satu bentuk penyiksaaan jiwa yang sukar digambarkan! Astaghfirullah! (nauzubillah!)

Ya Allah..bersyukurnya ditemukan dengan orang yang membimbing diriku, mereka ini adalah orang perantaraan untuk mentarbiyyah diriku..Alhamdulillah! Terima kasih atas dugaanMu!!

Terima kasih juga pada sahabat atas ingatan tulus ikhlasmu, ya ukhti Syikin. Moga dirimu sentiasa di bawah payungan rahmatNya, amin!

Sabtu, 12 Desember 2009

Semangat "Beragama"!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, Alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Ya Allah..rindunya aku pada tempatku menuntut ilmu sejak 5 1/2 tahun, asing bagiku pada mulanya, namun penuh dengan pengalaman indah mahupun pahit kurniaanMu. Aku bersyukur!!

Fakulti kami ni antara yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit. Jika mahu dibandingkan dengan universiti tekemuka lain; UM, USM, UPM, kami kurang menonjol. Tapi saya melihat fakulti ini sebagai satu kelebihan! Pensyarah-pensyarah akrab dengan pelajar-pelajarnya. Segan juga apabila mereka yang menegur saya dahulu sebelum sempat saya menegur mereka (malu, huhu). "Iman, pergi mana tu?" tegur "bapa'ku di sana. Tersentak dan terkejut,"Assalamualaikum prof, oh mahu ke kelas," jawabku. Masih terkejut. Entah dari mana pensyarah ku datang, tiba-tiba muncul depan mata. Hehe..

Dalam "interview" pihak SPA baru-baru ini, satu soalan yang dilontarkan oleh mereka telah menarik perhatian saya. "Iman, apa keistimewaan universiti anda jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain?" Salah satu jawapan saya; ramai pensyarah foreigner. Biarpun ramai pelajar keluh-kesah dengan fakta ini disebabkan kurangnya pensyarah lecturer yang jauh ebih berpengalaman "practice" di Malaysia, saya melihat ini dari sudut lain. Inilah salah satu kekuatan fakulti ini :p

Dalam klinik ENT (Ear,Nose & Throat) pada 2 tahun lepas....saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain mengikuti sesi klinik bersama pensyarah dari Myanmar. Beliau telah memeluk Islam beberapa tahun yang lalu. Berlemah-lembut dalam tutur kata serta baik dengan pelajar membuatkan kami menyenanginya.

Seorang ibu dan anaknya masuk ke salah satu bilik dalam klinik. Saya mengamati penampilan ibunya. Tidak ingat pula saya apa masalah kesihatan anaknya, namun satu soalan yang dilontarkan oleh pensyarah kepada salah seorang rakan saya masih lekat dalam fikiran hingga ke hari ini. Sifat curiosity dan enthusiasm tinggi pada Islam yang mengalir dalam dirinya begitu menyentuh hati-hati kami. Selepas sesi klinik, beliau bertanya, "Apakah pemakaian terbaik buat seorang muslimah? Bolehkah dia berpakaian seperti itu dalam Islam?" Saya tersenyum :) Rakan saya menjawab persoalan beliau, dan beliau tersenyum!

Biarpun beliau tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik, beliau rajin menghadirkan diri ke hampir semua aktiviti fakulti berbentuk keagamaan seperti Iftar, ceramah agama, dan sebagainya. Biarpun beliau kurang memahami apa yang disampaikan oleh penceramah dalam Bahasa melayu!



SubhanAllah! Saya amat mengaguminya. Allah mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNya!
Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam. Bagi mereka yang tidak lahir sebagai seorang muslim, saya dapat mengamati bahawa mereka lebih appreciate Islam. SubhanAllah!
Marilah kita tanamkan semangat "beragama"..bukan sekadar Islam pada nama, tetapi jadilah orang Islam yang tulen, a "24-hour Muslem"!

Jumat, 11 Desember 2009

Muslimah-Gambar-Fesyen.....

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Pembersihan rumah secara besar-besaran telah selesai, alhamdulillah! Fuh...

Fesyen muslimah sedang berkembang. Pesat sungguh. Ada yang menilai dari segi negatif; sebagai contoh fesyen "muslimah" dengan sekadar memakai selendang/shayla. Ada yang jarang, melilit-lilit yang mungkin merimaskan (atau merimaskan orang yang melihatnya?). Namun saya melihat perkembangan ini dari sudut positif. Sekurang-kurangnya mereka berkeinginan dan menyayangi firman Allah dalam Surah anNur ayat 31;

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”

Saya teruja dengan majalah-majalah khas buat muslimah yang menekankan tentang pemakaian sebenar muslimah; sebagai contoh majalah Anis dan Nur. Biarpun kadang-kadang kurang bersetuju dengan penampilan "cover girl" yang kadang-kala agak tabarruj, tapi apabila disingkap kembali; boleh jadi inilah pendorong muslimah di luar sana mula berpakaian menurut syari'at. Niat? Niat bertudung kerana ingin cantik atau terpeesona dengan kecantikan "cover girl" majalah muslimah? Tidak mengapa, insyaAllah niat dapat diluruskan kerana hidayah itu milik Allah dan beruntunglah bagi sesiapa yang dicampakkan hidayah ke dalam hatinya untuk berubah kerana Mardhotillah!



Mawar berduri. Saya amat sukakan ungkapan ini dengan seribu satu pengharapan dan berusaha ke arah itu (insyaallah!) Mawar ini sukar didekati dan di sentuh dek durinya yang tajam. Indah dipandang dari jauh sahaja. MasyaAllah!

Suatu ketika saya berborak dengan seorang sahabat perihal muslimah meletakkan gambar di dalam alam maya. Hatta bertudung litup atau tidak, apatah lagi yang berpurdah. Astaghfirullah, bukankah wanita itu sendiri suatu bentuk fitnah? Jangan panggil diri anda mawar berduri jika anda meletakkan gambar anda biarpun berpurdah; buat tontonan yang tidak berhak ke atas dirimu! Astaghfirullah! Saya menghormati pendapat setiap insan; semuanya bersebab. Namun jika tindakan meletakkan gambar anda sudah menimbulkan satu bentuk fitnah....simpanlah gambarmu..bukanlah untuk tontonan umum :(


Burqa. Satu bentuk pemakaian yang cukup sinonim di Afghanistan. Kreatif sungguh fashion designer sekarang. Design Hello kitty pun ada!! Ya Allah :p

Erm.."abaya-fever" is back!! Jom pakai abaya :)

Rabu, 09 Desember 2009

Isteri "Cerdik" dan Solehah :)

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!

Isteri cerdik dan solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran......lalala (nyanyi sendiri) terngiang-ngiang dalam fikiran bila menyebut tentang "isteri cerdik dan solehah".
Majalah Anis keluaran bulan ini memang menawan hati, mana tidaknya ada special edition tentang jubah. Aduhai, asal jubah je...hepi semacam!!

Topik 'ISTERI PEMBANGUN JIWA' tulisan Noraslina Jusin amat menyentuh hati. masyaAllah!
InsyaAllah saya kongsikan bersama di sini :p

Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung ijazah yang diraih dari kolej atau universiti. Tetapi kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka dan duka. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah-lembut. Gurauannya bersahaja dan menenagkan jiwa. Ada pepatah mengatakan, di belakang seorang suami yang berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniup semangat juangnya.



Hasil dari ketenangan di rumah, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang digalas atas nama Allah Azzawajalla; dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang bermaharajalela. Dunia baginya merupakan tempat untuk membalas kebaikan keluarganya...
SubhanAllah!!
Sabda Rasulallah SAW, "Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang?iaitunya; isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaik-baiknya.
Marilah kita sama-sama "menjadi" daripada kita "mencari"!!
..........dan semoga kita semua dapat menjadi "qurratu'ayun" (penyejuk mata) kepada suami kita, insyaAllah..amin!

Selasa, 08 Desember 2009

The Path of Love for Allah...Jalaluddin Rumi


Assalamualaikum wbt


SubhanAllah, alhamdulillah wa Allahuakhbar!!

Masa sedang asyik mengemas barang untuk pulang ke Semenanjung, terjumpa buku sajak "In the Arms of The Beloved" karangan Jalaluddin Rumi. My first poetry book!! hehe..n also the last one kot :p Adeh, idea mengarang poems dah karat :(


Life is the journey

Allah is the destination

i'd tormented those speedbumps

and look ahead of times

life indeed is no bed of roses

those magical powers within my grasp

held close to my heart

laying still

and valiantly wish to escape

i let them out.........

the magical melody of my heart..

(2/7/06, 8:30pm, KL Sentral)


Sajak Jalaluddin Rumi memang indah, menggambarkan kebesaran Allah dan kecintaannya yang mendalam kepada Allah SWT.
Salah satu bait sajaknya:-


O Allah..you are the graceful,

You are the highest love,

You are the giver of life,

what misery and hardhips come,

to those who turn away from You....


Remember what I said,

I said: Don't leave me, for I am your friend,

in the mirage of this world

i am the fountain of life

even if you leave in anger

and stay away for a thousand years

you will return to me

for i am your goal!


Moga Allah berikanku kekuatan dan ilham mengarang lagi...amin :)

Minggu, 06 Desember 2009

Bila Rindu Bertamu..........

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah wa Allahuakhbar

Pada hari terakhir di Sarawak (nostalgia sungguh!); setelah berpulun-pulun dalam pengajian, seorang junior menghantar mesej. "Kak Iman, boleh sampaikan tazkirah usrah nanti?" SubhanAllah, saya hanya tersenyum. "Pandai betul adik ni membaca fikiran saya....macam-macam ingin saya kongsikan dengan adik-adik buat kali terakhir.." getus hati ini.

"InsyaAllah....." Itulah jawapan saya.

Setibanya ke pintu surau, saya terkejut. Amat sangat. Hati dilanda rasa kecewa. Ada 5 pasang alas kaki sahaja di luar pintu surau untuk muslimat. "Astaghfirullah..." hati berbisik. Ya Allah..aku pasti merindui surau ini, rumah Mu yang amatku sayangi, tempatku meluahkan rintihan hati, tempatku bermunajat menangisi dosa-dosaku...

Alhamdulillah, biarpun yang sempat menghadiri usrah hanyalah kira-kira 8 orang, namun inilah pengalaman usrah yang paling menusuk hati..Kami berbicara ikhlas dari hati. Air mata tumpah lagi. Memohon maaf atas segala salah silap sebelum ini di samping memberikan kata-kata perangsang untuk meneruskan perjuangan dan jihad di bumi kenyalang ini. Terima kasih adik-adikku, atas sokongan kalian dan doa..moga kalian sentiasa di bawah payungan rahmahNya, amin...


Sebelum ini, surau kami sangatlah daif. Hanya satu pintu masuk surau, buat muslimin dan muslimat. Kaum muslimat terpaksa melalui tempat solat lelaki sebelum dapat ke tempat solat perempuan. Itulah senario dari mula fakulti kami ditubuhkan hinggalah 4 tahun lepas di mana pengubahsuaian dibuat. Alhamdulillah! Teringat sekembalinya kami dari Sibu, ukhti Isnani riang betul dengan transformasi surau kami..SubhanAllah, Alhamdulillah!
Teringat pengalaman berusrah dengan kakak senior semasa masih dalam tahun 1. Perkataan usrah ni tidak pernah wujud dlam fikiran. Satu sahaja yang saya pasti: dalam usrah ada sesi baca tafsiran dan kami hanya perlu meminjamkan telinga untuk mendengar tazkirah (astaghfirullah!)..Di sinilah saya mengenali usrah. Kami ini bak keluarga. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakitnya. Begitu juga dengan kami, SubhanAllah! Setiap masalah ahli bait kami dengarkan dan kongsi bersama, kerana impian kami hanyalah Mardhotillah!


SubhanAllah, masa dok study, saya memandang sekejap ke arah langit. SubhanAllah..terlihat awan berbentuk hati (tidak sempat ambil gambar jelas)..Sekilas kemudian, awan berarak dan hilanglah bentuk hati, hehe (MasyaAllah!)
Biarpun surau kami kecil, namun inilah tempat yang paling menenangkan hati. Kenangan demi kenangan menghinggap ke hati. Kami berjemaah bersama (subhanAllah, jemaah dah ramai!), kami berbuka puasa bersama, moreh bersama dan yang paling best: usrah! Kami teruja dengan kata-kata naqibah: "Alhamdulillah, Allah kuatkan hati kita untuk menghadiri usrah, iaitu salah satu taman-taman syurga".
SubhanAllah!!


Sabtu, 05 Desember 2009

Habbatus Sawda (nyum nyum!)

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah, Allah sampaikan saya juga untuk menulis hingga posting-100 (yeay! kanak-kanak riang)..InsyaAllah, entri kali ini isitimewa berkaitan dengan Habbatus sawda, insyaAllah ya.




SubhanAllah, teringat kata-kata semangat ustaz dalam ceramahnya sempena raya haji baru-baru ini. Beliau menggalakkan kami mencari karya asal naskah pejuang Islam yang gah dalam pelbagai bidang termasuk perubatan antaranya seperti Al Razi dan Ibnu Sina. Alhamdulillah, dpaat juga melepaskan kerinduan pada MPH (hehe); terjumpa buku terjemahan At-Tibb an-Nabawiy "Berubat mengikut Nabi" terapi alternatif bagi orang Islam tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziah. -Alhamdulillah-

Saya amat tertarik dengan isi kandungannya dengan harapan moga saya mampu mempraktiskan sunnah nabi apabila melangkah ke dunia pekerjaan nanti (in 2 months' time, insyaAllah).

Habbatus sawda (Jintan Hitam) boleh dikatakan pemakanan sihat yang cukup sinonim dengan umat Islam. Menurut riwayat Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah bahawa Rasulallah SAW bersabda; "Hendaklah kamu memakan jintan hitam, sebab jintan hitam mengandungi ubat segala penyakit, melainkan As-Saam (maut)". Dalam kitab al-Qanun dan kalangan ahli perubatan lain menegaskan bahawa jintan hitam sesuai dipadukan dengan Za'faran dalam tablet.


Kotak misteri..hmm, apa dalamnye ek?
SubhanAllah, banyak khasiatnya, jika saya tulis di sini, tak habis-habis rasanya (hehe). Antaranya; mengubat kusta, alopecia(botak), demam selsema..dan jika dicampur dengan madu yang kemudiannya dicampurkan dengan air panas, mampu menghancurkan batu buah pinggang (renal stone) dan batu dalam pundi kencing (bladder stone)..SubhanAllah, terapi alternatif yang baik untuk disampaikan kepada pesakit (insyaAllah!).

Waaa..apa ni? macam best je :)
Minyak jintan amat sesuai untuk merawat kepala, bahkan mampu menghilangkan kelemumur. Jika diminum kira-kira sesudu dicampur air, boleh menghilangkan sesak nafas seperti asthma, insyaAllah.


Yeah...air kopi sawda dan Radix! (promote ni!) sedap dan sunnah :)

InsyaAllah dalam entri akan datang, info berguna dari buku ini akan saya kongsikan bersama. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan juga buat diri ini untuk mengamalkan sunnah dalam jihad saya bekerja. Teringat kata-kata doktor pakar dari Yayasan Amal Sarawak; "Jadilah doktor berjiwa daie'......."
InsyaAllah!!!!!!!!!!


Rabu, 02 Desember 2009

Senjata Doa........

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahukhbar!!!


Doa itu SENJATA orang mukmin. MasyaAllah. Betapa utuhnya doa itu, sebagai perisai diri. Ayat-ayat Allah yang terpilih dari al Furqan. SubhanAllah..

Umi rajin menghantar sms, mengingatkan diri ini yang selalu lalai (astaghfirullah). "Iman, jangan lupa baca doa Nuurun Nubuwwah banyak2 ya.." antara nasihat beliau, SubhanAllah..syukran ya habbibati! Doa inilah antara doa "favourite" saya, lebih-lebih lagi ia adalah doa amalan Rasulallah SAW.

"Iman, insyaAllah baca banyak2 doa kitab amalan yang umi bagi tu ya." InsyaAllah ya umi!
Sebelum menduduki peperiksaan yang lepas, saya berkesempatan berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang Muslim, meminta maaf jika pernah melukakan hati serta meminta mereka mendoakan kami semua. SubhanAllah..saya tersentuh dengan kata-kata pensyarah yang saya anggap bagaikan ayah sendiri di sini, " Don't worry, my dhua' is always for my Muslem brothers and sisters...that's the spirit I want to see, .....a fighting spirit!!" masyaAllah..i'm speechless!!

Alhamdulillah, selepas pengumuman keputusan peperiksaan yang dibuat sendiri oleh dekan kami, saya menghantar sms kepada 'ayah' saya dan sempat berjumpa untuk mengucapkan terima kasih. Beliau banyak memberikan nasihat terakhir buat diri, " Yang penting, pasang niat. Jangan pula pasang niat setahun sekali (sempat saya gelak kecil), tapi pasang niat tiap-tiap hari. Ikhlaskan kerja niat kerana Allah. Biasalah kalau hadapi macam-macam dugaan dalam kerja, mesti tabah dan kuat.." SubhanAllah! InsyaAllah!


Hadiah ukhti Nadrah in advance!! hehe..syukran ya ukhti!!


Apa rahsia kejayaan? USAHA+DOA+TAWAKKAL!
MasyaAllah, begitu besarnya peranan doa. Saya terbaca penulisan Ustaz Pahrol Juoi; di mana ibunya berkata.."Kalau ibu pergi dari dunia ni, ibu takutkan satu perkara.." Tanya ustaz pada ibunya."Apa dia ibu?" "Ibu takut...ibu tidak dapat mendoakanmu lagi.." SubhanAllah, sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Mendoakan ibunya tanpa dipinta. Betapa utuhnya sebuah doa!!
"Sesungguhnya Allah amat kasih kepada orang-orang yang bertawakkal." (Al-Imran:159)
Menurut Imam al Ghazali, tawakkal adalah bersumberkan makrifat sejati kepada Allah. Pengertian makrifat itu pula adalah tauhid yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata "tiada tuhan melainkan Allah, Dia adalah pemilik alam zahir dan batin, dan Dialah yang menguasai semua perkara".
InsyaAllah marilah sama-sama kita berusaha keras seolah-olah kita dapat hidup beratusan tahun, beribadahlah seolah-olah esok tiada lagi dan bertawakallah sambil mengharapkan pertolongan Allah bagi memberikan rahmat serta kejayaan terhadap apa jua usaha yang dilakukan....insyaAllah!
Marilah beringat. Setiap pencapaian, kegagalan mahupun musibah Allah itu adalah ujian. Ujian agar hati kita lunak meningatiNya. Ujian agar diri menjadi lebih kuat. Ujian agar menjadi kaffarah buat dosa-dosa lalu. Ujian agar menjadi mujahid dan mujahidah yang sejati. InsyaAllah!!!!
Teruskan berdoa!! Sesungguhnya Allah Maha mendengar rintihan hamba-hambaNya.......
(peingatan penting buat diri :)

Jumat, 27 November 2009

Universiti Kehidupan.....

Assalamualaikum wbt..

SubhanAllah, walhamdulillah, wa Allahuakhbar!!!

"Universiti Kehidupan"...wujudkah? Setahu saya wujud UNIMAS (hehe, im promoting here)...
Cuba kita singkap bersama, insyaAllah. Kita semua sedang melalui "universiti kehidupan", tanpa mengira siapa kita, usia kita baik di mana shaja kita berada. Kita semua sedang malalui fasa 'peperiksaan' dalam 'Universiti Kehidupan', MasyaAllah.

Dalam 'universiti' ini kita disajikan dengan bermacam-macam 'peperiksaan' dengan tahap kesukaran yang pelbagai. Ada yang berjaya; dan sedang malalui hidup dengan tenang serta sedang bersiap-sedia dengan peperiksaan akan datang yang tidak ditetapkan tarikhnya. Hanya Allah yang tahu! Ada pula yang tersungkur dan sedang berusaha meningkatkan usaha untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian yang Allah sajikan untuknya. SubhanAllah!

"Hidup ini umpama bunga. Bunga yang kian mekar jika disirami dengan air ketakwaan akan layu juga jika diabaikan dan dipersisihkan. Jadilah bunga-bunga yang mekar di taman, menjadi penyejuk mata dan penyinar harapan!"




Saya kian sedar. Saya bukan lagi seorang pelajar universiti. Namun saya masih seorang pelajar "Universiti Kehidupan" yang mana peranan dan tanggungjawab saya insyaAllah akan berterusan demi mengabdikan diri kepadaNya. Allah, syurga firdausi sebagai target utama, Rasulallah SAW sebagai qudwah hasanah, umi wa abi sebagai sifu dan pendokong diri dan keluarga tercinta sebagai penyeri hati. Ya Allah, moga aku sentiasa lulus dalam "universiti Kehidupan" Mu ini. Bukan sahaja lulus cukuup makan, tetapi lulus dengan cemerlang, amin!!

Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat dan ujianMu ini.....sob sob

Sekarang semangat mengemas untuk pulang masih muram..mungkin hati sudah melekat di sini. Tempat diriku ditarbiyyah, berubah, dan bermacam-macam pengalaman Allah telah anugerahkan buat diri, subhanAllah!



Macam mana nak start packing?? fuh...banyaknya! :)


Buku-buku yang sedang menunggu tuannya untuk dimasukkan ke dalam kotak-kotak...hehe


"Cik Iman....kami nak balik Semenanjung!!" buku-buku ni menjerit!!

p.s: doakan saya ya :)

A New Life...........and a New Beginning!!

Assalamualaikum wbt to all

SubhanAllah, alhamdulillah wa Allahuakhbar!!

SubhanAllah, this eid adha is such a blast! SubhanAllah...thank you Allah for these tests, masyaAllah. That's all that i can say..

Somehow we reached a bit late to the mosque this morning; but we managed to follow the eid prayer, alhamdulillah. As "takbir" filled the mosque in soft echoes, masyaAllah, tears welled down my cheeks as i am so thankful to Allah for all of His bless, tests and rahmah.....ALHAMDULILLAH!

I did try my best to fight back my tears, but failed. I cried wholeheartedly, as i reminisced on my past; they are not as painful as others (i suppose) but His plans are pictured so beautiful in place, masyaAllah!



I'll be missing my all-time favourite thing: taking pics of the sky!


Masjid Negeri Sarawak....SubhanAllah!
Life's tests and hardships are direct lessons from Allah SWT, insyaAllah if we utilize this principle supplemented with taqwa, we'll be given that inner strength to face almost anything and every obstacles that He lays for us..insyaAllah!!!!!
SubhanAllah, i'll be venturing into working life in the next 2 months, insyaAllah.
...........a new life.....and a NEW BEGINNING!!!


Rabu, 25 November 2009

Ilmu itu......Milik Allah!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, walhamdulillah....wa Allahuakhbar!!

Jantung berdegup bagaikan nak meletup. (perumpamaan je,hehe). Tapi itulah hakikatnya seminggu sebelum peperiksaan besar kelmarin. Pelik juga kerana pada ketika itu, saya agak tenang. Terus saya mengira denyutan nadi: Ya Allah!! 160 dalam seminit!! Memang masuk kategori "tachycardia" atau denyutan laju hyperaktif! Saya cuba menenangkan diri dengan zikrullah. Junior pun bertanya, "Akak stress ke?".."Akak tak stress..eh.akak sendiri tak tahu!" Benar..sejujurnya mungkin disebabkan saya cuba menegndalikan stress tanpa menunjukkannya pada riak muka. Tenang je nampak, tapi..dalam hati, hanya Allah yang tahu, hehe.


Pagi ni jantung berdegup laju lagi. Debaran pengumuman keputusan peperiksaan bakal dibuat sendiri oleh Dekan. Tiba-tiba teringat kata-kata Dr Nik (pakar bedah dalam "hepatobiliari"=hati) berpesan kepada saya dalam sesi pembelajaran di hospital dulu. "Nak jadi doktor....kene ada iman! Imanlah penentu semuanya, setiap keputusan yang kita pilih, tindak-tanduk kita berpaksikan iman dalam diri. Jadilah doktor yang beriman.." SubhanAllah..tersentuh hati ini mendengarnya gerangan kurangnya doktor pakar Islam yang benar-benar muslim dan muslimah. Kurangnya doktor yang benar-benar beretika dan mempraktikkan islam dalam perkerjaan. Dalam erti kata lain, kurangnya doktor yang berjiwa daie'!!


Saya ingin memetik kata-kata penulis terkenal;
Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "Nota Hati Seorang Lelaki". Sememangnya sebuah buku yang luar biasa!!

"Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu juga dengan ILMU, perlu "ditakung" dengan hati yang merendah diri. Semakin tawadduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal diwarisinya..."

SubhanAllah..pengajaran baik yang patut kita praktikkan bersama, insyaAllah.

Ilmu itu milik Allah!

Bukankah ujian itu tarbiyyah dari Allah? :)

Jumat, 13 November 2009

You Came to me..

SubhanAllah..

that's all i can say....

May Allah bless us all with His rahmah, as we are nothing but slaves in this temporary world.

Remember Allah in times of happiness and hardship, insyaAllah...

SubhanAllah, walhamdulillah wa Allahuakbar!!!!!!!!

ps:exams just around the corner..please pray for my success (also in the afterworld), insyaAllah, amin!!

Rabu, 04 November 2009

Impian Mujahidah continued...........


"Salam perjuangan, moga istiqamah di atas jalan ini.." seringkali hinggap ke telinganya. Perkataan yang sudah lali dan tersemat dalam hatinya. Dia bersyukur, punya sahabiah yang sama-sama dalam saff perjuangan serta saling memberikan peringatan agar tidak terlalai dek duniawi.
Apa yang dimaksudkan dengan perjuangan? Perlukah ada senjata berpandu yang berteknologi tinggi? Perlukah ada peluru serta bom dililit hingga keliling pinggang? Ya, itu perjuangan para mujahid dan mujahidah demi islam yang mulia, namun bagaimana pula dengan aku? Mujahidah bermonolog sendirian.
"Berjuang...aku juga berjuang. Aku menimba ilmu Allah dengan harapan yang satu. Aku mahukan ilmu ini dimanfaatkan demi Islam. Bukan sekadar bekerja makan gaji. Bukan seperti robot yang melakukan kerja yang di'wajibkan' ke atasnya lantas mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang daie'...InsyaAllah.."
Mujahidah sedar, perjuangan memerlukan kekuatan. Bukan kekuatan biasa-biasa; tetapi yang amat luar biasa! Dari mana sumber inspirasi dan kekuatan? Dari Allah jua..Mujahidah kadang-kadang berasa berat hati kerana perjuangannya akan disambung ke alam pekerjaan di mana, masa mungkin menghimpit diri dari perjuangannya. Khuatir jika terlalai dari menghadiri majlis-majlis ilmu. Takut kerana bakal meninggalkan sahabiah seperjuangan yang selama ini menjadi antara sebab hatinya istiqamah ke arah menjadi seorang daie'.
Mujahidah hanya mampu berdoa dan mengharap. Air mata dilepaskan mengalir ke atas pipi kerana Allah. Sejadah usangnya dan Al Quran sebagai teman karib yang tidak jemu-jemu turut melayan perasaannya. Dia mengharap, moga tidak terlalai dari mengingati Allah, moga istiqamah dalam perjuangan memartabatkan Islam. Allah sentiasa bersamanya...semakin jauh dia dari Allah, makin dekat Allah padanya. "Ya Allah..banyaknya dosa-dosaku..."
Impian Mujahidah menggunung. Dia tidak mahu menjadi muslimah yang biasa-biasa sahaja. Dia mahu menjadi seorang muslimah yang MUKMINAH. Sorang muslimah yang lantang berkata-kata dalam menegakkan yang HAK.
Dia teringat peristiwa apabila dia berserta rakan-rakan yang lain terpaksa menghadap pensyarah tatkala gagal dalam peperiksaan akhir. Pensyarah itu berniat menaikkan semangat mereka. Beliau mengatakan bahawa mereka patut bersedih dengan keadaan mereka kerana tidak dapat bergraduasi pada tahun itu. Semua tunduk; bermacam-macam perasaan dapat dilihat dari riak muka. Ada yang tunduk malu seakan-akan mahu menangis. Tidak kurang ada juga yang kelihatan manahan geram dan amarah. Mujahidah dengan spontan tanpa berfikir, terus berkata, "TIDAK..SAYA TIDAK SEDIH." Beliau terus memandang Mujahidah dengan wajah yang agak terkejut. Mungkin sangkaan beliau; tiada siapa akan menjawab begitu. Beliau terus tersenyum dan membalas, "Ya, inilah semangat yang saya mahu." Aaaahhh ...semua melepaskan kelegaan yang amat sangat kerana menyangka beliau akan tercabar dengan kata-kata Mujahidah.
Impiannya yang menggunung untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri sentiasa dijadikan mindset. "Ya Allah, bantulah aku........mardhotillah impianku..." monolognya lagi.

Life....... and Appreciating..

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.....sambil menghirup sawda (aahh nikmatnya)..sekembali dari perbincangan dengan kawan-kawan seperjuangan, kepala agak tepu. Moga perbincangan tadi membawa keberkatan dan sedikit sebanyak membantu membina keyakinan dalam peperiksaan kelak insyaAllah.

Saya teringat salah satu "Vitamins for the Heart" oleh Prof Muhaya Mohamad; iaitu appreciate each and every person that you meet in your life, because you may not have those moments in your life anymore. (urm, mungkin ayat ni tidaklah setepat kata-kata beliau, tapi maksudnya serupa).

SubhanAllah...........

Teringat pertemuan dengan Aisyah di Makkah...dan saya tidak menggunakan peluang yang Allah berikan pada masa itu dengan sebaiknya. Namun saya tidak patut menyesal, kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Begitu juga dengan adik-adik sehalaqah dahulu; pada masa itu saya agak "hijau" dalam halaqah. Peranan sebagai naqibah tidak digunakan dengan semaksima mana.

Pada awal pembabitan dalam halaqah, saya berperanan sebagai naqibah buat pertama kalinya dalam hidup. Pada tahun-tahun sebelumnya, apabila terdengar sahaja adanya usrah atau halaqah, ada sahaja alasan untuk tidak pergi yang dirasukkan syaitan dalam kepala. Penuh imaginasi...dan kreatif! :(

Dengan bantuan naqibah utama dan rujukan kitab-kitab, saya memulakan bicara. Malam sebelum usrah, hati berdebar-debar dan air liur kering. Mampukah saya?? Alhamdulillah, semuanya lancar, biarpun pengisian ringkas, namun penuh makna. Saya pernah terdengar tazkirah: orang yang memberi tidak bermakna lebih baik dari yang mendengar. Sahih! Namun yang penting, pengisian itu berpanjikan Quran, Sunnah, pemahaman yang dalam dan jitu serta penuh keikhlasan!! Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui niat di hati kita :)

Saya bersyukur ditemukan dengan adik-adik junior yang mana hati mereka amat menjurus ke arah agama. Hidup di dunia dalam BERAGAMA.. Banyak yang saya belajar daripada mereka biarpun usia mereka jauh lebih muda. Kadang-kadang timbul rasa iri hati pada mereka yang berasal dari peraliran sekolah agama; ingin saya berada di tempat mereka. Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita?

Rindu pula pada adik-adik di Sibu..yang sedang berhempas pulas kerana masih baru dalam klinikal.. Maaf, gambar-gambar ini tiada kaitan dengan topik hehe..



Namanya "Faya" gabungan nama Alia dan Fatin, hehe. Sebelum ni ia disimpan di sudut bilik, dan dijadikan tempat melepaskan stress oleh housemate lain. Lucu apabila teringat kembali kenangan dulu..bila tension sahaja, mereka terus menumbuk-numbuk Faya sekuat hati, kemudian terus berlalu pergi. Alia dan saya tergamam; tengok saja, hehe..


Pandangan ke luar tingkap dari bilik. SubhanAllah........



Mengambil gambar awan pada setiap hari, memang hobi seharian. Setiap hari saya mengamati awan, pandangan berubah-ubah dan sangat unik, subhanAllah!





p.s: Maafkan saya, entri-entri saya kurang menarik. Moga Allah kurniakan saya lebih banyak ilham untuk menulis. Moga kalian dapat berikan idea...memang saya kekeringan idea ni :(
wassalam



Senin, 02 November 2009

Rindu Datang Lagi...

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar!!

Seronok mendengar cerita-cerita umi setiap hari. Umi bercerita tentang keadaan Makkah (siaran langsung TV) sekarang yang dibanjiri jemaah dari seluruh pelusuk dunia. Semuanya dengan impian dan misi yang Satu. SubhanAllah! Malah, beliau dapat melihat jemaah malaysia dalam TV juga, hehe.

Rindu bertamu lagi. Rindu yang teramat sangat. Makkah, bumi Allah yang amat terpelihara, amat istimewa dan membawa kenangan yang amat manis dalam hidup saya. Biarpun dosa-dosa yang bertimbun dan menghimpit diri ini; Allah tetap menerima saya sebagai tetamuNya pada dua tahun lepas. Allah menguji saya terlebih dahulu di mana saya terpaksa membatalkan hasrat menunaikan umrah pada tahun sebelumnya lantaran halangan tertentu. Buat kali dua, terhalang juga pada mulanya, namun, alhamdulillah dengan kekuasaan dan izin Allah, hasrat hati tertunai juga :)

Pada ketika itu, MasjidilHarom masih dalam construction dan bangunan-bangunan lama termasuk hotel kecil berserta kedai makan berhadapan dengannya masih wujud. Kini....tiada lagi..

Beginilah rupanya Masjidil Harom dalam construction..Gambar ini di ambil oleh abi semasa kami berada di bahagian roof hotel. Macam mana agaknya rupa yang terkini? :)



Hehe, teringat kisah lucu dulu..Salah seorang jemaah bertanyakan pada abi samada kami bertiga termasuk umi mahu menyertai makan bersama. "Makan nasi mandi.." katanya. Dalam perjalanan ke sana (suatu tempat lapang, tak ingat mana) penuh persoalan macam mana rupanya nasi mandi, hehe. Bila sudah terhidang di depan mata, MasyaAllah, begini rupanya. Memang kenangan picnic yang best! Lauk kambing..subhanAllah!!




Tempat al Quran di simpan...SubhanAllah, banyak kan??


Hmm..insyaAllah gambar-gambar lain akan saya upload nanti :)
Ya Allah, izinkanlah aku menjadi tetamuMu lagi, terimalah aku, sampaikanlah aku ke sana, permudahkanlah. Aku amat merindui Makkah. Aku rindu menatap Kaabah. Aku rindukan titisan air mata pertama aku menjejakkan kaki ke MasjidilHarom. Aku rindukan bersolat di sebelah umi di sana. Aku rindukan mengisi botol air dengan air zam-zam buat umi dan abi setiap kali sebelum solat. Aku rindukan Aisyah yang Kau sampaikan untuk mentarbiyyah padaku soal doa dan purdah. Air mataku tak tertahan lagi.......kerana aku rindukanMu........

Minggu, 01 November 2009

Alhamdulillah......I'm back!!

Assalamualaikum wbt....

SubhanaAllah, alhamdulillah..setelah beberapa hari bergelumang di katil lantaran demam selsema yang agak teruk............i'm back!! hehe

Bukankah sakit itu juga satu bentuk ujian? Ya Allah, moga sakitku ini menjadi kaffarah buat dosa-dosaku yang bertimbun, amin!

Saya teringat buku La Tahzan, saya gelarkan sebagai buku 'hikmat' terutamanya di kala dugaan Allah menimpa diri. SubhanAllah..Umi yang merupakan peminat nombor 1 radio IKIM terdengar buku ini telah diwar-warkan dalam radio suatu ketika dahulu. Apa lagi, terus umi dapatkan buku ini di kedai kitab "favourite" kami di PKNS, Shah Alam!

Umi menurunkan buku ini kepada saya, dan telah meng'highlight' kan ttopik yang penting untuk dihayati. Antaranya ialah: JANGAN BERSEDIH KERANA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI KESULITAN..

Di sini saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsikan bingkisan menarik dari buku LA TAHZAN ini untuk direnungi bersam, insyaAllah.

"Sesungguhnya setiap kesulitan yang anda hadapi akan menguatkan hati, mengampunkan dosa, menghancurkan rasa ujub dan menguburkan rasa takbur. Kesulitan-kesulitan itu akan mengelakkan kelalaian, menyalakan zikir, menghiasi diri untuk berbuat baik pada setiap makhluk, peringatan untuk diri, sebuah usaha untuk menjaga hati supaya bersabar, SEBUAH PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAP TUHAN dan melepaskan godaan untuk menggantungkan hidup pada dunia dan merasa aman dan tenang dengannya." (La Tahzan)

Jangan bersedih! Sesungguhnya kesedihan hanya akan MEMBUATMU LEMAH DALAM BERIBADAH, malas untuk berjihad, berputus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka, dan hanya membuatkanmu pessimis!!

Benar, perasaan sedih membuatkan kita tidak produktif dan macam-macam perasaan negatif lain akan terundang secara tidak langsung. Senyumlah di kala kesedihan dan cubalah usir rasa sedih kerana ia hanya akan menghancurkan diri. Umi selalu menasihatkan agar jangan bersedih di kala dugaan melanda kerana ia seolah-olah kita tidak redha akan ujian ini. Bukankah kita dilahirkan untuk diuji juga? Masakan kita hendak kata kita beriman tetapi jika diuji kita melatah dan berduka lara? Nauzubillah!!!!

Bersolatlah............bertasbihlah........bacalah.....bersilaturrahim......dan renungilah..

Saya teringat di kala musibah melanda satu masa dahulu. Ketika mendapat tahu berita itu, saya termenung. Di hadapan saya pada ketika itu adalah besi panjang bergantungan dan menghayun ke atas dan kebawah. Berulang-ulang kali. Pada ketika itu, tiba-tiba hati saya tenang. "Allah sedang mengajarku, ada masa aku di atas..dan ada masanya aku di bawah.." Itulah fikiran saya pada ketika itu.

SubhanAllah! Allah mentarbiyyah kita dengan apa yang berlaku di sekeliling jua.

It is just a matter of realizing and analysing or not..



Why must you fear? When you know that Allah is ALWAYS with you??


Rabu, 28 Oktober 2009

Nilai Syukur

Assalamualaikum wbt

Kaki ini sakit-sakit, hati mula mengeluh sedikit (astaghfirullah!). Kesan berdiri berjam-jam lamanya dalam sesi pembelajaran di hospital berkumpulan, urat-urat bagaikan mahu putus. Aktif ke sana ke mari, memang kira sinonim dengan doktor mahupun pelajar perubatan.

Akibat sakit yang semakin teruk dan "varicose veins" atau urat timbul di kaki yang semakin membimbangkan, saya bergegas ke farmasi. "Alhamdulillah....bagaikan pergi ke pusat mengurut selepas memakai compression stokkings..hehe

Di wad seperti biasa...........

Seorang wanita lingkungan 30-an sedang berbual-bual dengan suaminya di sisi. Dia kelihatan ceria, tenang dan cergas. Dia memakai "oxygen therapy" atau bantuan oksigen berterusan. Saya menghampirinya, dan daripada sejarah sakitnya; dia menghidap "bronchiectasis"..dan dia perlukan bantuan oksigen sepanjang hayat untuk meneruskan hidup..



Beliau bercerita tentang dirinya, dengan penuh semangat. Hati saya sayu, terdetik keinsafan yang mendalam. " Ya Allah, kadang-kadang aku mengeluh atas dugaanMu, tetapi aku tidak sedar, ada orang yang lebih kuat dugaannya, lebih teruk daripada aku.."

Suaminya seorang yang penyabar, sekali sekala mencelah dalam perbualan kami. Dia jarang-jarang sekali keluar dari rumah, malah hendak menguruskan diri juga sulit. Segala-galanya bergantung pada orang lain. Disebabkan pergantungan sepenuhnya pada bantuan oksigen, hidupnya terbatas di rumah. Tiada lagi berlari-lari; berkejaran dengan anak-anak. Tiada lagi merasai percutian atau berjalan-jalan di tepi pantai. Rutin hidupnya adalah duduk-duduk sahaja di rumah, dan dia hanya menanggalkan oksigen di dalam tandas sahaja.

Mengenangkan kesulitan yang dihadapi, satu perasaan luar biasa hadir dalam hati. Bersyukur yang amat sangat. Benar...count your blessings, not your misfortunes!

Beliau bercerita...beliau pernah menguji tahap keseriusan penyakit pernafasannya itu. Beliau menanggalkan bantuan oksigen untuk seketika. Tidak sampai 2 minit, dia mengalami sesak nafas yang teruk! MasyaAllah!!

Disebabkan masalah bronchiectasis yang dihidapi adalah teruk, pembedahan adalah mustahil. Pergantungan pada bantuan oksigen untuk seumur hidup adalah solusinya. Penderitaan pesakit..itulah kelemahan saya!

Pesakit ini telah mengajar sesuatu yang signifikan dalam diri. Nilai bersyukur!


Bersyukurlah atas segala nikmatnya..Nikmat dapat bernafas dengan sempurna, kesihatan yang baik, dan macam-macam lagi! Namun, jangan juga lupa bersyukur atas dugaanNya, kerana ia adalah satu benuk tarbiyyah yang mana hanya insan terpilih sahaja menghadapinya!!

Yakin dan bertawakallah dengan sepenuhnya pada Allah SWT, kerana Dialah Penyembuh, Pelindung, dan Pemberi segala keperluan hamba-hambaNya yang bertakwa...insyaAllah!

Minggu, 25 Oktober 2009

"Makcik nak naik haji, insyaAllah.."

Orthopedik...bidang perubatan melibatkan masalah tulang, sendi dan seangkatan dengannya. Bidang yang amat sedikit diceburi oleh golongan hawa; kemungkinan kerana melibatkan banyak pertukangan hehe..lebih sinonim dengan yang adam..

Minggu terakhir sebelum study leave, setiap dari kami di'assign' pada 5-8 pesakit setiap hari. SubhanAllah, satu bentuk persediaan sebelum bergelar "House Officer" kelak, insyaAllah. Setiap pesakit..hmm ada sahaja kerenah masing-masing. Kesian, bosan dalam wad barangkali. Namun, seorang wanita lingkungan 50-an menarik perhatian saya. Jika tidak tidur, beliau membaca. Hehe..selepas mengambil history dan menyelesaikan tugasan yang sepatutnya, saya menegurnya,"Assalamualaikum makcik.." Dia tersenyum dan membalas salam. Dia memegang kitab, dan kelihatan sibuk menghafal sesuatu.

"Makcik baca kitab apa tu?" Beliau menunjukkan cover kitab itu. UMRAH DAN HAJI tertera di atasnya. "Ya Allah.." saya tersenyum.

"Makcik nak naik haji, insyaAllah.." Alhamdulillah!! Kami mula berkongsi cerita...

"Makcik risaulah Iman..kaki ni, moga sihat lah kan?" kaki beliau kelihatan kemerah-merahan. Beliau menghidap cellulitis, sejenis infeksi kulit yang berasal dari organisma "Staphylococcal Aureus". ia kerapkali berlaku, terutamanya dalam pesakit kencing manis.



Namun, ia tidaklah berjangkit dan alhamdulillah dengan izin Allah dan ubatan sebagai ikhtiar..kakinya beransur pulih..

Kami bertukar cerita.

"Makcik..nak buat haji kene persediaan rapi, kan?" saya membuka cerita. "Betul-betul...tu yang makcik baca kitab ni..moga Allah berikan makcik kesihatan baik di sana, insyaAllah...doakan makcik ya.." beliau berkata-kata dengan penuh pengharapan. Inilah kali pertama beliau akan menunaikan haji, insyaallah..dan jelas terpancar keriangan pada ekor matanya..

"Makcik dengar ustazah bagitahu..banyak bangunan dah dirobohkan. Banyak bangunan dan hotel baru dalam proses pembinaan.." kami teruskan bercerita..Subhanallah, hati ini gembira dan bersyukur, biarpun tidak dapat menunaikan haji, sekurang-kurangnya apabila dapat betemu dengan hamba Allah yang hendak menjejakkan kaki ke Makkah..saya cukup gembira!



"Iman belajar tinggal berapa tahun lagi?" tanay beliau. Hehe..saya tersenyum simpul.

"Sebulan lagi, insyaAllah!!"

"Alhamdulillah!!" beliau terseyum lagi!

Hidup ini memerlukan pengorbanan. Kecekalan. Kesungguhan. Semua ini bertunjangkan keimanan dan ketakwaan. Saya bakal berjihad. Dalam sebulan ini..bukan di medan perang, tetapi dalam dewan peperiksaan. Mahu sahaja saya membawa senapang dan bom peluru sekali..macam gambar di atas..hehe..

Kenangan Makkah menjelma lagi. Musim haji ini pastinya mempertontonkan lautan manusia ke Tanah Haram dengan satu misi yang murni. Moga makcik memperoleh haji yang mbrur! Amin!



Ya Allah...izinkanlah aku menjadi tetamuMu lagi...Perkenankanlah, Ya Allah...Amin :)

Sabtu, 24 Oktober 2009

Hajat...........

Assalamualaikum wbt..alhamdulillah atas nikmat dapat bernafas dalam dunia pinjaman ini, jantung berdegup mengikut irama ketetapan Allah, sungguh teratur ciptaan Allah, subhanAllah!

Fikiran melayang sebentar. Saya terfikir...semua orang mempunyai hajat, bukan? Baik duniawi ataupun harapan untuk mendiami setinggi-tinggi syurgawi. Namun, adakah hajat kita di dunia ini adalah yang terbaik untuk kita? Kita berhajatkan sesuatu yang indah dalam hidup kita, tapi boleh jadi ia adalah yang buruk untuk kita, maka Allah menghalanginya. Itu bukan petanda buruk, malah ia adalah satu bentuk peluang dan anugerah tersembunyi buat kita.

Mengapa pula?



Allah knows best!

This sentence simply explains everything!! Allah tidak memakbulkan segala kemahuan atau kehendak kita, tetapi Allah memakbulkan keperluan kita...ya, KEPERLUAN kita!

"..........Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan". (Al Imran:186)

Saya mempunyai hajat yang bermacam-macam. Nak dikira dengan jari? Tak dapat, rasanya. Namun, saya percaya Allah Maha Mengetahui dan Allah telah menetapkan apa yang terbaik buat diri ini, hamba Allah yang kerdil..Kadang-kadang malu untuk berhajat macam-macam daripadaNya, jika diri tidak melakukan yang terbaik buat Allah!

Berhajatlah kepada Allah SWT di atas kesabaran, ketakwaan, pengharapan.....

Usaha + doa + tawakkal = KEJAYAAN!
Amin..............

Senin, 19 Oktober 2009

Vitamins for the Heart!!

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, i had lots of thoughts and ideas running in my head, particularly inspired by whatever that i see, experience or analyse..masyaAllah. I thought of keeping them till my exams end; but they are just too priceless to wait!! hehe

I was just about to leave the hostel to the hospital yesterday morning, and Allah made me switched on the television just for a moment as i had only promised to meet up with my friends in the next couple of minutes before leaving the hostel.

There u go, Morning On 2, breakfast show. And i was glued to the TV. Huh? Yeah, i did! There was a discussion going on and the invited panel seemed rather familiar to me..MasyaAllah, Prof Muhaya! I had never heard her speaks english, and masyaAllah her english is so perfect!

Being a rather well distinguished eye specialist in Malaysia, MasyaAllah who will not feel proud of her? Being a Muslimah herself, a great eye specialist...Yeah, she is not only a Muslimah; but also a Mukminah! I really adore her instantly just as she opens her mouth and speaks; her radiant look and soft gestures.......SubhanAllah i'm pretty sure patients simply love her!

She gave...i say...Vitamins for the heart!!


SubhanAllah, she gave a lot of inputs; and what really attracted me was that, although the hosts were not Muslems themselves, i could see that she tried to express in herself; of how beautiful Islam is, how practical it it, and how much we apply Islam in our daily lives...
When the host asked about decision-making as a doctor and about feeling bad about the decisions made for the best of the patient..MasyaAllah, i love how she gave in her thoughts!
She explained that, we should never say,"if only I...." because every decision we make in our lives is significant; in that they also came from Allah.
If we see it as bad and faulty; it can actually be a good one as everything happens for a reason! Allah will not take anything from us without replacing them with something else which is better for us! Afterall, Allah knows best!
She mentioned something that strikes me right in my heart.
Allah makes what you are today because of whatever that happened in the past...
Yup!! I agree wholeheartedly!!!!!!!!!!

Jumat, 16 Oktober 2009

Sikit lagi...insyaAllah!

Salam..

Ya Allah...dah bersawang blog ni, maafkan saya; faktor kekangan masa disebabkan kelas penuh dan exams yang dekat..menghimpit diri daripada menulis..eh menaip hehe..

Bertungkus lumuslah di dunia, biarpun pahit sekali sekala dalam perjalanan, insyaAllah kemanisan menanti kelak; bukan sahaja di dunia tetapi juga pada "Hari Kecemerlangan" di akhirat kelak, amin!

ps: doakan ana lulus cemerlang kali ini, amin!! :)

Selasa, 06 Oktober 2009

Tombo Ati (Jawa Version)

Assalamualaikum wbt.....

Tombo Ati...Ada limo perkarane..yang pertama baca Quran dan maknaneee..lalala

Lagu nyanyian saudara Indonesia kita yang lebih dikenali sebagai Opick ini seringkali diputarkan dalam radio IKIM dulu. Hehe, memang saya tidak faham dengan apa yang dinyanyikan, namun sedikit sebanyak ada a few points yang dapat ditangkap dari liriknya..


Ia berkisar mengenai cara-cara untuk seorang Muslim memperoleh kesucian dan ketenangan jiwa. Memang simple untuk difahami..Tombo ati ni dalam bahasa jawa, maksudnya Suci hati atau "Remedies for the heart".
Apa rahsia untuk memperoleh kesucian jiwa??
Mudah untuk disebut namun memerlukan kesungguhan yang tinggi untuk mendekatkan diri denganNya!
Iaitu melalui solat tahajjud yang berterusan, membaca Kalamullah, bergaul dan berdamping dengan golongan yang soleh, berpuasa serta mengingati Allah!
MasyaAllah!!! Marilah kita sama-sama menjaga 5 perkara ini, kerana hatilah sesuatu yang amat perlu dijaga kerana ia membentuk keperibadian kita serta menentukan baik buruk kita..SubhanAllah!
Erm...layan ya gambar-gambar di bawah (tiba-tiba tukar topik) hehe...
Abi dengan cucu kesayangannya, Sumayyah!


Sumayyah terlentok..sebab pada umur 5 bulan, kebiasaaannya bayi tidak mampu meniarap dengan leher membengkok untuk tempoh yang lama...kesannya?? Penat!! Tup! Lentok!


Ceria sebab dengar suara umi!













































Minggu, 04 Oktober 2009

Pakcik yang 'Cool' !

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dan selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW..

Petang tadi saya memiliki kekuatan dan ketenangan yang luar biasa untuk ke hospital. Sudah tentu itulah kegiatan seharian , namun hari ni sedikit berlainan. Apa tidaknya, seronok yang pelik dalam hati, entah mengapa..(kan best kalau semangat macam ni setiap hari..insyaAllah :)

Encik XY, 50-an, dengan thyroid yang besar untuk dibedah esok. Tertera dalam senarai untuk dibedah. Hmm...Nak jumpe pakcik ni la...lalala

Saya melangkah masuk ke dalam wad pembedahan lelaki. Mencari-cari pesakit En. XY, eh mana ya? Oh, rupanya dalam bilik khas di hujung. Saya melangkah masuk ke bilik sambil memberikan salam. En XY sedang terbaring, ditemani isteri saya kira; di sisi. Kedua-duanya tersenyum kembali dan menjawab salam.

Thyroidnya sedikit besar (tidak sebesar gambar di sebelah hehe), matanya merah benar, terbojol sedikit..pada saat itu saya dapat mengagak masalah kesihatannya. Mereka nampak sporting, lebih-lebih lagi isteri beliau. Bersemangat bercerita, mengenai masalah kesihatan suaminya. Kadang-kadang beliau mencelah sambil bergurau biarpun rupa-rupanya macam-macam yang pernah dilaluinya..subhanAllah!

Beliau bakal dibedah esok. Tapi nampak cool sangat. MasyaAllah, rupanya beliau pernah dibedah sebanyak 3 kali sebelum ini, patutlah relaks hehe. 30 tahun lepas, beliau mengalami masalah thyroid, dan sebahagian thyroid telah dibuang. Beliau juga menghidap kanser usus besar, namun alhamdulillah dikesan awal dan berjaya dibedah tanpa kesan sampingan. Ketiga, beliau mempunyai benjolan (lipoma) yang besar dan juga dibedah dengan selamatnya. Malah, macam-macam prosedur dan rawatan di alaminya (teropong, radioiodine dan macam-macam lagi!).

Dia nampak cool!

Isterinya kuat berceloteh. Apa yang seronok sangat sampai sayaberiya-iya untuk bercerita dalam blog ni?

Isterinya bercerita sambil memberikan nasihat. SubhanAllah, inilah tarbiyyah Allah, sungguh Agung!

Suaminya mengamalkan Ayat 7...setiap hari! Malah beliau bercerita, "Penyakit ni kuasa Allah, ubatan pula hanya usaha, namun semuanya datang dari Allah. Kita mesti minta dari Allah, bukan mengharapkan ubatan semata-mata.." beliau bercerita dengan tenang sambil tersenyum.

Saya tersenyum....masyaAllah!

(Sebahagian daripada ayat 7)



Ayat 7 terdiri daripada himpunan 7 ayat dari surah yang berlainan.

Diriwayatkan oleh Ka'bil Akhbar, ia berkata dalam Quran terdapat 7 ayat, yang ketika dibaca atau dibawa, maka siapa pun tidak boleh membinasakannya, menyakitinya, atau mengalahkannya dengan izin Allah!

Ayat 1: surah at-Taubah, 51
Ayat 2: surah Yunus, 107
ayat 3: surah hud, 6
Ayat 4; Surah Hud, 56
Ayat 5: al-Ankabut, 60
Ayat 6: Surah Fathir, 2
Ayat 7: az-Zumar, 38

(Sumber: Kitab majmu' Syarif, Jalan Menuju Bahagia Dunia & Akhirat oleh Muhammad Baihaqi)

Malah beliau mengamalkan ayat-ayat Haekal...Hmm, kene cari tentang ayat-ayat ini, insyaAllah!

Alhamdulillah, saya bertemu dengan pakcik cool!