Senin, 11 April 2011

Salam to all...

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

SubhanAllah...saya tersenyum di sebalik hikmah yang cuba Allah sampaikan pada diri ini. Di kala kemudahan; kita mudah alpa. Gembira dan terus terlalai. Sehinggalah Allah berikan ujian yang membuatkan diri tersentak. Apa hikmah disebalik semua ini??

Melihat kelibat kanak-kanak di wad, tenat terbaring dengan drip di tangan, kena cucuk berkali-kali ; sungguh menyayat hati. Ada juga kelibat mereka yang dah mula kebah demam; dok berlari-lari keliling wad. MasyaAllah riangnya mereka ini. Kadang-kadang tergelak kerana terpaksa menyogok adik2 ini dengan coklat untuk mengambil darah mereka. Mudah sahaja umpan mengena. Mana tidaknya; gerangan coklat bola2.ahaha...

Anak, kurniaan Tuhan. Insan dilahirkan suci dan tidak berdosa. Merengek lapar, merengek hendak buang air, gelak dan senyum sendiri juga. Di kala keletihan di wad; melihat wajah-wajah anak-anak ini; hilang rasa letih. SubhanAllah..



Ya Allah, aku redha dengan ujianMu ini, moga Engkau menggantikan dengan lebih baik. Syukur atas segala ujian dan nikmat kurnianMu..






Senyum sokmo!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar