Selasa, 29 September 2009

InsyaAllah...................

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..yang tidak terhingga kepada Allah SWT, atas pinjaman dunia ini, akan aku cuba manfaatkannya sebaik mungkin, insyaAllah!!

"InsyaAllah ya..insyaAllah..Semua ni ketentuan Allah." Kata-kata pakcik ini sungguh lembut dan penuh makna, SubhanAllah.

Saya ke wad seperti biasa. Hehe itulah rutin kehidupan pelajar seperti saya (berbaki 2 bulan, amin..). Entah mengapa, hati rasa riang dan sangat tenang. Kelihatan seorang pakcik berkopiah dan berwajah tenang duduk di sisi seorang wanita yang saya agak dalam lingkungan 50+an. Wanita itu terbaring, wajahnya nampak sedikit gusar. Dalam banyak -banyak pesakit, Allah gerakkan diri ini untuk menyapa makcik ini.

"Assalamualaikum.." ...Salam saya tidak berbalas. Hehe rupanya suara perlahan sangat. Saya memberi salam sekali lagi. Kedua-duanya memandang saya lalu tersenyum dan menjawab salam. MasyaAllah, saya rasa tenang sangat, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Kami saling berpandangan sambil tersenyum seolah-olah sudah lama berkenalan. SubhanAllah dengan ungkapan salam, satu chemistry sudah terjalin. Tautan kasih kerana Allah..

Saya selalu mengingatkan diri supaya tidak bertanya soalan "Apa khabar....?" Hehe kerana peristiwa yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Pakcik ni punyalah marah dengan saya sambil berkata," Kalaulah aku ni sehat, taklah aku masuk hospital!" Haha..nak gelak dengar tapi malunyeee..

"Camney kinek tok makcik?" Hehe dia dapat mengagak saya orang Semenanjung. Setelah mendengar sedikit tentang masalah kesihatannya, saya sekadar mengucapkan "InsyaAllah makcik, insyaAllah.." Kalimat itu sudah cukup untuk membuatkannya tersenyum dan pakcik mambalas, "InsyaAllah...."...Dia menyambung lagi, "Semua ini ketentuan Allah, insyaAllah...InsyaAllah."

Masyaallah, orang yang beriman atau tidak; dapat dilihat dari cara percakapannya. Penuh dengan hikmah. Kalimah Allah laju sahaja keluar dari mulut-mulut mereka. Kalimah pendek yang penuh makna. Kami berbalas senyuman. Dan senyuman mereka amat bermakna buat saya.

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah, pertemuan pendek ini membuahkan seribu makna buat diri ini. Akanku abadikan dan manfaatkan setiap yang berlaku dalam hidup ini untuk direnungi. InsyaAllah! Inilah hikmah..iaitu rahsia Allah yang hanya dapat diselami oleh orang-orang tertentu; orang yang beriman. Izinkanlah aku berada dalam golongan itu, Ya Allah.....


InsyaAllah!!

Minggu, 27 September 2009

Sekitar Walimah Kakak........

Assalamualaikum wbt........

Alhamdulillah, Allah memberikan peluang pada diri untuk bernafas dalam dunia pinjaman ini..akan diri ini memanfaatkannya sebaik mungkin insyaAllah

Raya kali ni memang seronok dan jauh berbeza daripada yang lepas-lepas. Kami hanya beraya ke rumah nenek. Sahaja. Lepas tu, dok prepare walimah kakak...Disebabkan walimah kakak berlangsung pada 4 Syawal, maka secara tidak langsung kami beraya sekali dengan tetamu yang berduyun-duyun masuk selepas waktu Maghrib..hehe.

2 hari selepas itu, kami ke Perak. Selama. Baru tahu ada tempat bernama Selama di Perak. Moga pasangan ini kekal bahagia selama-lamanya. Hehe..

On the way ke Selama...SubhanAllah.......cantik!!


Kakak berbusana ungu sedang sibuk membelek kamera. Pakcik berkopiah Oman, dan dua cousin dengan gaya masing-masing hehe.




Sumayyah yang comel!!




Abi dengan mee kari favourite nya. Siap perah limau..hehe



Abi makan dengan penuh khusyuk


Umi sempat berpesan pada saya. Tersentak dan terkesan dengan kata-katanya. "Ingat ya, mesti redha.. Redha..kalau redha, insyaAllah hilang segala masalah." Akan kusemat kata-katamu ya ummi!! Rindunya dengan senyumanmu!! Rindu dengan lawak abi!


Senin, 21 September 2009

Bersabarlah

Memori Makkah- Mei 2007



Assalamualaikum wbt


....dan salam eid mubarak! Hmm..raya pada tahun ini berbeza sedikit. Kelakar juga, sempat saya bergurau dengan kakak yang bakal bernikah lusa, insyaAllah; orang lain sibuk beraya ke rumah saudara-mara, kami pula sibuk mengemas rumah dan sempat lagi shopping last minute untuk walimah kakak..hehe


Kami ke pusat membeli belah petang tadi. Rata-rata dipenuhi dengan non muslim, tidak ketinggalan warga Indonesia (macam berada di Surabaya,hehe). Tahun ini seronok, umi dan abi ada bersama alhamdulillah, setelah 2 tahun kami beraya dengan adik beradik je huhu..MasyaAllah, SubhanaAllah rahmat Allah tidak terhingga. Saya amat suka ungkapan ini, "Count your blessings, not your misfortunes". Di kala kesedihan, kepayahan, kegetiran atau diselubungi masalah, ingatlah rahmat Allah..MasyaAllah tidak terhingga, bukan? Janganlah bersedih atau berduka cita; kerana memang begitulah hakikat kehidupan yang dijadikan :)


Peperiksaan pun bakal menjelang..dup dap dup dap..berdebar rasanya. Doakan saya lulus dengan cemerlang kali ini, (amin)..moga berkat ijazah ini, dapatlah diri ini berbakti untuk Islam khususnya. Moga berkat doa kalian dan usaha serta tawakal membantu diri ini, insyaAllah...


Sabar...Sabar? Headline blog pun bertajuk "Sabar, tabah, tenang". Mengapa? Saya mahu menjadi seorang yang bersifat demikian. Personaliti idaman..hehe.

Mahu lihat karektor seseorang sebelum mengenalinya? Lihatlah dan ujilah kesabarannya. Karektor sebenar sesorang jelas terpancar di kala dia ditimpa kesusahan atau musibah. Itulah 'the real persona'. Tidak perlu diragui lagi. Janganlah kita bertopeng di luar sana. Jadilah diri anda sendiri. Sabar adalah satu sifat yang amat terpuji dan dengan berkat kesabaran, insyaAllah kita dapat merasai hikmah di sebalik musibah. Jika kita tidak bersabar, atau kusut fikiran memikirkan kesusahan yang menimpa diri, macam manalah kita hendak merasai 'the good side of it'? Cuba kita berfikir sedalam-dalamnya....



Bersabarlah sahabatku, jangan cepat melatah dalam menghadapi kegetiran hidup. Saya mengingatkan diri dan kalian akan kata-kata as-Syahid Hasan al-Banna: "Medan Cakap Lebih Luas dari Medan Amal" Mengapa? Saya takut. Saya amat takut jika saya sekadar berkata-kata dan lidah menyuruh pada kebaikan tapi tangan dan anggota badan lain tidak melakukan atau mengamalkannya. Saya takut jika saya ini hipokrit. Nauzubillah...


Kata-kata ini ikhlas. InsyaAllah...Doakanlah saya. Doakan saya bersabar dengan segala ujian Allah ini..Allah barada bersama-sama orang yang sabar, insyaAllah..Ini janji-janji Allah.....dan jani-janji Allah adalah benar.

(Gambar di atas diambil dengan ayah semasa Masjidilharam masih dalam construction..kini dah siap rasanya, rindunya Makkah :p)

Kamis, 17 September 2009

Aku Milik Allah.....


11.11 pm

Assalamualaikum wbt



Aku impikan
Menjadi mawar berduri
Hanya bisa digapai mujahid sejati
Iman sebagai tabir diri
Keperibadian indah dan disegani
Umpama mutiara indah tersimpan
Tidak cacat sekalipun
Sekali ku jatuh,
Ku bangun semula
Kuat dan utuh
Penawar racun yang berbisa
Cintaku hanya pada Allah dan Rasul
Tidak sekali menyerahkan cinta
Pada manusia yang hanya palsu semata
Namun hati menanti mujahid sejati
Yang memberikan jalan dan bimbingan
Yang setia dan soleh
Lelaki acuan Al Quran
Yang melabuhkan cintanya
Pada Allah lebih dari segalanya
Aku sedar aku tidak akan
Memilikinya sepenuhnya
Kerana dia milik Allah jua
Aku juga begitu
Aku milik Allah
Aku hanya hamba kerdil
Amat mendambakan cinta Allah
Ya Allah...
Jika ajalku sampai
sebelum jodohku di dunia
Izinkanku ketemunya
dan berdamping dengannya
Iaitu bakal imamku
Inginku menjadi bidadari syurga
Untuk menyenangkan hatinya


Amin, ya rabbal 'alamin...

Minggu, 13 September 2009

Wanita yang Pasti Masuk Syurga

Assalamualaikum wbt :)

Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Seorang penulis terkenal, siapa yang tidak mengenali beliau?

Titik pengenalan (macam pernah jumpa je :p) ialah sejak ummi menghadiahkan buku yang menusuk jiwa "La Tahzan" pada 2 tahun lepas. Buku yang saya kira amat unik ini bagaikan hadiah Allah buat saya melalui penulis dan ummi sebagai pengantara. Masih tersusun kemas di rak kitab, sering diri ini membelek-beleknya, tidak akan bosan hatta dibaca berulang-ulang kali!

Buku kedua karangan beliau yang saya miliki adalah bertajuk "Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia". Sarat dengan nasihat penuh hikmah serta amat membangunkan jiwa jika dihayati sebenar-benarnya. Apalah gunanya memiliki banyak buku ilmiah tetapi dok atas rak, sekadar mengutip habuk? Atau sekadar menghabiskan topik tertentu tanpa penghayatan dan dijadikan amalan seharian?

Saya tersenyum sendirian. Pengorbanan ummi terlalu besar. Kadang-kadang, out of the blue, saya meminta maaf pada ummi dan menangis serta merta di telefon meminta ampun. Banyak sungguh kesalahan yang dilakukan terhadapnya. Setiap apa yang saya lakukan, biarpun sekecil manapun, redha ummi amat saya utamakan kerana saya berpegang pada prinsip, "Redha Allah terletak pada redha ibu". Saya menoleh ke rak kitab-kitab. Majoritinya pemberian ummi dengan harapan besar agar saya mencintai ilmu agama, agar diri ini terdidik dengan rasa cinta mencari ilmu.. insyaAllah ya ummi..anakmu ini sedang berusaha ke arah itu...insyaAllah!

Wanita yang pasti masuk syurga (dipetik daripada buku di atas)...Hmm..siapa ya? mari kita hayati kisah di bawah, insyaAllah..



Riwayat dari Ata’ bin Abu Rabah, katanya,”Ibnu Abas berkata kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan seorang penghuni syurga? Aku menjawab: “Mahu” Ia berkata: “Seorang wanita berkulit hitam pernah menemui Rasulallah SAW kemudian berkata,”Aku menderita sawan dan auratku terbuka. Mohonlah kepada Allah buatku.” Rasulallah berkata “Jika kamu mahu, bersabarlah dan bagimu syurga. Jika anda mahu, aku doakan moga Allah menyembuhkan anda.” Ia berkata: "Aku akan bersabar.” Dia berkata lagi: “Sesungguhnya aurat saya terbuka, maka doakanlah moga auratku tak terbuka.” Baginda pun memenuhi permintaannya.



SubhanAllah..murninya hati wanita ini..Syurga sebagai imbuhan bagi wanita mukminah yang bertakwa ini. Wanita ini memandang dirinya rendah hanya kerana auratnya terbuka dan manusia melihat apa yang tidak sepatutnya bagi wanita muslimah.

Di manakah sifat malu yang sepatutnya ada pada wanita? Malah wanita berlumba-lumba mendedahkan wajah dan tubuh mereka, nauzubillah!
Untuk mendapat kebahagiaan, rasa aman dan ketenangan, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan nilai-nilai keutamaan, sifat-sifat mulia dan tindakan yang baik
Kerjakanlah selalu apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah (Al-Hadith)

Mari kita sama—sama fikirkan…..Marilah kita sama-sama menegakkan syari'at Allah!
Adakah kita cukup memberati aurat??


Jumat, 11 September 2009

Kecantikan sebenar........


Salam.....

Cantik..Lumrah manusia suka ke arah kecantikan, bukan? Si cantik jelita berjalan melintasi sekumpulan pemuda, ada sahaja yang menoleh dan mencuri pandangan. Saya banyak melakukan observation sebegini di mana sahaja saya pergi. Tidak kurang pula yang lebih menjaga pandangan akan buat tidak endah, atau jika tertoleh, cepat-cepat mengucapkan istighfar. Bagi yang nakal, memandang berkali-kali dan mengucapkan "alhamdulillah." Adoi!

Bagi saya sendiri, cantik itu subjektif. Saya sendiri mengkategorikan cantik itu kepada 2; satu: cantik disebabkan aksesori serta make-up dan kedua: cantik disebabkan cahaya keimanan.

Teringat kata-kata Ustaz sebelum menjelangnya bulan puasa: Dosa itu diibaratkan seperti memikul bag seberat 10 kilogram. Apabila diri sendiri tidak menjaga daripada melakukan kemungkaran, dosa-dosa bertimbun, maka lagi beratlah bebanan yag terpaksa dipikul. Maka, muka mereka kelihatan berkerut dan susah hati kerana tidak tertahan dengan bebanan itu. Itulah sebabnya, orang yang tidak beriman; wajah mereka kelihatan kusam, tidak bermaya, berkerut-kerut dan kelihatan tertekan. Cuba lihat wajah para ulama', ustaz serta sahabiah yang menjaga lidah serta anggota-angota lain daripada melakukan dosa; wajah mereka berseri-seri! Terpancar cahaya keimanan dari wajah mereka. Wajah mereka "cantik" yang lain dari yang lain. Tidak perlu dicolet make-up atau bedak setebal 2 inci..SubhanAllah!!!

Benar...Hati yang suci dan penuh keimanan akan terpancar pada wajah..MasyaAllah!!!

Saya kasihan pada sesetengah wanita. Mereka menjadi "fashion victim". Pakaian mereka mengikut cita rasa terkini. Banyak wang dihabiskan untuk kelihatan cantik dan hebat. Namun, adakah wajah yang menjadi ukuran? Adakah Allah melihat pada semua itu??

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada wajahmu, pakaianmu tetapi melihat pada hatimu." (HR muslim)

SEBAIK-BAIK PAKAIAN IALAH PAKAIAN TAKWA!!!

Sejuk hati ini melihat seorang demi seorang sahabiah berubah. Allah mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati mereka. Mereka giat berjuang ke jalan Allah. Malah, cemuhan serta pemulauan ke atas mereka tidak diendahkan. Inilah semangat seorang mujahidah!!

Namun, keimanan seseorang tidak boleh diukur dengan tahap kelabuhan tudungnya. Itulah yang cuba saya sampaikan pada sahabat2 yang baru berubah...Malah, persepsi orang ramai terhadap si pemakai tudung labuh mesti diubah dan dirungkaikan..

Saya melihat ramai benar artis muslimah di luar sana. Wajah mereka, badan mereka menjadi tontonan umum. Mereka menutup aurat, tetapi mereka menjadi bahan fitnah kerana dalam hadis sahih, "Wanita itu adalah fitnah". Sudah jelas bukan?? Maka, setiap kata-kata, perbuatan, gerak-geri kita boleh menjadi bahan fitnah tanpa kita sedari..nauzubillah!

Sifat qana'ah perlu ada pada setiap orang, berpuas hatilah dengan apa yang Allah berikan. kasihan pada mereka yang bersusuk, "botox" serta melakukan pembedahan plastik. Qana'ah lah yang membuatkan hati kita bergetar melihat jari-jemari kita pemberian Allah. Melihat wajah di cermin dan tersenyum, syukran atas apa jua pemberianMu..:)

Saya ingin menjadi cantik...tetapi cantik dengan cahaya keimanan. Tidak perlu make-up atau apa-apa seumpama dengannya!!!!

Anda Malu??

Salam.....

SubhanAllah, walhamdulillah, Allahuakbar!! May they flow from our tongues and spring from our hearts, insyaAllah!!

MasyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Hati ini sebak dengan segala nikmat tak terhingga dan peluang pemberian Allah. Bagaimana hendak bersyukur? Berdoa, lakukanlah segala suruhannya dengan penuh keikhlasan. Bukankah itu tujuan kita dihidupkan? Bersujud kepadaNya.......

Usrah..Mungkin perkataan yang meluatkan buat yang merasakan betapa bosannya usrah. Mahupun merasakan usrah ini suatu paksarela yang terpaksa ditanggung untuk sekurang-kurangnya sejam setengah. Itulah persepsi lama saya. Sejujur-jujurnya. Tapi...kenapa?? Saya sendiri tidak pasti..Mungkin disebabkan yang setia dengna usrah (pada hemat saya dulu)kebanyakannya bertudung labuh, (saya anti-tudung labuh suatu ketika dahulu) dan saya merasakan saya tidak mampu "contribute" dalam berkongsi ilmu dalam sesi2 usrah..Barangkali!

Saya bersyukur. Usrah ter"BEST" ever yang pernah saya hadiri sepanjang 5tahun++ ini...telah saya hadiri tengahari tadi. Teruja, kagum, bersemangat rasanya....Segala pujian hanya buat Allah!! Namun hati ini berbangga mempunyai junior2 yang bergitu berdedikasi dalam memastikan usrah agak santai dan mereka menyampaikan dengan penuh penghayatan!!!Menusuk kalbu dan membuatkan diri ini berfikir sejenak.....Mampukah dan adkan aku layak menjadi umpama mawar berduri?? Menusuk terus ke hati-hati yang lembut dan dahagakan ilmu..MasyaAllah, SubhanAllah!!!!!

Adoi..Saya dah jauh tersasar..Anda malu? Malu? Ya...Terdapat banyak cabang iman. Salah satunya ialah malu. Ya, malu!! sila rujuk suratun Nur (31) mengenai menjaga kemaluan. Begitu signifikan malu di kalangan wanita. Malulah sifat yang menjadikan sesorang wanita itu bak mawar berduri yang bisa digapai oleh mujahid sejati sahaja. Malulah menyebabkan seseorang itu cuba sedaya upaya dalam mengabdikan diri kepadaNya. Namun, malu yang tidak betul ialah malu yang tidak kena pada tempatnya. Contoh, malu untuk menjawab soalan dalam kelas. Isyyy..malu tak bertempat nih..!!!


Saya malu. Malu di hadapan Allah, jika tidak taat kepadaNya, seolah-olah saya tidak bersyukur dengan segala pemberianNya.

Ya Allah, moga sifat malu dalam diri ini dapat menjadikan diri lebih bersemangat berjuang dalam mencari mardhotillah, insyaAllah..Amin.