Sabtu, 03 Oktober 2009

Selamat Bermujahadah!!


Assalamualaikum wbt...........
Diri ini kekeringan idea..
Namun..........semangatku semakin membara, alhamdulillah!
Doakanlah saya, moga kuat bermujahadah serta teguh dalam jalanNya!
Doakanlah saya, moga saya berjaya dalam ujian Allah ini dan moga cemerlang dalam jihad ini...
Bukankah peperiksaan itu juga satu bentuk jihad?? :)

Kamis, 01 Oktober 2009

Tutorial Bertudung Percuma!

4 tahun yang lepas........

Ketika itu, selepas maghrib saya kira; kakak senior merangkap rakan sebilik memanggilku, "Iman, ambil tudung satu.....akak nak ajar cara pakai tudung."

Gulp!!

Dalam hati,"Alamak, selekeh sangat ke cara saya bertudung selama ni?" huhu.

Kak Alin, kini bertugas sebagai senior medical Officer di Kangar, Perlis. Memori menghuni bilik bersama memang tidak dapat dilupakan. Beliau ni memang berterus terang orangnya. Saya sukakan perwatakan sedemikian, rajin menegur juga jika ada salah dan silap. Mana tidaknya, dia dah lebih makan garam daripada saya :p

Suasana mendidik tetapi santai. Memang best!

Sambil memakaikan tudung pada saya, mulut beliau terus berbuih dengan komen-komen. Hehe. "Iman, macam nilah pakai tudung yang betul, akak tengok cara awak pakai senget-senget, tutup dahi sangat..kesian tengok.." Lucu bila mendengarnya!

"Kan comel ni." beliau memberikan kata-kata perangsang secara tidak langsung..Mungkin beliau faham, dari cara saya bertudung, jelaslah saya baru sahaja berjinak-jinak dalam menutup aurat secara sempurna...SubhanAllah! Tutorial bertudung percuma!!



Jika menyingkap kembali peristiwa itu, saya terharu. Terharu dengan setiap pertemuan dan kejadian yang dialami. Terharu dengan sahabiah yang membantu untuk kekal ke jalanNya. Tanpa kalian kelak, dapatkah aku berjuang di atas jalan Allah ini keseorangan? Itulah pentingnya sahabat.yang saling mengingatkan, tautan hati yang teguh, sukar digambarkan.......kerana Allah!

Saya terbaca...tidak ingat di mana:




Physical apperarance according to Allah:
  • Physical hygiene
  • Grooming
  • Neat appearance................and all these can evoke admiration and respect for islam!



Teman sejati mungkin bukan selalu dekat di mata..

Tetapi dia setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya..

Jadilah seperti embun yang tunduk menitiskan kasih sayang

Setia menyirami kegersangan dengan mutiara kesabaran

dan kaca kebenaran!

Doa dan Perjuangan


Assalamualaikum wbt
Selawat nabi beralunan indah. Saya tersenyum, mesej telefon terpampang di skrin. Oh, dari seorang ukhti..
Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai yang tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan buk
an begitu!
turun naiknya
sakit pedihnya
umpama kemanisan yang tak terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terluka, ingatlah janjiNya......
SubhanAllah..bersemangat rasanya membaca kata-kata di atas.
Sungguh tulus!
Sesungguhnya itulah hakikat perjuangan. Adakalanya segalanya berjalan dengan lancar, namun ada kalanya kita jatuh. jatuh sebentar sahaja, yang penting kita bangkit kembali dan renungi maksud tersirat di sebalik setiap kejadian, insyaAllah! Hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalunya cerah....itulah aturan alam :)
Pesanan umi, banyak-banyaklah berdoa. Merintih padaNya, lepaskan padaNya..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar!
Dalam hadis riwayat at-Tirmizi, sabda Rasulallah SAW:
"Dan sesungguhnya doa itu pemberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa kerana itu berdoalah kamu."
"Doa adalah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya dari langit." (Riwayat Abu Ya'la dan Hakim)
Setiap kejadian adalah satu bentuk tarbiyyah. Teringat kembali pertemuan aturan Allah dengan Aisyah, berbangsa India di Masjidil Harom 2 tahun lepas......
Dia menegur saya yang kebetulan di sebelahnya dalam saff yang sama. Sifat inquisitivenya memang jelas. Macam-macam soalan keluar dari mulutnya, hehe. Salah satunya; apa yang ukhti selalu doakan?
Saya pelik dengan soalan itu. Sungguh transparent. Mana tidaknya, dalam fikiran saya pada ketika itu, sudah tentu kita doakan kesejahteraan diri, ibu bapa dan keluarga..itulah jawapan saya padanya.
"Awak tidak boleh pentingkan diri." Tersentak saya dengan kata-katanya. Dia menyambung lagi, " Awak mesti doakan juga kesejahteraan seluruh muslimin dan muslimat.." Saya tersenyum malu, Ya Allah, sungguh..selama ini aku amat mementingkan diri! Malah tidak terfkirkan perjuangan mujahid dan mujahidah di bumi Palestin!!!
Sekembali ke Malaysia, saya teringat kembali setiap kejadian yang berlaku di Makkah. Indah. Allah mengajar saya melalui seorang hamba Allah ini. Isu purdah yang dibincangkan juga menjadi pendorong diri :)
Ya Allah..perjuangan memerlukan kekuatan luar biasa!
........ dan salah satunya adalah senjata doa!!

Selasa, 29 September 2009

InsyaAllah...................

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..yang tidak terhingga kepada Allah SWT, atas pinjaman dunia ini, akan aku cuba manfaatkannya sebaik mungkin, insyaAllah!!

"InsyaAllah ya..insyaAllah..Semua ni ketentuan Allah." Kata-kata pakcik ini sungguh lembut dan penuh makna, SubhanAllah.

Saya ke wad seperti biasa. Hehe itulah rutin kehidupan pelajar seperti saya (berbaki 2 bulan, amin..). Entah mengapa, hati rasa riang dan sangat tenang. Kelihatan seorang pakcik berkopiah dan berwajah tenang duduk di sisi seorang wanita yang saya agak dalam lingkungan 50+an. Wanita itu terbaring, wajahnya nampak sedikit gusar. Dalam banyak -banyak pesakit, Allah gerakkan diri ini untuk menyapa makcik ini.

"Assalamualaikum.." ...Salam saya tidak berbalas. Hehe rupanya suara perlahan sangat. Saya memberi salam sekali lagi. Kedua-duanya memandang saya lalu tersenyum dan menjawab salam. MasyaAllah, saya rasa tenang sangat, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Kami saling berpandangan sambil tersenyum seolah-olah sudah lama berkenalan. SubhanAllah dengan ungkapan salam, satu chemistry sudah terjalin. Tautan kasih kerana Allah..

Saya selalu mengingatkan diri supaya tidak bertanya soalan "Apa khabar....?" Hehe kerana peristiwa yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Pakcik ni punyalah marah dengan saya sambil berkata," Kalaulah aku ni sehat, taklah aku masuk hospital!" Haha..nak gelak dengar tapi malunyeee..

"Camney kinek tok makcik?" Hehe dia dapat mengagak saya orang Semenanjung. Setelah mendengar sedikit tentang masalah kesihatannya, saya sekadar mengucapkan "InsyaAllah makcik, insyaAllah.." Kalimat itu sudah cukup untuk membuatkannya tersenyum dan pakcik mambalas, "InsyaAllah...."...Dia menyambung lagi, "Semua ini ketentuan Allah, insyaAllah...InsyaAllah."

Masyaallah, orang yang beriman atau tidak; dapat dilihat dari cara percakapannya. Penuh dengan hikmah. Kalimah Allah laju sahaja keluar dari mulut-mulut mereka. Kalimah pendek yang penuh makna. Kami berbalas senyuman. Dan senyuman mereka amat bermakna buat saya.

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah, pertemuan pendek ini membuahkan seribu makna buat diri ini. Akanku abadikan dan manfaatkan setiap yang berlaku dalam hidup ini untuk direnungi. InsyaAllah! Inilah hikmah..iaitu rahsia Allah yang hanya dapat diselami oleh orang-orang tertentu; orang yang beriman. Izinkanlah aku berada dalam golongan itu, Ya Allah.....


InsyaAllah!!

Minggu, 27 September 2009

Sekitar Walimah Kakak........

Assalamualaikum wbt........

Alhamdulillah, Allah memberikan peluang pada diri untuk bernafas dalam dunia pinjaman ini..akan diri ini memanfaatkannya sebaik mungkin insyaAllah

Raya kali ni memang seronok dan jauh berbeza daripada yang lepas-lepas. Kami hanya beraya ke rumah nenek. Sahaja. Lepas tu, dok prepare walimah kakak...Disebabkan walimah kakak berlangsung pada 4 Syawal, maka secara tidak langsung kami beraya sekali dengan tetamu yang berduyun-duyun masuk selepas waktu Maghrib..hehe.

2 hari selepas itu, kami ke Perak. Selama. Baru tahu ada tempat bernama Selama di Perak. Moga pasangan ini kekal bahagia selama-lamanya. Hehe..

On the way ke Selama...SubhanAllah.......cantik!!


Kakak berbusana ungu sedang sibuk membelek kamera. Pakcik berkopiah Oman, dan dua cousin dengan gaya masing-masing hehe.




Sumayyah yang comel!!




Abi dengan mee kari favourite nya. Siap perah limau..hehe



Abi makan dengan penuh khusyuk


Umi sempat berpesan pada saya. Tersentak dan terkesan dengan kata-katanya. "Ingat ya, mesti redha.. Redha..kalau redha, insyaAllah hilang segala masalah." Akan kusemat kata-katamu ya ummi!! Rindunya dengan senyumanmu!! Rindu dengan lawak abi!


Senin, 21 September 2009

Bersabarlah

Memori Makkah- Mei 2007



Assalamualaikum wbt


....dan salam eid mubarak! Hmm..raya pada tahun ini berbeza sedikit. Kelakar juga, sempat saya bergurau dengan kakak yang bakal bernikah lusa, insyaAllah; orang lain sibuk beraya ke rumah saudara-mara, kami pula sibuk mengemas rumah dan sempat lagi shopping last minute untuk walimah kakak..hehe


Kami ke pusat membeli belah petang tadi. Rata-rata dipenuhi dengan non muslim, tidak ketinggalan warga Indonesia (macam berada di Surabaya,hehe). Tahun ini seronok, umi dan abi ada bersama alhamdulillah, setelah 2 tahun kami beraya dengan adik beradik je huhu..MasyaAllah, SubhanaAllah rahmat Allah tidak terhingga. Saya amat suka ungkapan ini, "Count your blessings, not your misfortunes". Di kala kesedihan, kepayahan, kegetiran atau diselubungi masalah, ingatlah rahmat Allah..MasyaAllah tidak terhingga, bukan? Janganlah bersedih atau berduka cita; kerana memang begitulah hakikat kehidupan yang dijadikan :)


Peperiksaan pun bakal menjelang..dup dap dup dap..berdebar rasanya. Doakan saya lulus dengan cemerlang kali ini, (amin)..moga berkat ijazah ini, dapatlah diri ini berbakti untuk Islam khususnya. Moga berkat doa kalian dan usaha serta tawakal membantu diri ini, insyaAllah...


Sabar...Sabar? Headline blog pun bertajuk "Sabar, tabah, tenang". Mengapa? Saya mahu menjadi seorang yang bersifat demikian. Personaliti idaman..hehe.

Mahu lihat karektor seseorang sebelum mengenalinya? Lihatlah dan ujilah kesabarannya. Karektor sebenar sesorang jelas terpancar di kala dia ditimpa kesusahan atau musibah. Itulah 'the real persona'. Tidak perlu diragui lagi. Janganlah kita bertopeng di luar sana. Jadilah diri anda sendiri. Sabar adalah satu sifat yang amat terpuji dan dengan berkat kesabaran, insyaAllah kita dapat merasai hikmah di sebalik musibah. Jika kita tidak bersabar, atau kusut fikiran memikirkan kesusahan yang menimpa diri, macam manalah kita hendak merasai 'the good side of it'? Cuba kita berfikir sedalam-dalamnya....



Bersabarlah sahabatku, jangan cepat melatah dalam menghadapi kegetiran hidup. Saya mengingatkan diri dan kalian akan kata-kata as-Syahid Hasan al-Banna: "Medan Cakap Lebih Luas dari Medan Amal" Mengapa? Saya takut. Saya amat takut jika saya sekadar berkata-kata dan lidah menyuruh pada kebaikan tapi tangan dan anggota badan lain tidak melakukan atau mengamalkannya. Saya takut jika saya ini hipokrit. Nauzubillah...


Kata-kata ini ikhlas. InsyaAllah...Doakanlah saya. Doakan saya bersabar dengan segala ujian Allah ini..Allah barada bersama-sama orang yang sabar, insyaAllah..Ini janji-janji Allah.....dan jani-janji Allah adalah benar.

(Gambar di atas diambil dengan ayah semasa Masjidilharam masih dalam construction..kini dah siap rasanya, rindunya Makkah :p)

Kamis, 17 September 2009

Aku Milik Allah.....


11.11 pm

Assalamualaikum wbt



Aku impikan
Menjadi mawar berduri
Hanya bisa digapai mujahid sejati
Iman sebagai tabir diri
Keperibadian indah dan disegani
Umpama mutiara indah tersimpan
Tidak cacat sekalipun
Sekali ku jatuh,
Ku bangun semula
Kuat dan utuh
Penawar racun yang berbisa
Cintaku hanya pada Allah dan Rasul
Tidak sekali menyerahkan cinta
Pada manusia yang hanya palsu semata
Namun hati menanti mujahid sejati
Yang memberikan jalan dan bimbingan
Yang setia dan soleh
Lelaki acuan Al Quran
Yang melabuhkan cintanya
Pada Allah lebih dari segalanya
Aku sedar aku tidak akan
Memilikinya sepenuhnya
Kerana dia milik Allah jua
Aku juga begitu
Aku milik Allah
Aku hanya hamba kerdil
Amat mendambakan cinta Allah
Ya Allah...
Jika ajalku sampai
sebelum jodohku di dunia
Izinkanku ketemunya
dan berdamping dengannya
Iaitu bakal imamku
Inginku menjadi bidadari syurga
Untuk menyenangkan hatinya


Amin, ya rabbal 'alamin...