Kamis, 08 April 2010

Points to Ponder..insyaAllah

Assalamualaikum wbt
subhanAllah, alhmadulillah, Allhuakhbar!

SubhanAllah, seronoknya membaca tulisan karangan ulamak tersohor; Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni (smile!)

(Sumber: The Happiest Woman in the World, A Treasure Chest of Reminders by Dr 'Aidh Abdulllah al-Qarni)

Remember that Allah forgives those who ask Him for forgiveness, and He accepts the repentance of those who repent, and He accepts those who come back to Him.

Be optimisitic, for Allah is with you, and the angels are praying for forgiveness for you, and paradise awaits you.

Let your morals and attitudes be even more beautiful than a garden.

There is no power and no strength except with Allah

Soon the flowers will bloom, grief will depart and happiness will prevail

Your gold is your religion, your adornment is your moral attitude, and your wealth is your good manners.


....Allah is sufficient to us and He is the best disposer of affairs.. (Qur'an 3:173)

Be like the ant in hard work,patience and perseverance

Do away with all thoughts of failure, and stop thinking of calamities and problems, for Allah, the Almighty says, "....and put your trust in Allah if you are indeed believers.) (Qur'an 5:23)

The wise woman turns a desert into a beautiful garden. SubhanALLAH.


MasyaAllah =)

Jom muhasabah dan perbaiki diri, insyaAllah!

Selasa, 06 April 2010

Wanita..istimewa!


Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah. Rencana Allah tidak terjangkau dek akal. Inilah kerja Tuhan, sungguh istimewa aturanNya; subhanAllah!

Ukhti Nadrah recommend buku "UNTUKMU WANITA" karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman; ustaz terkemuka graduan Universiti Al-Yarmouk, Jordan. Kini beliau melanjutkan pelajaran dalam peringkat pHD di United Kingdom. MasyaAllah. Syukran Ukhti Nadrah! Memang best buku ni!

Jika anda berada di hadapan Rasulallah SAW, adakah Baginda akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana peluang anda memperoleh syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?

MasyaAllah. Langsung saya terpaku membaca antara tulisan beliau. Begitulah gambaran beliau bagaimana seharusnya wanita; insan istimewa tapi mudah membawa fitnah di muka bumi ini bilamana tidak menjaga syari'at; seharusnya memberati auratnya. SubhanAllah.

Nabi SAW pernah bersabda," Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang boleh membawa mudharat kepada lelaki selain wanita." (Riwayat Al-Bukhari,7/11, Bab Zikir dan Doa)

MasyaAllah. Betapa besarnya fitnah ke atas wanita....dan apabila difikirkan balik, kesan mudharat ke atas kaum adam lantaran daripada kaum hawa yang tidak menjaga syariat seperti mana suruhan Allah SWT memanglah berat. Nauzubillah!

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, " Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)" (Riwayat Al-Uqaily, Dar Qutni dan Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043;Kanzul Ummal, no 41245).

SubhanAllah! Jom pakai jubah..hehe sarung je. Siap boleh lari-lari (kalau nak) dan sememangnya dengan memakai seluar panjang di dalam; pergerakan tidak terbatas langsung! (Cheers!)

Buku karangan ustaz Zaharuddin ini menampilkan soal jawab isu kontemporari kaum hawa yang harus diketahui oleh semua wanita, isteri dan ibu.

Apa lagi...jom baca! =)



Selasa, 30 Maret 2010

Ayat-ayat Cinta dari Allah...

Assalamualaikum wbt
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!


Ayat-ayat penenang diri, ayat-ayat cinta Allah dari al Furqan..membuatkan saya tersenyum. MasyaAllah..ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. SubhanAllah..


Whoever does not find comfort in Allah will not find comfort in anything else.


Tulisan Syeikh ‘Aidh al Qarni memang sungguh membangunkan jiwa. Membuatkan diri berfikir dan mentafsir di sebalik tulisan tersirat yang penuh makna beliau.







“Allah, the Almighty is the source of comfort and joy for the believers and those who obey Him, and the Most Beloved to those who worship Him. Whoever finds comfort in Him will be happy and enjoy life. His heart will be at peace and filled with life and love of Allah; whose attributes will live in his conscience and he will always bear the names of Allah in mind.
His mind will be filled with thoughts of Ar-Rahman (The Most Gracious), ar-Rahim (the Most merciful), al-Hamid (the Praiseworthy), al-Latif (the Most subtle and Courteous)…..So, he finds comfort in al-Bari (the Creator) and feels close to al-‘Alim (the All-Knowing).



But finding comfort in Allah does not just happen without hard work and striving for it.It is the fruit of obedience, the result of love.”

MasyaAllah. Hidayah itu milik Allah, namun untuk berubah; memerlukan segenggam tabah, biarpun perjuangan ke arahnya mungkin sepahit...ubat batuk?? (apa-apalah)=) demi kemanisan kejayaan kelak, insyaAllah =)


…..And if you count the favour (Blessings) of Allah, you could not enumerate them… (Qur’an 14:34). SubhanAllah. Kadang-kadang dalam kesusahan kita alpa akan segala nikmat kurniaan Allah. Nauzubillah!!

Jom sama-sama hayati ayat-ayat cinta dari Allah dalam kalam suci =)


Sabtu, 27 Maret 2010

Impianku Mencapai Maratus Solehah


Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!


Terdapat beberapa hadis yang memberikan penekanan betapa tingginya darjat suami dan kepentingan isteri mentaatinya. Mari kita hayati bersama-sama insyaAllah.

Rasulallah SAW bersabda;

1) Laknat Allah ke atas wanita yang marah pada suaminya. (Hadith riwayat Dailami)

2) Seorang wanita yang meninggal dunia, sedang suaminya redha ke atasnya, akan masuk syurga. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

3) Seorang wanita yang meminta untuk diceraikan oleh suaminya, bau-bauan syurga diharamkan untuknya. (Hadis riwayat Tirmizi)

4) Wanita yang terbaik ialah yang dapat menggembirakan suaminya apabila dilihat suaminya; mentaatinya bila disuruh, dan tidak menentangi suaminya mengenai dirinya dan harta dengan apa yang disukainya. (Hadis riwayat Baihaqi)

5) Jikalau aku akan memerintah seseorang untuk sujud lepada orang lain, aku akan memerintahkan isteri sujud pada suaminya. (Hadis riwayat Ahmad)

6) Terdapat 3 jenis orang yang solatnya tidak diterima. Di antaranya ialah, "Seorang wanita yang suaminya marah terhadapnya" (Hadis riwayat Baihaqi)
(Sumber: SYURGA IDAMAN, Majlisul-Ulamak)

SubhanAllah. Teringat nasihat seorang pesakit pada saya,"Wanita mudah masuk syurga..mudah juga masuk neraka." Beliau turut mengingatkan saya kepentingan menjadi isteri solehah dan mentaati suami. MasyaAllah..
Impianku mencapai maratus solehah...Moga tercapai Ya Allah..akan ku berusaha menggapainya. Amin =)

Kamis, 25 Maret 2010

"Service" dan "upgrade" Hati....

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

"Hati kita umpama satu rumah. Jangan biarkan ia kosong. Isilah dengan zikrullah, zikrulmaut. Kalau dibiarkan kosong, hati kita mudah dihuni dan ditumbuhi tompok2 hitam..."

Kata-kata nasihat ustaz pada kami di hospital; di kala menjaga sahabat yang sakit..membuatkan saya berfikir. Ya Allah..dalam maksudnya. Sangat menginsafkan.

Bayangkan rumah yang ditinggalkan untuk setahun dua tanpa dibela dan diuruskan. Apa yang kita temui setelah sekian lama? Sawang, sarang lelabah (hehe), habuk setebal beberapa inci dan sebagainya. Itulah yang cuba ustaz minta kami bayangkan sebagai contoh.

Hati yang tidak dijaga, dihantar service (eg; ke masjid, dengar tazkirah), tiada maintenance, tidak di upgrade..Apa kesannya?

Hati yang tidak tenang. Sifat amarah bermaharajalela. Syaitan bersorakan dan berpesta. Jiwa bergelora, muka pun menjadi kusam. Benar...jiwa yang bersih dapat ditonjolan pada wajah yang sungguh menenangkan. MasyaAllah.

MASYAALLAH...

"Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami dalam menghadapi apa jua dugaanMu, semuanya penuh dengan hikmah dan dapat dirasai hanya dengan sifat keredhaan dan kesabaran yang tinggi. Ya Allah, moga hati-hati kami terdidik dengan sifat-sifat mahmudah, dan moga iman kami sentiasa kental biarpun dalam kesukaran. Ya Allah, syukur atas dugaanMu, kerana membentuk peribadi kami. Amin ya Rabbal 'alamin... "

Hati pun nak kene "service"...bukan kereta je :p

Rabu, 24 Maret 2010

Membuka Perspektif......dengan LEBIH LUAS..

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!



MasyaAllah. Life is no bed of roses..kata-kata pujangga yang sering kita dengari. Hidup tidak selalunya indah, tapi marilah kita sentiasa memanjatkan kesyukuran atas setiap yang kita hadapi dan alami. Semuanya akan menjadi indah jika kerana Allah :)


Pengalaman mendewasakan kita. SubhanAllah, begitu juga dengan perspektif kita...perlu LEBIH LUAS. Think outside the box....but still, don't sway from our principles.

Saya setuju dengan nasihat seorang pakar motivasi,"Jangan biarkan suasana mempengaruhi kita; tapi biarlah kita yang mempengaruhi suasana." Dengan erti kata lain, hidup mesti berpaksikan prinsip hidup yang teguh; bukan seperti lalang yang membengkok sahaja dek ditiup angin.


Kesabaran


MasyaAllah. Alam pekerjaan ini benar-benar menguji kesabaran dan kecekalan hati. Rindunya pada sahabiah yang rajin memberikan tazkirah; sebagai penguat diri. Namun, kekuatan kita semuanya datang dari Allah =)


SubhanAllah. Moga akhlak kita sentiasa terjaga. Biar di mana sahaji kita berada; walau betapa susah atau beratnya dugaan Allah. insyaAllah...


Dalam mensifati akhlak Rasulallah SAW, Aisyah r.a berkata," Akhlak Baginda adalah Al Quran."


SubhanAllah!

Minggu, 21 Maret 2010

Tabahkan Hatimu

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah. Setelah sekian lama, Allah memberikan kekuatan untuk menulis kembali. Masakan tidak, menulis juga memerlukan motivasi yang datang dari hati yang bersemangat dan jiwa yang tenang.

SubhanAllah, ketenangan menjelma lagi, moga terus bermaharajalela dalam diri ini dan diri ini sentiasa memohon kekuatan dariMu, Ya Allah!

Syukran ukhti Ashidah atas peringatan demi peringatan menerusi ym. Saya amat menghargainya.

WasiAt HaSSan al-BaNNa... "Saudaraku, Janganlah engkau putus asa,kerana putus asa bukanlah sikap orang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, & impian hari ini adalah kenyataan di hari esok.. Waktu masih panjang & hasrat akan t'wujudnya kedamaian masih t'tanam dlm jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena2 kerosakan & kemaksiatan menghantui mereka.. Yg lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya & yg kuat tidak akan selamanya kuat..."



Tabahkan hatimu, sesungguhnya Allah Maha Mendengar!!!!!!!!!!