Sabtu, 22 Mei 2010

Senangi Hati Orang Lain....

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

ALHAMDULILLAH...Saya dikurniakan colleague yang baik-baik dan sudi membantu. Malah, adjustment pada environment kerja yang baru bagi saya ini..sedikit sebanyak dipermudahkan dengan sokongan mereka. Syukur kepada Allah, semuanya datang dari Allah SWT jua.

Haha. Alam pekerjaan ini sememangnya lain sangat daripada zaman universiti dahulu. Kini bila bekerja, syaa dipertanggungjawabkan untuk 'in charge' pesakit tertentu. Lain dari zaman medical student..ambil history taking, buat PE, belajar management, discussion kemudian balik. haha tiada tanggunjawab untuk merawat pesakit.

Kene marah dan tengking specialist atau MO sudah sebati. Malah sudah lali, hehe. Apa yang penting? KERJASAMA! haha

Petang tadi kami agak kelam kabut dalam wad. Pesakit penuh di setiap cubicle, kurang admission baru kerana hari ini hari weekend. Namun, kelam kabut kerana terdapat masalah misunderstanding di kalangan HO dan staff nurse. Borang PPN (Partial Parenteral Nutrition) hilang, banyak IV drip pesakit tersumbat dan banyak lagi. Haha...mcam-macam dan kelakar bila difikirkan.

Setelah dimarahi oleh specialist (haha) gara-gara borang PPN yang hilang entah ke mana (pelik2) saya tersenyum dan berborak-borak dengan staff nurse lain yang baik2 belaka. Alahmdulillah, hubungan mesra antara kami mengurangkan stress kerja. Sambil kerja sibuk2, sempat kami bergurau senda. Alhamdulillah :)



Senangi hati orang lain, niat lillahita'ala. Bukannya dengan niat supaya mendapat faedah daripada orang itu. Fikirkanlah.....
Jika kita menyenangi hati orang lain, insyaAllah kita disenangi ramai dan orang mudah menghulurkan bantuan pada kita bila di kala kesusahan. INSYAALLAH..
Senyum sokmo!!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar