Selasa, 25 Mei 2010

Ucapan terima kasih...

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah,Allahuakhbar!


Beban kerja menyengat diri. Muka-muka stress colleague menerukkan situasi. Wad agak kelam kabut pagi itu.


Tiba-tiba..


"Saya balik dulu, terima kasih banyak-banyak..."sapa pesakit saya.




Wajahnya ceria. Lain sungguh berbanding semasa dia menderita "thrombosed 4th degree hemorrhoid" iaitu buasir yang tahap teruk. Teringat wajahnya yang mengerut kesakitan menanngung keperitan semasa kami cuba "reduce"/ menolak balik buasir ke dalam. Biarpun sudah diberi IM pethidine..sakitnya tidak hilang.


Alhamdulillah.


Hilang rasa penat kerja. Saya tersenyum riang dalam ward round pm itu. Happy je melihat pesakit saya balik dengan wajah ceria. Syukur alhamdulillah.


Bila difikirkan, contribution saya sedikit sahaja. Ucapan terima kasih.......sungguh bermakna buat diri saya. Penghargaan pesakit yang penuh keikhlasan menaikkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan bekerja semata-mata kerana Allah SWT. INSYAALLAH :P

Tidak ada komentar:

Posting Komentar